Wednesday, December 28, 2011

Monday, December 19, 2011

Gardenia Vs Massimo

Rasanya roti pilihan ramai skang mestilah gardenia kan. Saya memang pembeli tegar gardenia nie. Yelah rotinyer lembut dan sedap plak tu. Kalau makan mcm tu jer pun still sedap gak. En suami lagilh peminat tegar. Sebuku panjang tu dia boleh habiskan sorang.


Tapi skang ada jenama lain, Massimo. Korang pernah dengar tak. Rasanya mamca mpernah kuar kt TV3. Weekend lepas lah saya try beli roti Massimo nie. Saja nak mencuba. Lagipun harga sama jer ngan roti Gardenia. So okaylah tu kan. En suami kata, rotinya lagi tebal. So mencubalah kami sekeluarga.

So masa breakfast pagi tu try lah makan Massimo nie. Sedaplah gak. Tapi lama-lama makan rasa kurang plak. Macam kurang rasa jer. Rasa Gardenia lagi sedap plak. Tapi roti Massimo ni tebal. memang cepat kenyang kalau makan 3 4 keping.


bagus gak ada roti baru selain gardenia. So banya variasi nak pilih roti. kalau High 5 tu memang saya xbeli. Rasanya ada sket kureng. hehehe... So korang cubalah rasa Massimo tu plak yerk...

Friday, December 16, 2011

Airin dah 10 bulan

Wow.. sekejap je masa berlalu, rasanya kejap je Airin dah 10 bulan tu. Hah dah 10 bulan. Lagi 2 bulan dah setahun. Kejap je baby mama membesar.


Makin besar makin nampak perangai nyer..

  • Dah pandai mengarah mama ngan papa nyer
  • Kalau xdapat somthing dah tahu nak mengamuk
  • Kalau mama dia lambat sket, dh pandai mengamuk marah2
  • Dah pandai membebel sorang2
  • Dah pandai ajak orang berborak. (tapi bahasi dialah)
  • Skang suka main patung CJ7 (mana nak cari yg besar. skang kecik jerk)
  • Still lagi xtahu merangkak
  • Dah pandai berjalan dalam 4 5 tapak. Pastu diri jerk.
  • Still lagi suka makan. Makan banyak tu
  • Dah pandai sebut abah, mama, mak, papa. (abah ngan mak for my parents)
  • Dah pandai gelak ketawa kalau tgk kitorang gelak
  • Dah kenal orang dan memilih ngan sapa nak dekat
  • Still lagi suka ngempeng ngan mama dia
  • Kalau tinggal lama, nangis cari mama dia. Papa dia boh layan
  • Still lagi breastfeed. Alhamdulillah




Nilah pengarang jantung saya. hehehe. Love her so much.

Tuesday, December 13, 2011

One Card @ OU

Hujung minggu ari tu sempat gak saya ke One Utama. Lagi-lagi skang jusco OU dah pun dibuka semula. So Old wing dah nampak lagi baru dari new wing. hahaha.. camner tu. Jusco dia pun dah makin besar dan luas. I like..

Tapi hazab masa nak cari parking kay. Pusing cari parking jer dah kat setengah jam. Pergh lama giler nak cari parking. Skang lagilah dah ada One card parking. So parking pun dh makin terhad. Nak tak nak kene gak parking kt One Avenue. Tapi jauh sikitlah kene jalan ke OU.

So ari tu en suami suh renew balik One Card saya yang dah lama expired. Dulu xtau sangat kegunaan nyer. Skang baru nak hargai.. huhuhu


Sekarang ada promotion untuk one card kay, so berbalaoi lah saya renew my one card. MAna taknya, setahun RM10, kalau 3 tahun baru RM20. So terus buat 3 tahun. Senang citer.

Pasni dah boleh parking kt One Card area. Hahahaha. So xpayah pusing lelama nak cari parking. hehehe...

Kalau korang nk apply or renew one card boleh buat kt Concourse Wing lama dan wing baru. Kalau Wing lama depan Fossil dan kalau wing baru depan Studio R.

Tak lama lagi Isetan nak bukak kat One Utama. Kat wing lama. Lagilah happening one utama. Makin ramailah orang datang sini. hahahaha...

Friday, December 9, 2011

Bella Swan

Korang dah tgk movie the Breaking Dawn tak? Ada orang kata best ,ada orang kata xbest. Tapi bagi saya best giler. Sebab semua yang ada dalam buku, di paparkan dalam movie. Mcm dalam mimpi je tgk movie nie.

Yang paling saya tunggu adalah wedding dress Bella Swan .Yerlah dalam citer ni bella ni orang yang simple jerk. Xde nak lebih2. Tapi Alice plak orang yang giler fashion. So nak tau gak weeding dress yang akan dipakai oleh Bella.


Cantik tak dress nie. Cantik kan... Depan nampak simple jerk kan. Sekali belakang baju... pergh... mengancam habis. Memang tak dijangka lah dress nyer macam nie.. So sweet dan lawa abis lah.

Pastu ngan wedding macam dalam hutan, menakjubkan sungguh lah.. Nasib baik saya dah kawen kay. Kalau tak teringin gak nak buat wedding macam tu... Wedding dress ni di reka oleh Carolina Herrera.

Ni entry citer pasal wedding dress eh bukan pasal review movie nie.

Kalau teringin nak pakai wedding dress yang bella swan pakai nie, dah ada kay yang jual replica. hahaha.. siap ada replica lagi tu. Klik kat sini untuk maklumat lanjut..

Wednesday, December 7, 2011

Worldless Wednesday # 4


Chill beb

Superhero is coming?

Tajuk memang xboleh blah punya kan. Macam real jer ada superhero. Mana ada superhero, ni superhero AirAsia yang punya. hehehe...

Iklan terbaru dari Airasia kay, Tony fernandez jadi superhero. Korang caya ker. Xde maknanyer. Ni promo tambang tiket murah lah. Tapi xtau lagi terbang kemana. Esok baru launch. Hah.. apa lagi get ready lah depan pc. Pastikan sambungan internet stabil yerk. dan juga cukup duit nak beli tiket flight.



Saya xde plan lagi nak ke mana. Dah bukan zaman bujang lagi. Skang dah ada family susah lah sket. Kalau dulu tambang sorang jerk. Tapi skang tambang dh 3 orang. So belanja lebih sket. Tapi kalau ada yg murah, tutup mata jerlah bayar.


Cuba korang teka berapa regenya. Rasanya macam RM10 jerk. kita tgklah esok camner. Xsabar gak saya nak tunggu. Tapi confirm mesti hang punya server AirAsia. Pastu mesti kuar bee jerk. Tu yg tension tu. Kalau guna mobile pun sama gak.

So ikut nasib lah. Kalau dah dapat yang murah tu, tak yah fikir2 lagi. beli jerk terus. Kang kalau fikir-fikir, orang lain plak yang beli.

Saturday, December 3, 2011

Johor Premium Outlets

Sekarang kt Malaysia ada premium outlets kay. So xpayah nak gi oversea nak gi premium outlets. Dan yang paling bestnyer, terletak kat Johor tu. My kampung..

Pasni makin rajinlah saya balik kg. hahaha...

My sis kata memang murah barang kat sana. Skang tengah pre-opening. Memang sesak ramai orang serbu. Saya plak baru je balik dari kg, xkan nak balik lagi. huhuhu...


Memang akan diserbu bila balik johor ni.. meh kite reramai habiskan duit kt JPO.

Thursday, December 1, 2011

Pureen Clearance Sales

Lama gak tak pegi jualan gudang nie. Sejak dah ada anak nie. Dulu waktu pregnant selalu gak amik tahu dan gi usha sana sini. Skang dah xrajin dah.

Tapi kali ni rasa mcm nak pegi je Sales Pureen ni. Xpenah pegi lagi sebelum nie. heheheh... Asik terlepas jerk.


Apa lagi, jom kiter serbu. Ari tu masa expo xsempat plak nak gi booth pureen.

Tuesday, November 22, 2011

Monday, November 21, 2011

Jatuh cinta dengan SCR 9

Tajuk memang xboleh blah punya.. Asyik jatuh cinta jerk. Berapa kali nak jatuh cinta pun xtahulah. Hehehe...

Sebenarnya saya dah berkenan sangat ngan stroller nie, SCR 9. Baru jer launch 2 bulan lepas. Memang menariklah. Sampaikan en suami pun turut suka. Nilah peluang baik. Nak suh belikan stroller baru. Boleh gitu..

Stroller lama tu kita jual lah. hahaha.. Yang SCR 9 ni boleh terus jadi basket baby. So baby boleh baring dalam tu. Yang lain sama jerk mcm SCR6.

Semalam masa pegi expo ibu & bayi xde plak SCR 9 ni kat booth sweet cherry. Ke saya yang xnampak. Ramai sangat org. Si Airin dah cranky nak susu. Tapi en suami suh susukan kat jusco. Sebab dia kata ramai sangat org, so panas kat dalam tu.

So sempat tgk gitu2 jerk kat expo. Barang yang dicari xjumpa plak. Masa sampai tu kan booth Avent tgh ada sales murah. Tapi kang beli botol baru, botol kat umah ada lagi 2 tak guna. membazirlah plak. Cari botol mimijumi xjumpa plak. So tgk mcm tu jerk.

Wednesday, November 16, 2011

Airin dah 9 bulan.. cepatnyer

Hahaaha.. memang saya rasa macam cepat jer si Airin ni membesar. Kejap je dah 9 bulan yerk. Sekejap je dah besar. So makin banyak kerenah skang.


Skang ni dialah Queen dalam rumah. hmm. ponat emak dia nak kemana2. Kalau ilang asik nak melalak jerk. Walaupun papa dia ada. Buat tak nampak jerk. Nak mama dia juga. Saya dh tak larat nak melayan sangat. kekadang tu selamba jerk biar dia melalak. Kalau asik dilayan xjadi satu keje jerk. Asik nak melekat jerk.

Hobi terbaru adalah makan. Asik makan jerk. Minum sus tu memang confirm jerk. Makan makin banyak. Lagi lah saya suka. So makin bertambah beratlah cik Airin. Kalau dukung dia memang xlaratlah nak dukung lelama.


Kalau jenjalan xbawak stroller, sanggup ni pergi information counter kt shopping complexs nak pinjam stroller. Xlaratlah sayaa nak dukung sambil berjalan. Dalam kete plak bila weekdays memang diam jer duk dalam carseat. Yerlah mcm tau jer nak gi nusery. Tapi bila weekend ker or jalan malam2 xdenyer dia nak duk dalam carseat. Atas riba mama dia juga dia cari.

Masih lagi xpandai merangkak betul2. asik mengesot jer. Mengesot memang laju. Bila merangkak xdenyer. Skang dah pandai jalan setapak 2 pastu duduk. Hobi terbaru suka berdiri tepi sofa or kt belakang badan mama dia. Nak berjalan pun malas. Asik nak diri jerk.

Wordless Wenesday #3


Only RM1 sajerk.. apa lagi jom serbu

Thursday, November 3, 2011

Bila anak demam

Skang ni musim hujan je kat KL. kalau tak pagi hujan, petang hujan. Takpun tgh malam ujan sampai ke pagi. Memang jalan jem jerlah kalau ujan kt sini.

Lagi2 kalau ada anak kecil, lagi leceh bila time hujan. Memang senang dapat penyakit. Airin skang pun tgh selesema. Kelmarin dah okay, tapi semalam selesema balik. Sekali ngan demam. Nasib baik bukan demam teruk. Demam dia kejap off kejap on. Aiyoo.. pening kepala mama dia nak layan.


Kalau demam xdenyer dia nak ngan en suami. Melekatlah macam gula2 getah kt mama dia. Memang xlarat nak melayan. Nak ke toilet pun payah. Asyik nangis kalau mama dia xde kat sebelah. Nasib baik hantar kt nursery tak menangis bila mama dia nak gi keje. Kalau menangis satu keje plak nak memujuk.

Ni pun xsihat sangat, badan nyer dedar sket. Harap2 okay. Ngan cuaca xmenentu ni memang susah sket jaga baby. Alhamdulillah dia minum susu badan. So kurang lh sikit sakitnya.

Tuesday, October 25, 2011

Parcel dari Mekkah

Parents saya kat say dah kat 2 minggu lebih, tapi skang dah sampai parcel kt sini. Parents saya send kt adik saya kt Johor. Hehehe... Sekali possampai 3 kotak tu. Apa yerk dalam kotak.

Nak tau dalam kotak kene tunggu Tuan yang hantar balik dari Mekkah. Senag citer. Yerlah, Saya nga si bongsu kt KL, yang lagi 2 org kt jb. Nak puaskan hati semua org, tunggu parents balik br bukak.



Apa lah yg mak abah borong kt sana. Rasanya xleh tunggu mak abah balik nie. Kang nanti masa balik raya haji dh terbukak .hehehe....

Thanks mum and dad

Monday, October 24, 2011

Morco Simoncelli Mati

Ni semalam punya cerita kay. terkejut eden kat umah petang2. Xtengok pun GP motor, en suami yg tengok. Saya melayan si Airin tengok Tangled.


Tup-tup en suami kata ada accident kt Gp motor. Simoncelli accident kt atas litar. Ingat accident biasa jerk. Sekali kau, meninggal kay.



Tu antara gambar mcm mana accident tu boleh terjadi. Tetiba jer motor simoncelli yang terbabas masuk balik litar. Tu terlanggar Valentino Rossi dan Colin Edwards. Collin accident gak. tapi dia okay cuma rossi jer yg xaccindent.

Maca simoncelli accident sampai tertanggal helmet. Memang accident teruk lah. Terkejut saya ngan en suami kat umah. Yerlah first time kematian kat Litar Sepang. Sungguh tak sangka. SO untuk race petang tu dibatalkan.


Thursday, October 20, 2011

Sector 7 - K-Movie

Macam menarik jer movie ni kay. Jarang saya nak tengok movie dari Korea nie. Selalu tengok drama korea jerk. Sebab lagi syok tgk drama korea dari Movie. Movie melayu pun tak tengok skang. Yerlah skang kalau movie melayu jer asyik citer pasal hantu jerk. Bosan downh. Ntah citer apa ntah. Xbest betul.

Skang nak tgk movie pun susah sket, lagi2 dah ada handbag besar (Airin lah tu). Memang susah nak berjalan. So keje senang download jerlah kat umah. Tapi yg xbestnyer kene tunggu 2 3 bulan lepas movie tu kuar. hehehe


Tertarik nak tgk movie ni sebab ada Ha Ji Won berlakon. Boleh gitu. Sebab dia jer saya nak tgk movie nie. Kalau sapa2 ntah yg berlakon jgn haraplah nak amik tau. Ni amik tau pun sbb dia berlakon Secret Garden ngan Hyu Bin.

Tgk synopsis ngan trailer mcm menarik. Lagi2 si Nillness ngan bebudak lain dh gi tgk. Dah ada anak ni selalu kene tinggal. Tapi xtanya lagi komen diorg pasal citer nie. Nanti download lah citer nie.

Wednesday, October 19, 2011

Hobi terbaru - TV series

Skang saya dah ada hobi terbaru. Selain melayan Airin. Okay penat kay layan Airin. Itu budak sudah xreti duduk diam. Abis satu umah nak ditawafnya. Penat maknyer kay. Dahlah kurus, makin kuruslah nampaknya.

Skang saya tengah giler tengok tv series. Aiyoo.. sebelum ni drama korea, skang org putih plak. Ni sebab drama korea xde yg best skang. Lagilah kt umah boleh dapat internet 24 7 lagilah laju jer saya tgk. Sampai xsabo nak tunggu next episod.


Skang saya tengah layan Grey anatomy season 8, Gossip girls Season 5 dan jugak Merlin season 4. Muahaha.. best giler melayan tv series nie. Lagi-lagi ujung minggu. memang melekat jerlah kt monitor. Muahaha...



