Wednesday, April 22, 2009

Earth Day

Hari ni merupakan Hari Bumi (Earth day)... hehehe.. aku pun xtau pun mula2.. pagi tadi br member aku bgtau yg ari ni hari bumi...

Hari Bumi diwujudkan bagi mewujudkan kesedaran dikalangan penduduk bumi akan pentingnya alam sekitar dalam memastikan bumi yang merupakan tempat tinggal kita ini sihat dan selamat

Tanggal 22 April setiap tahun merupakan sambutan Hari Bumi yang disambut seluruh dunia yang diadakan setiap tahun. Hari Bumi diwujudkan bagi mewujudkan kesedaran dikalangan penduduk bumi akan pentingnya alam sekitar dalam memastikan bumi yang merupakan tempat tinggal kita ini sihat dan selamat.

Sempena Hari Bumi ini pelbagai aktiviti diadakan oleh NGO tertentu. So kt Malaysia maybe ada sambutan kot.. aku pun kurang pasti.. yg aku tau last saturday buat kempen anti beg plastik kt Bukit Jalil... so itu salah satu aktiviti kita nak sambut aktiviti hari bumi nie...

Aku pun nak sambut hari bumi gak arr... tetiba teringin nak tanam pokok. xdelah pokok besar2... yg kecil2 pun okay kot... hmm... cari kat ikea okay gak kan.. alah bela kt pasu jerk.. aku duk apartment manalah ada tanah nak tanam...

so jalan mudah bela pokok pakai vase jerk.... nanti ajak en tunang gi sana arr... mesti kene bising punya.. sabtu lepas br lepas pg ikea... xpun aku try cari kt sunway jerlah kot... ada ker...

Sekarang pun blh kita lihat byk aktiviti selamatkan bumi dijalankan.. klu pegi hypermarket mcm tesco ker giant ker carefour ke mesti diorg ada kuarkan beg ijau.. maknanya beg tu blh guna byk2 kali tuk beli barang.. diorg dh xgalakkan pakai beg plastik...

Klu kt jusco plak, beg ijau dia lawa2.. aku suka.. so memang klu gi jusco aku akan pakai beg ijau tu... so xlayan dh beg plastik.. lagipun begnyer besar.. tu yg aku suka.. tapi yg tukang bawak beg tu mcm biasalah mestilah en tunang aku....

Antara langkah-langkah yg boleh kita ikuti klu nak menyelamatkan bumi kita nie:
  • Penggunaan Lampu Jimat Tenaga

Dengan menukar satu mentol lampu biasa kepada tenaga jimat ” energy saving ” mentol dapatmengurangkan 67.5kg karbon dioksida setahun.

  • Kurangkan Penggunaan Kenderaan

Banyakkan berjalan kaki, berbasikal, perkongsian kenderaan atau kenderaan awam.

  • Banyakkan Kitar Semula

Kenalpasti dan asingkan barangan terbuang yang boleh dikitar semula di mana ia mampu menjimatkan 1,080kg karbon dioksida.

  • Pastikan angin tayar kenderaan anda cukup

Dengan memastikan tayar kenderaan anda sentiasa cukup, anda mampu meningkatkan perjalanan anda sehingga 3%. Setiap 4.4 liter minyak petrol, anda mampu menjimatkan 9kg pembebasan karbon dioksida ke udara.

  • Kurangkan Penggunaan Air Panas
Mengurangkan penggunaan air panas terutama pemanas pancuran mandian dapat jimatkan penggunaan tenaga.
  • Tiada Beg Plastik bagi pembelian barangan
Dengan tidak menggunakan plastik untuk hasil pembelian barangan di pasaraya dapat mengurangkan 540kg.

  • Laras Penggunaan Hawa Dingin

Mengubahkan suhu kepada 2 darjah mampu mengurangkan 900 kg karbon dioksida setahun.

  • Tanam pokok

Setiap pokok mampu menyerap lebih 1,000kg karbon dioksida sepanjang hayat pokok tersebut.

  • Kurangkan Penggunaan Barangan Elektronik
Tutup suis barangan elektronik di rumah anda sekiranya tidak digunakan dimana anda dapat menjimatkan 1,000kg karbon dioksida setahun.

Maklumat ni aku dpt dari blog cptshah. thanks for the info... sorry amik yer...



1 comment:

CaPt Shah said...

ya..
memandangkan kawasan ruman yang terhad..
pokok kecil pun sudah memadai..
it's ok about that info..
nice blog..