Thursday, January 26, 2012

Gelagat Airin

Ni nak konsi sket gelagat Airin bila teman mama nyer gi Shopping. hehehe.. Tukang tollak stroller adalah en suami kay. Dia dah cop tugasan tu dari Airin lahir jerk. So keje saya melenggang kiri kanan sambil window shopping. lalaalala

Kalau berkenan selamber masuk ke outlet tu. Yang pasti diorg akan ikut je kemana saya pergi. Boleh gitu.. Kekadang tu kene sound gak ngan en suami. Jalan menonong jerk. Hehehehe...


Ni masa makan kat Flamming. Masa ni tak pandai lagi minum sendiri pakai straw. So terpaksa lah saya suapkan. So keje Airin adalah mengarah mama dia kasi minuman.


Ni masa mood okay..


Ni masa mood mengantuk


Ni lepas tgk tarian singa. Takde perasan kay. Dapat limau pun dia buat tak tau jerk. Dah penat sangat kot melayan mama dia shopping



Memang pening layan Airin kay. kekadang dia dia behave nak duk dalam stroller. Kekadang tum mengamuk nak kuar dari stroller..

Thursday, January 19, 2012

Airin dah 11 bulan

Wah... dah 11 bulan dah Airin. Macam sekejap je kan. Bulan depan dah cukup 1 tahun my baby girl.. dah besar dah anak mama.



Makin besar makin panjang akalnyer.. hehehehe... Now Airin dah 11 bulan, mcm2 dah tau buat dah. Pening mama ngan papa nak layan kay

  • Baru tahu merangkak skang kay.
  • Dah pandai berdiri sendiri.
  • Kalau dipapah jalan, laju jer jalannyer
  • Dah xsuka duduk, asik nak berdiri jerk
  • Dah pandai pilih makanan dah.. Kalau xsuka memang xmakan lah
  • Skang dah kenal orang. so kalau xkenal org melalak lah
  • Skang hantar nursery pepagi asik menangis jerk. Buat mama xsampai hati nak antar.
  • Tak nak ngan org lain selain mama ngan papa. (ni pengsan jap)
  • Still lagi menyusu badan (walaupun nenek ngan atuk suh kasi susu formula, mama sanggup tahan telinga kene marah asal anak mama minum susu ibu)
  • Skang tido nak menyelit kat mama dia. Walaupun ada tilam sendiri
  • Dah pandai mengarah itu ini.
  • Suka sangat ngan stereng kereta.
  • Suka menyelongkar barnag kt umah
  • Suka tido lewat. penat mama nak layan tau
  • Suka tengok orang bila jenjalan. Tapi nangis bila org lain usik dia
  • Skang kalau kene marah pandai dah mengadu.. hehehe
  • Dah pandai minum pakai straw





Saturday, January 14, 2012

Melawat Upin Ipin

Citer ni dah lama rasanya. Baru skang nak citer sebab baru dapat gambar dari en suami. Boleh gitu. hehehe...

Program mari melawat Upin Ipin ni kitorang pergi kt Muzium Negara. Okaylah, sebab saya xpernah gi muzium negara. Nilah first time gi muzium negara. Duduk KL dah hampir 10 tahun tapi xpernah gi muzium negara.heehehe.. Yerlah asik gi shopping kompleks jerk. Nasib baik ada anak, so dapatlah gak saya ke muzium negara.


Pameran Upin Ipin ni berlangsung bulan 12 tahun lepas. Sekali ngan pameran baju pengantin tu. Kami gi ari ahad rasanya tapi ramainyer orang. Parking memang susahlah nak cari. Sampai ada yang parking tepi2 jalan je kat highway mahameru tu. Camner tu


Sajer je bawak Airin gi tgk upin ipin. Yerlah dia memang suka tgk upin ipin kt tv. So kali ni bawak live tgk upin ipin. Tapi boleh tak mak ayah dia yang terlebih excited.. lalala


Tapi mcm tak berbaloi plak harga tiket dia kay. Bagi saya abit pricey lah gak nak masuk tgk pameran nie. Walaupun untuk family saya hanya bayar saya ngan en suami jerk.


Kat dalam ruang pameran tu seronok plak tgk Airin toleh sana sini tgk upin ipin. Selalu tgk kt tv, ni tgk live walaupun patung jer pun.. hahahaha...

Friday, January 13, 2012

My best buddy - sterimar


Saya still got flu okay. dah lebih 2 minggu xbaik2. flue jerk. yang lain semua sihat. Ubat pun dah abis makan tapi still hidung ada flu. Camner nak buat. Ari tu en suami dah jangkit. Skang Airin plak yang kene jangkit.