En suami okay jerk. Dia lagi suka dapat main games. Kekadang bising gak. Ajak kuar jenjalan, tapi xde nyer saya nak. Dah seronok tgk mana boleh stop.



Tu yg skang xsabo nak tunggu episod seterusnya. Kat Malaysia lambat sgt nak tayang. Macma gossip girls, kt tv8 baru season 4 kay. kat US dah season 5. hehehe... Sama gak ngan grey anatomy dah season 8 dah.

Monday, October 17, 2011

Airin sudah 8 bulan

Okay, mamanya xperasan kay anaknya dah masuk 8 bulan dah. Semalam genap Airin dah 8 bulan. boleh tak terlupa. Nasib baik pagi tadi ingat.

Cepat jer rasa Airin dah 8 bulan. Rasa mcm semalam jer baru lahir. Skang dh besar dh. Nak masuk setahun dah next year.


Dah masuk 8 bulan ni makin panjang akal dia. Makin lasak dia bermain.. hmmm penat mama nak layan kay. Skang Airin dah pandai

  • Dah suka sangat berdiri. Kalau kene baring kat riba dah xnak dah.
  • Kalau mamanya tengah baring, asik nak mintak bf je.
  • Kalau tgk citer upin ipin nga nboboi boy dah pandai gelak
  • Dah kenal orang skang.
  • Kat umah kalau mama nyer ilang, siap nangis real2 punya. Mcm kene pukul jer
  • Tido still mama dia kene tidokan. Kalau papa dia tidokan xdenyer nak tido.
  • Dah pandai merangkak depan belakang. Abis umah di teroka.
  • Xsuka sangat masuk walker. Kejap je dalam tu.
SKang, dah suka makan. Kalau makan mesti abis punya. Makin berat badan. LAst timbang ari tu dah 8 kg. skang xtau lah plak.

Wednesday, October 12, 2011

Musim Haji Tiba Lagi

Alhamdulillah, musim haji tiba lagi. Tak lama lagi nak sambut Raya haji. Rasanya baru je sambut Hari Raya. Tahun ni alhamdulillah, my parents dapat menunaikan haji. Mereka baru je berlepas hari Isnin yang lepas.

So weekend lepas memang saya cuti panjang balik kampung. Dapat gak hantar my parents naik flight. Naik kat Senai Airport jer. So memang kene balik kampung lah nampaknya. Kalau naik kt KLIA xpayah saya balik kg. Tapi sebab dapat pakej dari kerajaan negeri Johor. So kenelah balik kg.


Alhamdulillah gak my parents dapat tajaan dari kerajaan negeri Johor. Kemudahan selesa sikit rasanya.

Ni dah hari ketiga mak abah kat sana. Rindu plak rasanya. So diorg kat sana selama 45 hari. Lama tu. Kali ni Raya Haji kami adik beradik jerlah nampaknya.

Tuesday, October 4, 2011

Welcome Unifi

Skang kat umah dah hampir 2 minggu Unifi masuk Memang seronok giler kay untuk berinternet. Tapi xjugak rajin update blog.. camner tu yerk.

Sebelum masuk unifi ni ada gak bincang ngan en suami nak pakai broadband jerk. Tapi en suami kurang etuju ngan cadangan tu.. So terpaksa lah tahan.


Then bila astro naik harga, en suami suggest kita potong astro masuk unifi jerk. Lagi pun harga hampir sama dan ada hypptv lagi. So dapat tgk tv dan juga boleh online. So surveylah unifi tu. So kitorg amik pakej VIP 5 jerk. harganya Rm149, okaylah tu. Bayar astro jr RM100.

Tapi kesian en suami xleh tgk bola. So kalau nak tgk bola dia streaming jerlah...

Start pasang unifi ni jarang gak sayta tgk tv kat umah. Donlod movie dan tgk movie. Dah xtgk movie kat wayang dah. hehehe.. Zaman tu dh berlalu dah. Camner nak tgk wayang kay cinema kalau ada baby. Suah gak duk jauh ngan family, kalau dekat blh hantar kat mak kejap. hehehehe...

