Monday, October 25, 2010

Panggilan Haji

Wah skang dah tiba musim haji. Mesti ramai yang menghantar sanak saudara gi haji kan. Semalam saya ngan en suami gi hantar my friend yang dapat pergi haji tahun nie. Alhamdullilah, muda-muda dapat gi haji. Pasni nak gi daftar haji lah. Kalau nak tau kita boleh daftar haji ngan jumlah RM1300 je dulu.

Semalam masa kat tabung haji ramai gak orang. Biasalah kalau mism haji. Yang menghantar lagi ramai dari yang pergi. My friend pun last minit dapat tau boleh pergi.

Yang kene panggil wife dia, tapi dia buat rayuan lah nak pergi skali atas tiket mahram. Xkan nak biarkan wife dia gi sorang2 kan.

Tapi sian gak, anak masih kecil kene tinggalkan. Sedih gak part tu. Takpe sekejap jerk. Dia pergi sampai 8 Disember nie.

Ramai gak member yang menghantarnyer semalam. Amik berkat. Mana tau rezeki kita plak tahun2 akan datang.

So raya haji tahun ni 17 November, plan nak balik kg tapi xconfirm lagi sebab cutinyer jatuh ari rabu. Kene bincang balik ngan hubby nie.

No comments: