Friday, July 30, 2010

Metrojaya Warehouse Sale

Ni kira update paling cepatlah saya buat. Masih panas dari oven kay. Sebenarnya saya baru jer balik dari Warehouse sales kt stadium Melawati.. hehehe.. Macam biasalah.. Metrojaya Sales. Ari jumaat kan rehat lama sket. tu yang sempat terjah ke sana.



Saya pergi ngan budak ofis. Motif utama gi sana nak beli perfume kay. Last beli masa nk kawen ari tu. Penah gak gi beli kt warehouse sales nie tapi tahun lepas. Stok kat umah punyalah banyak lagi tapi ada hati nak tambah koleksi. huhuhuhu...

Memang happening giler kay. Banyak gak barang yang dijual. Mostly kalau korang masuk metrojaya, apa yang ada itulah yang dijual kan stadium tu. Pegi waktu solat jumaat mana cukup masa nak tgk semua barang kan.

So saya gi area perfume ngan cosmetic dulu lah.. Pergh.. semerbak je bau kan area perfume. Macam2 ada. Ada issey miyake, D&G, Hugo boss, Police, Paco, salvatore, gucci dan macam- macam lagi lah.. Yang penting saya jumpa Terra by Hermes kay. hehehe (teringat superman). Mostly harga memang murah dari kt perfume outlet lah kan. Tapi mcm biasalah kotak ada defect sket. Kotak jerk.

Selain perfume ada gak jual pinggan mangkuk, cadar, comforter, handbag, baju. Macam-macam lah.Huhuhu.. Nie kene pegi lagi nie... Sales sampai ari ahad ni jerk. Maybe esok or lusa kene pegi lagik. Kali ni bawak en suami (si tukang bayar).

Thursday, July 29, 2010

Adakah Nuffnang racist ???

Cerita hot skang kat dalam blog.. mosytly blog yang saya pegi semua citer pasal nie. huhuhu... Citer ni timbul sebab one of the blogger tetiba buat post something about Nuffnang. For me to dia punya opinion lah kan. Selagi tak melanggar etika.


Kalau nak tahu klik kat blog Syafirul nie. Wah tetiba glamor si Syafirul. Saya kira hormat lah pendirian dan pendapat dia kay. Tu hak dia lah nak kata apa pun.

Tapi for me, selama letak nuffnang kt blog saya nie, ada gak dapat tiket free for movie screening. wah seronok tu. Sapa nak bagi kita tiket free tgk wayang. So for me ada gak malays yang dapat tiket free, menang hadiah dan sebagainya.

Nuffnang, bila nk tukar glitterati saya tu.. Eden dh buang dh advert from third party tu.. Nak tiket free lagi nie...

Wednesday, July 28, 2010

Perkembangan Bayi

Kali ni saya nak kongsi info yang saya dapat dari surf internet nie.. Quite a good info actually.

Minggu ke 11
  • bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.
Minggu ke 12
  • Apabila usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari.
  • Wajahnya juga semakin jelas. Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.
  • Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.
Minggu ke 13
  • kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh.
  • Pada masa ini mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.

Kita stop dulu sampai minggu ke 13 kay. Nanti saya sambung lagi.

Tuesday, July 27, 2010

Tempah Baju Raya

Hah.. korang semua dah tempah ker baju raya. Baju raya saya dah lama tempah kay. My mum lah yang tempahkan. Tapi masa tempah tu belum tahu pregnant lagi. Huhuhu. Nanti raya saya dh nk masuk 5 bulan. Adakah baju raya saya itu muat. huhuhu...

So weekdays lepas gilah tempah kan baju en suami. Kain nyer dah lama dapat dah. My parents yang belikan. Dah hampir 2 bulan tersimpan kan dalam bilik baru teringat xtempah baju lagi and raya nak dekat. huhuhu... ada ker orang nk terima tempahan lagi.


So saya ngan en suami gamble lah gi tempah baju. Kitorang tempah kat Kimie Kajang. Tempat yang sama tempah baju nikah. En suami kata dia selesa ngan jahitan kat kimie. Saya ikutkan jerk. Nasib baik lah kimie masih lagi terima tempahan baju lelaki. Baju pompuan dah tutup yerk.


So dah siap temaph lah baju en. suami. So raya ni dia dah ada baju raya. Saya jer belum tahu... Lupa plak nk bagitahu tema tahun ni kaler biru yerk.. hehehe...

Buffet Durian di SS2

Sian kat en suami, hampir 2 minggu dok bising2 kt telinga saya nak makan durian. Tiap kali nampak je orang jual durian kt tepi jalan, mesti dok pujuk nk beli durian. Masalah nyer, kang beli semerbak bau dalam keter ngan umah.

Saya setakat bau gitu-gitu boleh lah tapi kalau lama-lama mau muntah gak. Nasib baiklah time pregnant ni xde mengidam nak makan durian. hehehehe.. Baby dalam perut ikut mama dia part durian. hahahaha. Xpuas hati betul en suami....


So weekend lepas, kawan en suami ajak gi makan durian kt SS2, hmm... bukan main gembira lah en suami dapat makan durian. Saya layan kan jerlah... Buffet durian ni kt area SS2 belakang BHP petrol. Ada dalam 3 gerai durian lah yang bukak. Mostly memang ada buffet.. All you can eat. Ada yang RM10, RM9 dan RM8. Tapi bila tanya, jadi rege RM15 plak. huhuhu....


Nak tak nak makan jerlah. dah datang jauh xkan nak balik jerk. Tapi buah durian nyer besar2 kay. Isinyer tebal so puas hati lah. Saya xmakan cuma jadi tukang tengok dan teman. So en suami ngan kawan2 nyer makan durian sampai 12 bijik.. pergh... Ramai gak yang makan durian kt situ, walaupun masa makan tu hujan tapi still makan jerk...

pic- thanks to google

Monday, July 26, 2010

Baby Mega Sales

New info for mummy to be. Mega sales barangan baby kay..


Tarikh : 19 July - 16 September 2010
Place : Baby Cottage

Cawangan Baby Cottage
  • Baby Cottage - Plaza Shah Alam
  • Baby Cottage - Subang Parade
  • Baby Cottage - Sungei Wang Plaza
Brand Offers :

  • Mc LAren
  • Avent
  • Chico
  • Bumbo
  • Aprica
  • Coosh
  • and much more
Info I get from here

Thursday, July 22, 2010

Heart burn

Sejak pregnant ni saya memang selalu rasa heart burn (pedih ulu hati). Kalau dulu penah gak alami tapi bila xmakan nasi. Tapi skang makin selalu plak rasa. Walau pun dah makan pun still akan rasa hear burn.


Mostly bangun pagi jerk mesti rasa pedih jer perut. huhuhu... then tengah hari.. pastu malam bila nak tido. Kekadang tu boleh terjaga tengah2 malam sebab sakit sangat. Tido saya skang dah xlena sangat dah. Asik terjaga malam jerk.

Kekadang tu rasa perutnya sebu tapi dh makan dah.. Macam- macam plak rasanya.

Wednesday, July 21, 2010

Morning sickness yang teruk

Lama giler saya tak menulis dalam blog nie.. tak larat nak taip kt laptop nie.. huhuhuu.. I having a disaster morning sickness kay. boleh ke panggil morning sickness kalau dari pagi sampai malam asik nak muntah jerk...

Start je saya tahu saya pregnant, morning sickness tu dah jadi kawan karib dah. Dari kita yang aktif ni terus jadi tak bermaya langsung.. aiyooo... Mula-mula tu samada pagi akan kene morning sickness.. pastu tukar rutin plak.. petang sampai malam pulak asik muntah...

Tapi bila dah masuk 8 minggu lagi teruk mabuknya. Sampaikan naik kete pun boleh mabuk.. huhuhu... haru betul lah... Bila naik kete jer muntah, mana taknya teruk. Time nie dh xde pagi or petang. Dari pagi sampai malam asik muntah jerk.. Kalau sehari tu boleh muntah sampai 15 kali kay.. memang dh tak larat langsung dah. Time ni apa je yang makan mesti muntah baik. Macam saya ni bulimia plak.

Weekend je memang tido jer lah keje saya satu hari. memerap atas katil. Tak larat nak buat apa-apa pun. Ada tu teruk sangat nak tak nak kene gak gi klinik. Memang doktor pun cakap teruk giler saya punya mabuk masa pregnant. Sampai kasi minum air garam kay. huhuhu... Badan saya xcukup air dan zat.. sian baby kt dalam. Ubat jangan lah cakap. Macam-macam color saya dapat... Pstu doktor klinik tu suh refer gi hospital for more check up sebab tekanan darah saya rendah... huhuhu.. apalah nasib ku.

Skang dah nak masuk 10 minggu.. harap-harap makin kurang lah mabuk nie...



Tuesday, July 20, 2010