Skang Unifi ada promotion kay.. so apa lagi cepat2 pasang unifi. Skang blm ada limit lagi yang 60gb tu...


Dan juga percuma semua chanel hypptv dan 4 chanel VOD selama sebulan tu.. So boleh tgk chanel apa yang ditawarkan kat hypptv. Yang penting ada chanel korea tu. tu yang akak suka sangat.... muahahaha

Wednesday, September 28, 2011

Wednesday, September 21, 2011

Kurang Sihat

Maaflah lepas abis cuti beraya saya dan Airin diserang flu plak. Merasalah kami duduk umah jerk xkemana. Nasib baik weekdays.

Dah okay gak saya xjadi jenjalan. Boleh plak Airin demam panas last week. Memula syaa yang rasa xsedap badan seminggu lepas cuti raya. Tapi still boleh lagi kesana kemari. Sekali amik. sampai skang xbaik2. dah 2 kali gi klinik. Tapi still unwell.


Alhamdulillah for Airin, dah sihat dah. Cuma nak melekat je ngan mama dia. Kesian juga saya kt dia. Kang melekat lelama takut dia demam balik. Nasib baik hantar nuseri okay je xde meragam.

Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri

Sekejap je dah abis puasa kan.. Raya dah menjelang tiba.


Ucapan Selamat HAri Raya dari saya sekeluarga. Semoga lebaran kali ini membawa sinar bahagia. For me, kali pertama beraya bersama Airin...

Mohon ampun dan maaf jika tersalah kata dan bahasa..

Thursday, August 25, 2011

Check up 6 bulan

Kelmarin bawak Airin gi chck up 6 bulan. Wah dah besar dah anak mama.. Kejap je rasanya. Ramai plak org kt KK. Walaupun sampai awal tapi service ari tu memang lmbt giler...

Untuk 6 bulan nie;
  • berat = 7.0 kg
  • tinggi = 66 cm

Makin berat plak si Airin ni. Kalau dukung dia memang xleh lama lah. Cepat je rasa lenguh . Lagilah skang dah tak reti duduk dia. Tergerak sana sini. Lagilah bertambah lenguh tangan.

Untuk check up 6 bulan ni Airin kene cucuk. Hmm .... mcm biasalah kalau kene cucuk, xdenyer dia nak menangis. Buat muka selamba jerk. Jerit sikit bila jarum tu masuk. Then boleh nak sambung tido plak.

Next check up 3 bulan lagi. MAsa tu insyallah Airin dah 9 bulan.



Thursday, August 18, 2011

Official 6 bulan

Alhamdulillah.. Syukur pada Allah akhirnya niat say nak full breastfeed Airin termakbul juga. Walaupun pada awal kelahirannya kene campur sikit ngan FM. kecewa gak saya masa tu. Tapi masa tu pantang kt kg, parents saya kurang tahu tentang kelebihan susu ibu. Diorg ingat sus tin lg bagus. Tu ada gak tercampur sikit ngan FM. Tapi kekadang tu say main tipi, kata tu FM sedangkan tu susu ibu yg saya pump. hehehe...

Walau byk rintangan (nanti say citer part tu) tapi alhamdulillah Airin pun dah genap 6 bulan. Dapat gak dia full breastfeed dalam 5 bulan lebih. Hasrat saya nak teruskan sampai dia umur 2 tahun. Semoga dipermudahkan.



Syukur gak dapat en suami yang memang support saya kasi susu ibu. Thanks to him for everything. Dari sokongan dan keperluan saya.

Skang dia dah start makan. Saya start kasi puree dahulu. Bubur nasi nanti2 dulu. Nak tgk perkembangan dia dulu camner.


Thursday, August 11, 2011

Airin Demam

Xpernah dari lahir Airin demam, Sekali masa dia 5 bulan boleh plak demam panas. Nasib baik demam sajer. Xde selesema ngan batuk. Startnya malam jumaat tu. Rasa badannya macam panas. Ingat dedar jerk. Sekali esok pagi makin panas plak badannya.

So apa lagi cepat2 siap nak gi klinik. Alhamdulillah, masa dia demam ni xdelah menangis ke meraung ke. Cuma nak ngempeng ngan saya je. Ngan en suami pun xnak sangat. So masa check kat klinik suhunya dah 38' celcius. Panas gak tu. Doc cuma kasi ubat demam je. Tapi doc cakap selagi baby aktif xdelh masalah.


Then ari isnin still lagi panas. Mcm xkurang je panasnya, saya ngan hsuband bawak gi klinik kesihatan nak check darahnya. Takut denggi ke apa ke. Darahnya okay je cuma badan makin panas. Call mak kat kg, takut badan dia xsedap. Suh balik kg, urut badan.

Alhamdulillah demamnya kebah masa ari nak gi cucuk 5 bulan. Tapi lepas cucuk 5 bulan xplak demam. Airin... Airin....

Lepas baik demam dah pandai meniarap dah. Rupanya demam nak tiarap. Risau mama dibuatnya.

Skang dah pandai guling2 dah kat tilam.. Kalau tido dah gerak2 dah. Sampai ke ujung tilam pun ada. hehehehe...

Tuesday, August 2, 2011

Susu Kurang ???

Saya tak cerita lagi tentang perjalanan breastfeeding saya. Nantilah kalau ada masa saya menulis. Ni cuma nak mengadu sket dalam blog.

Breastfeed dalam bulan pusa. huhuhu... Pengeluaran susu agak kurang lah siket. Tu yang agak sedih. Selalunya siang hari saya akan buat 3 session kt ofis. Tapi bulan puasa kene tukar session kepada 2 session jerk. Kalau buat sampai 3 session mahu taknya saya dehydrate.

Semalam first time pumping time puasa. Memang meletihkan. Time petang after 2nd session kepala dah pening dah... Harap2 dapat harungi selama sebulan ni.

Susu pun cukup2 jerk. Pagi dapat 6oz petang dapat 4 oz. Ingat balik umah lepas bukak puasa nk pump lg. Tapi airin nak DF, xnk botol. So semalam xdapat pump. Harap2 ari ni dapat pump waktu malam.

Salam Ramadhan


Ramadhan tiba lagi. Rasanya masih teringat lg sambut ramdhan sebagai bujang. Tahun lepas sambut ramdhan dalam keadaan mengandung. Alhamdulillah, dapat saya berpuasa.

Tahun ni lagi menarik, first time sambut Ramadhan sebagai ibu. Pengalaman yang menarik bagi saya.

Ucapan saya semoga ramadhan kali in membawa keberkatan kepada kita semua.

Monday, July 25, 2011

7th Parenthood Expo 2011

Macam menarik je expo ni. Last time pergi yang Mum's & baby expo bulan 5 hari tu. Tapi pergi lambat so xde beli barang apa-apa pun.


Tapi kali ni pergi memang ada benda nak dicari.

- brestpump electric. Kalau boleh nak double pumping.
- Nak cari car seat untuk Airin. Carrier skang dh xmuat. Kene tukar
- Baju raya Airin.. Ni kalau ada. kalau takde nampaknya mama dia kene cari kat tempat lain.
- Mainan tuk Airin.

Skang semua tentang Airin. hehehe

Parenthood Expo 2011
29 - 31 July 2011
Exhibition di Mid Valley

Apa lagi, jom kita serbu....

Wednesday, July 13, 2011

Rambut pendek

Saya dah berambut pendek lagi. Rasanya last potong rambut pendek masa form 5, tahun 1999. Lama giler xberambut pendek. Skang dah anak sorang baru dapat berambut pendek.

Susahlah kalau berambut panjang. Amik masa yg lama nak settingkan rambut. Skang masa tu emas. Semua kene buat cepat2 .Kang lambat mulalah Queen Airin mengarok. Hehehe.. Boleh runtuh satu umah kay kalau dia mengaruk.


Lagipun skang rambut saya byk sgt gugur. Takut kalau nak sikat rambut. Mesti penuh je kt sikat. Huhuhu... tension betul. Kat umah dah bersepah rambut sana sini. Xpernah saya mengalami keguguran rambut begitu byk kay. Dah berambut pendek pun still byk rambut gugur.

