Wednesday, August 25, 2010

Hari Wanita Kebangsaan

Actually pagi tadi baru saya tahu hari ni 25 Ogos 2010 adalah Hari Wanita Kebangsaan 2010. Itu pun dengar kat radio dalam kete on the nak gi keje. Kalau tak, memang tak tahu lah nampaknyer.

Tema Hari Wanita pada tahun ni adalah ` Satu Azam Wanita 1 Malaysia'. So harap-harap lepas ni kaum adam lebih menghargai wanita lah yerk.


To en suami nak celebrate saya kat mana hari nie.. hehehehe...

Rasa tahun ni kot saya boleh celebrate hari wanita. Yerlah sebelum ni saya masih perasan saya ni teenager lagi tak pun gadis muda. Ahaks. Tapi dah kawen dan will become mummy rasa diri dah tua lah plak.

Kepada wanita-wanita di luar sana selamat menyambut hari wanita.

Tuesday, August 24, 2010

Bazar Ramadhan

Sekejap jerk dah masuk 14 ramadhan. Kira dah separuh bulan kita berpuasa. Amacam setakat ni masih penuh lagi ker? Saya dah ponteng 3 hari termasuklah hari nie. hehehe.. Xtahan lah.. Mengandung kekadang macam nilah.

Kekadang rasa okay jer posa seharian tapi ada gak rasa loya ngan nak muntah tu. Kekadang boleh tahan kekadang tu xleh buka jerlah. Sian baby dalam perut kelaparan.

Bila bulan posa nie meang seronoklah. Yerlah banyak makanan kat bazar ramadhan. Saya ngan en suami tgk keadaan. Kalau saya xpenat sangat puasa boleh lah saya masak. Tapi kalau xlarat tu bazaar ramadhan lah tempat dituju nyer.

Mostly pegi bazaar yang dekat ngan umah jerk. Xlarat nak gi jejauh. Mostly saya pergi kt Kinrara (belakang Giant kinrara 5) ataupun kat puchong perdana. Teringin gak nak gi bazaar ramadhan kat stadium shah alam tu. Tahun lepas ada pegi tapi tahun ni xpastilah.

Ni list bazaar ramadhan kat shah alam:-

1) Jalan Bunga Ros 2/17, Seksyen 2
2) Jalan Platinum AD 7/AS, Seksyen 7
3) Jalan Kristal AS 7/AS, Seksyen 7
4) Stadium Shah Alam, Seksyen 13 ( besar kay)
5) Jalan 18/34, Seksyen 18
6)Jalan U8/C, Seksyen U8
7)Tapak Pasar Malam, Seksyen 7
8) Tapak Pasar Malam, Seksyen 17 (dekat ngan bus stand)
9) Tapak Pasar Malam, Seksyen 19
10) Tapak Pasar Malam, Seksyen 27 (ni banyak variety)

Thursday, August 19, 2010

Check up Klinik Kerajaan

Last week akhirnya dapat gak gi but buku merah kt klinik kerajaan. Ni dah berapa kali tunda disebabkan en suami asik sibuk jerk.

Actually kalau xpegi ke klinik kesihatan kerajaan pun okay gak. Ni bagi sesiapa yang plan nak deliver kat private. Tapi as a back up plan gi lah check up kt klinik kerajaan. sbb apa2 kes karang memang akan dirujuk ke hospital kerajaan. So memang penting tuk buat buku merah nie. Lagi pun free.

Tapi ada syarat kset klu nk gi klinik kerajaan. Kene pergi klinik kerajaan yang dekat area rumah u all lah. Macam saya duk seri kembangan kenelah pegi Klinik Kerajaan Seri kembangan (memang jem giler nk pegi sini kay). Ini hanyalah untuk first time register jerk. Next check up boleh pergi mana2 klinik kerajaan seluruh Malaysia.

Saya pergi di sini

Poliklinik Komuniti Seri Kembangan
Daerah Petaling
Waktu Operasi 8.00pg - 5.00ptg
Alamat Petaling,
Selangor D.E
Tel. No. : 03-89455929
Fax No. : 03-89451225

Tapi lepas ni plan nk gi yang kat puchong jerk. Sbb dekat ngan office saya. Xdelah nk mengharung jem yang lama.

Lepas ni check up lepas raya plak.

Tuesday, August 17, 2010

Buka puasa dengan RM2

Baca tajuk posting ni macam gempak jer kan. Boleh ke buka puasa dengan RM 2 jerk pada zaman skang dan duduk kat kl.. Pergh.. Beli karipap kt param pun 5 biji dh RM2. Camner tu...

Actually kalau korang jenis yang berjimat nak buka puasa murah2 skang dh boleh dah.Ada restoran namanyer Restoran Malaysia Negara Ku yang bertempat di Seksyen 7 Shah Alam mengenakan harga RM2 bagi setiap seorang yang makan di restoran tu. Murah kan. Kiranya korang boleh makan nasi sebanyak mana yg korang nak ngan 3 or 4 lauk kay bersama air minuman. Tapi lepas makan kenelah basuk pinggan sendiri kay..


Tapi ada syarat kay. Korang kene tunjukkan IC malaysia kay baru dapat harga RM2. Kalau xbawak kena charge RM 6. Hah, apa lagi jangan tinggalkan IC kt umah.

Restoran Malaysia Negara Ku dimiliki oleh Datuk Zainal Abidin Awang Kechik. Untung ada orang yang bermurah nak buat promo bulan ramadhan macam nie. BAgi yang tak berkemampuan bolehlah merasa nak makan mewah sket, sedap sket.

Wednesday, August 11, 2010

Food Review - Fiske Steakhouse

Sorrlah yerk... tetiba saya boleh plak buat review pasal makanan plak bulan2 posa nie. Tapi kene buat gak sbb tempat ni best dan sedap. Kalau sesapa suka makan western memang sinilah tempatnyer..

Pegi makan kt sini pun sbb adik ipar nak belanja makan. Kalau tak, memang xtau lah kewujudan tempat nie. Walaupun penat pergi area sini tapi mcm xperasan ada kedai makan western.

Fiske Steakhouse nie speciality nyer adalah western seperti chicken chop, lamb chop, beef steak. Harga memang berpatutan dan memang korang xkan sangka harganya begitu.


Fiske Steakhouse,
No. K4, Medan Selera AU2, Taman Desa Keramat.

Tu alamat restoran ni kay. Kalau susah sangat restoran ni dekat ngan Aeon AU setiangwangsa dan asrama yayasan Felda.

A bit review from other blogger
Time makan kt situ en suami amik lamb chop special, saya plak amik spagetti. Spagetti dia kurang sket. Rasa tomato lebih sangat. tapi lamb chop dia sedap kay. Daging nyer half cook. Memang sedap dimakan (kata en suami)

So apa lagi, bulan puasa ni boleh lah plan nak buka posa kat sini kalau teringin nak makan western.

Ramadhan datang lagi..

Yehaaa.. bulan yang ditunggu-tunggu telah tiba. hehehe... Ramadhan telah menjelma lagi. Malam tadi duk tunggu pengumuman walaupun memang dah tau ari nie posa. So ni kali pertama berpuasa sebagai suami isteri ngan en suami.. hehehe....


Pagi tadi dah bangun sahur bersama. Macam pelik plak. Selau sahur sorang2 kt kl nie takpun ngan family kalau kt kampung. Kali ni bersahur ngan suami. Ni pun pengalaman pertama berpuasa masa pregnant. Harap boleh puasa penuhlah yerk. Walaupun still lagi mabuk, loya2 nie.

So, Selamat berupuasa dan menjalani ibadah dalam bulan ramadhan dengan sempurna.

Thursday, August 5, 2010

English Premier League is back

Hehehehe.. ini lah yang ditunggu-tunggu setelah tamatnya world cup bulan lepas. En suami dah xsabar dh nak tgk tiap2 malam. Kali ni astro amik hampir kesemua perlawanan (maybe 380 games) for this season 2010/2011 (corrert me if i'm wrong).



Apa lagi tgklah sampai muntah yerk. Jangan dia kacau tido saya sudah. Hehehe.. so untuk peminat premier league ni boleh lah tgk jadual perlawanan di SINI. Saya pun kene print kan jadual ni tuk en suami. Huhuhu.....

Lepas ni kene berebut astro ngan dialah gamaknyer. Dah astro nyer satu jerk kt umah walaupun nama saya. Huh... Aci tak tetiba saya buang sports.. hehehehe... mesti mengamuk lah en suami...

Tarikh melihat anak bulan

Wah.. dh nk masuk bulan ramadhan dah ek.. sekejap jerk dah nak puasa. Macam manalah saya nak posa nie. Kalau setiap masa asik lapo jerk.. huhuhu... Ari tu try juga nak posa sunat tapi kul 10 jer dah lapo giler.. camner tu....

So, tarikh tengok anak bulan adalah pada 10 Ogos nie. Antara lokasi nyer adalah:-
  • Pontian Kecil di Johor;
  • Kompleks Falak Al-Khawarizmi dan Kampung Balik Batu (Melaka);
  • Teluk Kemang (Negeri Sembilan);
  • Bukit Melawati,
  • Pulau Angsa dan Bukit Jugra (Selangor);
  • Pantai Pasir Panjang (Perak);
  • Pantai Aceh (Pulau Pinang);
  • Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar (Kedah).
  • Tanjong Lubang di Miri, Teluk Bandung di Kuching dan Tanjung Batu di Bintulu (Sarawak);
  • Balai Cerap Al-Biruni di Putatan (Sabah);
  • Bukit Tanjong Batu di Nenasi, Gunung Berincang di Cameron Highlands dan Bukit Pelindong di Kuantan (Pahang).
  • Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan);
  • Menara Kuala Lumpur;
  • Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan Kuala Sungai Baru di Simpang Empat (Perlis)
  • Bukit Besar,Bukit Kemuning, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA (Terengganu);
  • Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampong Tembeling dan Menara Bangunan SEDC (Kelantan).
So kite tunggu jerlah pengumuman dari Penyimpan Mohor-Mohor Besar tu yerk.

Wednesday, August 4, 2010

My 1st trimester is over

Yahoo... akhirnya my first trimester dah berakhir. I'm officially dah 12 week (kita 3 bulan dah). tapi yang xbestnya still lagi ada rasa loya and muntah jangan cakaplah. Walaupun dah kurang tapi still ada kaay. Kekadang tu lagi teruk bila malam.

Selau gak lah tengah2 malam bangun semata2 nak muntah pastu nk tido balik memang payah. Kesakitan di pinggang semakin melanda. Huhuhu.. yang ni memang xboleh buat apa dah. Layan kan jerk...

Perut saya dah semakin membesar. Suar jeans pun satu jer yang muat. Tu pun sbb saiz besar sket. Yang lain dah masuk almari untuk disimpan. Sedih sungguh.