Masa mula2 kene tu memang jauhkan diri gak dar Airin keculai masa DF dia jerlah. Tapi mana boleh lelama jauh ngan dia. Airin bukan nak ngan orang lain skang. Asyik nak berkepit ngan syaa jerk. Ngan papa dia pun jarang. Masa saya kene flue teruk nak tak nak kene gak dia ngan papa dia. Saya takut berjangkit.

Skang dah kene jangkit, sebab saya xbaik2 lagi. aiyooo xtau nak buat apa dah nie. Ubat semua dah abis makan. Siap gi klinik 2 kali tu. Kalau teruk sgt xbaik2 nampak gaya nyer kene gi hospital lah gak kan.

So masa Airin got flu, xnak kasi dia makan ubat selesema sangat. I got new best friend. Sterimar my new baby. hehehee.. Nie pun dapat tau dari blogger lain. So try lah beli dan guna tuk Airin. Hasilnya memang terbaik okay.

Yerlah baby mana lah diorg tau nak keluarkan hingus dari hidung. Tau menangis jer bila xleh bernafas guna hidung. Lagi sedih bila tidur, kejap2 terbangun. Si Airin mcm tulah kalau selesema. So trylah sterimar ni kat dia.

Guess what, sekali semubr kat hidung jerk, terus mengalir jer hingus tu macam air kay. Sterima ni mencarikan hingus. So hidung dah tak tersumbat lagi. So satu cara nak kurangkan hingus selain makan ubat. So saya memang syorkan tuk baby kay. Sterimar ni sesuai tuk baby. So xperlulah was-was.

Nak guna untuk dewasa pun boleh. Saya pun kekadang guna gak bila hidung tersumbat sangat. hehehe... So benda ni memang wajib ada kat rumah lah... Very useful

Tuesday, January 10, 2012

The Street Cafe

Teringin nak makan korean food tapi nak yang halal pastu mesti sedap. Demand lebih jerkan saya ni ek.. Hehehe.. Kalau bab makan memang macam tu nak yang sedap jerk. Barulah puas makan.

Tahu pasal cafe ni pun dari Cik Nil, dia yang dok introduce kat saya. Apa lagi dah namanya giler kan korea. Semua pasal korea saya giler.. muahahha. Biler lah dapat gi korea ek. Tunggu Airin besar sket lah.


So sekarang dah tau dah kt mana nak dapatkan korean food yang hala pastu sedap. senang lah pasni. Ni pun pegi kali kedua tu. Gi ngan kengkawan. Sebab en suami bukan gemar makanan pelik2 nie. Dia lebih suka makanan kampung. hehehehe


So street cafe ni ada 2 cawangan. Yang besar kt SS 15 Subang Jaya. Berhadapan dgn Taylor College kay. Cawangan kedua berada di Sunway Pyramid. Kat area Asian Avenue kat tingkat atas sekali yer.

Setakat ni yang saya dah makan adalah bimbimbap bulgogi ngan ramen ngan Toboki. Memang terbaik lah rasanya. Sedap sekali. Tapi toboki tu sedap lagi kt Sunway berbanding SS 15.

Harga memang berpatutan lah. Xdelah mahal sangat or murah sangat. Tempat memang menarik kt SS15. Nak tau lebih lanjut klik je kat Street Cafe. Xpun view site fb diorg kay.

Monday, January 9, 2012

Pemenang Masterchef

Korang tengok ker masterchef Malaysia. Saya jarang-jarang tgk. Kalau ada masa tengok. Nak buat camner, umah xde astro. tu yang jarang2 tengok. hehehe..


Akhirnya Dr Izani yang menang masterchef Malaysia yang pertama. Dia memang calon favourite tuk masterchef tu. So memang dah dijangka pun. Dr Izani ni doktor gigi tau. Hah, doktor pun boleh masak sedap2.. hehehe.. hebat sungguh.

Yang buat saya suka Dr Izani ni sebab dia minat Jamie Oliver. Alah the naked chef tu.. sebab saya pun minat gak kt Jamie Oliver nie. Walaupun dia mcm pelat sikit. Tapi dia masak memang sempoi..

Tuesday, January 3, 2012

Selamat Tahun Baru

Rasanya belum terlewat lagi kan untuk saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2012. Sekejap jer dah masuk @012. Ari ni pun dah 3hb Januari kay.

Never imagine pada 2012 saya dah ada suami. Dan yang penting sekali saya dah ada anak. hehehe... mcm tak percaya jerk. Next month Airin will be 1 year old. Wah dah nak toddler dah my daughter yerk.

So apa azam tahun baru korang semua. Buat masa ni saya ada satu azam yang teringin nak ditunaikan dalam masa terdekat. we will see about that okay....... Harap2 termakbul lah hendaknyer.