LAgi satu sebab bermabut pendek sebab airin skang dh pandai tarik rambut saya. Walaupun dah rambut pendek ni. Bila dukung dia still rambut saya yg dicarinya. Mesti nak tarik punya. hehehee....

Thursday, July 7, 2011

Heartstrings - You Fallen For Me

Masih lagi gila tentang K-drama. hehehe.. Bilalah nak tamat kegilaan saya nie yerk. Nasib baik Airin skang xpandai merangkak lagi. So kalau balik umah tu kul 8 lebih dia dah tido dah. So bolehlah mama dia layan citer korea. En suami geleng kepala jerlah tgk wife nie tiap2 malam tgk drama korea.

Walaupun kt Astro ada chanel 391 tu, tapi kt situ lmbt, download lg laju kay.

Drama terbaru lakonan Yong Hwa ngan Shin Hye selepas drama yng meletop tahun lepas You're Beautiful. Memang menanti lah drama ni kuar. Skang dah tayang dah tapi kat MBC. Malaysia xde amik MBC so terpaksa lah donlod. Seminggu 2 episod je. Sedihnya


Nak tunggu epsiod seterusnya memang azablah. huhuhu...

So a bit of synopsis drama ni kay :-

Heartstrings takes place at an arts college which focuses on dancing, singing, acting, and literature, and is classified as a 'mellow campus drama', detailing the lives of college students. Lee Shin (Jung Yong Hwa) is a university student majoring in modern music.


He is the vocalist of band "The Stupid" and also plays the guitar. Shin initially likes Jung Yoon Soo (So Yi Hyun), a dance professor at university, but this all changes when he meets Lee Kyu Won (Park Shin Hye)


Kali ni dalam drama Heartstring ni 2 anggota CN Blue berlakon kay. Love CN Blue. Yong Hwa dan Ming Hyuk berlakon bersama. Member saya giler kt Ming Hyuk ni...

Lambatnya nak tunggu episod seterusnya nie... Huhuhu....

Tuesday, June 21, 2011

Kegilaan Saya

Bukan saya yang giler. Ni nak cite tentng thing yang saya sangat addicted. Saya sangat mengilai drama korea skang kay. hehehe... Memang xboleh blah punya. Kalau dah layan saya drama tu xkan nyer boleh stop. Dulu masa mengandung 7 bulan dah stop dh tgk drama korea. Tapi masa tu giler pasal Super Junior. Tapi skang demam k-drama dah kembali.

Ni semua gara2 berpantang kan umah mak long saya. Diorg dah tukar ke astro beyond so dapatlah tgk chanel 393 kot Chanel S1. Chanel tu memang best giler. Kalau astro biasa dapat chanel KBS je. So masa pantang, kt umah tu memang bukak chanel 393 je. Mana tak pengaruh tu datang balik.


Dulu masa zaman skolah, saya gilerkan drama Jepun macam GTO. Tapi skang drama korea lagi hebat penangan nye.

Hebat tak hebat, skang asik mendonlod drama korea jer. Yang paling best citer yg saya suka Secret garden dan full saya download. hehehe... Ada juga saya suh en suami pasang unifi kat umah. Laju sket boleh donlod.


Nilah drama yang menyebabkan saya jatuh cinta balik ke K-drama. hehehe.. Disebabkan pelakonnya adalah Hyu Bin. Hehehe.. .Dulu Hyu Bin ni pernah berlakon dalam drama My lovely Sam Soon. Saya ada gak drama tu. Dulu dia berisi sket tapi skang makin hensem plak. Syang Hyu Bin rasanya dah masuk latihan tentera Korea untuk 2 tahun.

Skang saya tengah layan citer Babyfaced Beauty, Romance town ngan city hunter.. hahaha... penuhlah hard disk saya nie. Walau pun dah ada baby kecik tapi still layan drama korea gak. Tapi kekadang tu tgk sangkut2 gak. Yerlah nak layan tuan puteri kecik tu..