Tuesday, January 10, 2012

The Street Cafe

Teringin nak makan korean food tapi nak yang halal pastu mesti sedap. Demand lebih jerkan saya ni ek.. Hehehe.. Kalau bab makan memang macam tu nak yang sedap jerk. Barulah puas makan.

Tahu pasal cafe ni pun dari Cik Nil, dia yang dok introduce kat saya. Apa lagi dah namanya giler kan korea. Semua pasal korea saya giler.. muahahha. Biler lah dapat gi korea ek. Tunggu Airin besar sket lah.


So sekarang dah tau dah kt mana nak dapatkan korean food yang hala pastu sedap. senang lah pasni. Ni pun pegi kali kedua tu. Gi ngan kengkawan. Sebab en suami bukan gemar makanan pelik2 nie. Dia lebih suka makanan kampung. hehehehe


So street cafe ni ada 2 cawangan. Yang besar kt SS 15 Subang Jaya. Berhadapan dgn Taylor College kay. Cawangan kedua berada di Sunway Pyramid. Kat area Asian Avenue kat tingkat atas sekali yer.

Setakat ni yang saya dah makan adalah bimbimbap bulgogi ngan ramen ngan Toboki. Memang terbaik lah rasanya. Sedap sekali. Tapi toboki tu sedap lagi kt Sunway berbanding SS 15.

Harga memang berpatutan lah. Xdelah mahal sangat or murah sangat. Tempat memang menarik kt SS15. Nak tau lebih lanjut klik je kat Street Cafe. Xpun view site fb diorg kay.

No comments: