Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri

Sekejap je dah abis puasa kan.. Raya dah menjelang tiba.


Ucapan Selamat HAri Raya dari saya sekeluarga. Semoga lebaran kali ini membawa sinar bahagia. For me, kali pertama beraya bersama Airin...

Mohon ampun dan maaf jika tersalah kata dan bahasa..

Thursday, August 25, 2011

Check up 6 bulan

Kelmarin bawak Airin gi chck up 6 bulan. Wah dah besar dah anak mama.. Kejap je rasanya. Ramai plak org kt KK. Walaupun sampai awal tapi service ari tu memang lmbt giler...

Untuk 6 bulan nie;
  • berat = 7.0 kg
  • tinggi = 66 cm

Makin berat plak si Airin ni. Kalau dukung dia memang xleh lama lah. Cepat je rasa lenguh . Lagilah skang dah tak reti duduk dia. Tergerak sana sini. Lagilah bertambah lenguh tangan.

Untuk check up 6 bulan ni Airin kene cucuk. Hmm .... mcm biasalah kalau kene cucuk, xdenyer dia nak menangis. Buat muka selamba jerk. Jerit sikit bila jarum tu masuk. Then boleh nak sambung tido plak.

Next check up 3 bulan lagi. MAsa tu insyallah Airin dah 9 bulan.



Thursday, August 18, 2011

Official 6 bulan

Alhamdulillah.. Syukur pada Allah akhirnya niat say nak full breastfeed Airin termakbul juga. Walaupun pada awal kelahirannya kene campur sikit ngan FM. kecewa gak saya masa tu. Tapi masa tu pantang kt kg, parents saya kurang tahu tentang kelebihan susu ibu. Diorg ingat sus tin lg bagus. Tu ada gak tercampur sikit ngan FM. Tapi kekadang tu say main tipi, kata tu FM sedangkan tu susu ibu yg saya pump. hehehe...

Walau byk rintangan (nanti say citer part tu) tapi alhamdulillah Airin pun dah genap 6 bulan. Dapat gak dia full breastfeed dalam 5 bulan lebih. Hasrat saya nak teruskan sampai dia umur 2 tahun. Semoga dipermudahkan.



Syukur gak dapat en suami yang memang support saya kasi susu ibu. Thanks to him for everything. Dari sokongan dan keperluan saya.

Skang dia dah start makan. Saya start kasi puree dahulu. Bubur nasi nanti2 dulu. Nak tgk perkembangan dia dulu camner.


Thursday, August 11, 2011

Airin Demam

Xpernah dari lahir Airin demam, Sekali masa dia 5 bulan boleh plak demam panas. Nasib baik demam sajer. Xde selesema ngan batuk. Startnya malam jumaat tu. Rasa badannya macam panas. Ingat dedar jerk. Sekali esok pagi makin panas plak badannya.

So apa lagi cepat2 siap nak gi klinik. Alhamdulillah, masa dia demam ni xdelah menangis ke meraung ke. Cuma nak ngempeng ngan saya je. Ngan en suami pun xnak sangat. So masa check kat klinik suhunya dah 38' celcius. Panas gak tu. Doc cuma kasi ubat demam je. Tapi doc cakap selagi baby aktif xdelh masalah.


Then ari isnin still lagi panas. Mcm xkurang je panasnya, saya ngan hsuband bawak gi klinik kesihatan nak check darahnya. Takut denggi ke apa ke. Darahnya okay je cuma badan makin panas. Call mak kat kg, takut badan dia xsedap. Suh balik kg, urut badan.

Alhamdulillah demamnya kebah masa ari nak gi cucuk 5 bulan. Tapi lepas cucuk 5 bulan xplak demam. Airin... Airin....

Lepas baik demam dah pandai meniarap dah. Rupanya demam nak tiarap. Risau mama dibuatnya.

Skang dah pandai guling2 dah kat tilam.. Kalau tido dah gerak2 dah. Sampai ke ujung tilam pun ada. hehehehe...

Tuesday, August 2, 2011

Susu Kurang ???

Saya tak cerita lagi tentang perjalanan breastfeeding saya. Nantilah kalau ada masa saya menulis. Ni cuma nak mengadu sket dalam blog.

Breastfeed dalam bulan pusa. huhuhu... Pengeluaran susu agak kurang lah siket. Tu yang agak sedih. Selalunya siang hari saya akan buat 3 session kt ofis. Tapi bulan puasa kene tukar session kepada 2 session jerk. Kalau buat sampai 3 session mahu taknya saya dehydrate.

Semalam first time pumping time puasa. Memang meletihkan. Time petang after 2nd session kepala dah pening dah... Harap2 dapat harungi selama sebulan ni.

Susu pun cukup2 jerk. Pagi dapat 6oz petang dapat 4 oz. Ingat balik umah lepas bukak puasa nk pump lg. Tapi airin nak DF, xnk botol. So semalam xdapat pump. Harap2 ari ni dapat pump waktu malam.

Salam Ramadhan


Ramadhan tiba lagi. Rasanya masih teringat lg sambut ramdhan sebagai bujang. Tahun lepas sambut ramdhan dalam keadaan mengandung. Alhamdulillah, dapat saya berpuasa.

Tahun ni lagi menarik, first time sambut Ramadhan sebagai ibu. Pengalaman yang menarik bagi saya.

Ucapan saya semoga ramadhan kali in membawa keberkatan kepada kita semua.