Thursday, December 30, 2010

Malaysia menang dan esok cuti

Rasa bangga kejap kay. Yerlah Malaysia meang Piala Suzuki AFF. Mana tak bangga. Penat semalam tengok bola ngan en suami. Sejak akhir2 ni rajin plak saya teman en suami tgk bola. Tapi tgk bola kat umah jerlah. Xkuasalah saya nak tgk kat kedai. Eden dah xlarat dah. Pinggang asik sakit jerk.

Tengok kat umah boleh baring2.hahaha... nasib Malaysia menang, xdelah mood en suami bertambah down. Hehehe... Sian en suami.

Kepada Hairul Fahmi @ Apek. You are the best lah. Bagus tul dia jaga gawang gol. Safee memang dh terror dah.

Masa first final tgk kt Kampung Baru. Punyalah ramai orang. Bising janganlah cakap. So yang second ni baik tgk kat umah. Siap stop kejap masak semata2 nak tgk bola. Last2 makan malam pun lewat. Sorry eh en suami.

Pas abis bola sambung masa plak. En suami macam biasa sibuk ber fb. Pastu duk bising ari jumaat dapat cuti. PM kasi cuti tapi malas nak cari sumber nyer. Saya plak yang kene carikan. Nasib baik kt umah tu PC sorang satu. So tolonglah en suami carikan artikel yang menyatakn Jumaat cuti. Dah jumpa gumbiralah en suami.

Wah esok cuti.. bestnyer.. cuti panjanglah new year nie.

Wednesday, December 29, 2010

Baby Stuff - Barut

Kali ni nak update sket citer pasal barang baby plak. Asik citer pasal maknyer jerk. hehehe... Baju baby saya xbasuh lagi. Xsempatlah nak basuh lagipun belum beli tempat sidai untuk baby. Takkan nak pakai hanger besar plak. Cari hanger yang bentuk payung xde jumpa yang besar, semua yang kecik2 je jumpa. So xsesuai nak beli.

Weekend ni baru nak gi BBstore beli barang yang xde. Mostly semua peralatanlah. Yang cloth dah settle lah. Paling susah nak cari baru baby. Mostly skang barutnyer pendek dan kecik. Dah berapa minggu kalau keluar gi jenjalan tulah barang yang saya cari kalau kat kedai baby. Hehehe....

Paling penting kalau dapat yang bertali. Yerlah skang mostly barut main snap jer. Xde yang tali dah kecuali gi tempat sendiri. Malas plak nak tempah online.


Masa mula2 beli barang baby jumpa yang mcm gambar kat atas. So beli lah dalam 4 helai. Xnak beli banyak2 sebab memang nak cari yang bertali. Ni pun penat survey kat Jusco cari yang bertali tapi xjumpa. Brand Anakku jer yang barutnya besar yerk. Yang lain semua kecik2. Macam mana nak tutup perut baby kalau kecik.


Then, weekend ari tu sajer pusing2 gi Sogo. Thanks en suami bawak saya jenjalan. Lama gak xjalan2 window shopping. Sekali jumpalah barut bertali ni kat jusco tapi xbeli pun sbb xgaji lagi time tu.. So malas nak beli. Nanti gaji baru beli semua sekali barang baby.

Tapi semalam, masa jenjalan kat Alamanda lepas abis check up, saja masuk butik Anakku kat situ. Ada plak barut bertali nie dan harganya lagi murah dari kat Sogo. Apalagi amik jerlah. En suami suh amik jer, kang nanti cari xjumpa plak. So saya dah beli dah barut bertali. Hehehe.. Sukanyer....

Thursday, December 16, 2010

Movie Review - Narnia - The Voyage of the Dawn Treader

Korang dah tengok movie ni tak. Rajin plak bulan ni saya gi tengok movie. Hehehe.. Tapi movie yang nie ada orang yang belanja, so gi jerlah tengok free je.

So this time pegi tengok ngan ofismate. En suami tinggal kt umah. Ni movie ke tiga for Narnia. Movie ni xdelah heavy sangat dan jalan citernyer still lagi okay dah menarik. Moivie ni ada for 3D tapi saya tgk yang biasa jerk. Malas nak tgk 3D.



Untuk adventure kali ni, semuanyer berlaku di atas kapal Dawn Treader. Prince Caspian still lagi rules Narnia. Kali ni hanya ada Lucy ngan Edward sahaja. Orang baru adalah sepupu mereka, Eustace.

Bermulalah adventure mereka dari satu pulau ke pulau yang lain didalam Narnia untuk mencari 7 sahabat dari pemerintahan yang lalu.Bermacam2 halangan yang dihadapi oleh mereka.

So pergilah menontonyer kalau ada masa.

Rutin Check Up

Dah xingat dah berapa kali gi check up untuk pregnancy. Hehehe... malas sebenarnya nak mengira. kali ni rutin check up tukar ke petang plak. Malas nak pegi pagi. Sebab pagi ramai orang. Kalau gi petang xramai. So selesa sikit dan cepat siap.

Kali ni check up en suami boleh antar sbb petang. Kalau pagi macam rushing jerk. So En suami antar gi klinik then dia sambung gi keje pastu balik dia amik. Wah heaven nyer xpayah bawak kete.

Kali ni check up mcm biasa. Cuma kene tunggu scan 2 minggu lagi. Berkenaan ngan my plasenta problem tu. kalau still xnaik atas nampaknya kenelah saya duk hospital sampai bersalin. Harap2 naiklah uri tu ke atas yer.

Selain tu, my blood, gula semua okay. Cuma berat saya makin memberat. Saya skang dah 58 kg kay. huhuhu... Beratnya saya. Xpenat saya seberat nie. Confirm next check up naik lagi berat. Sbb skang keje saya asik makan jerk.

Heaven dapat makan. Lagi satu yang xpatut diamalkan ketika mengandung, saya xboleh minum air panas kay. Kene air yang sejuk giler or ada ais. Kalau tak mulalah rasa tekak meloya mcm nak muntah jerk. Hish...

Skang saya dah sheck up 2 minggu sekali sampai lah bersalin. Bersalin di mana yerk...

Monday, December 13, 2010

Masalah Uri (Placenta)

Last week saya ada appointment for scanning kat Klinik Kesihatan. Tapi kali ni petang plak. So senang sket en suami nak hantar. Walaupn datang untuk scan jerk tapi kene tunggu sampai sejam lebih gak.

Biasalah klinik kerajaan. memang kurang sistematik. Saya datang awal lah gak. Appointment kul 3 ptg tapi dh tercegat kt klinik dalam kul 2 suku. Tapi kene panggil nombor kul 3 stgh.

Tu kalau dtg kul 2 suku. Kalaulah sya datang kul 3 mau taknya turn saya kt kul 5. Huhuhuhu.. Bilalah nak efisen sistem kt klini kesihatan nie.

So about the scanning. A bad news gak lah. Harap2 xdelah teruk sangat. Uri saya masih di tepi lagi. Sepatuntya uri ni kene duduk kat atas. Yelah saya dah 30 minggu dah. Almost 8 month. Tapi still kt tepi lagi. huhuhu....

Sepatutnya kedudukan uri (placenta) terletak diatas seperit gambar kat atas tu. Tapi for me, my placenta masih lagi di bahagian tepi. So kene tunggu dalam 2 minggu untuk pastikan uri tu naik ke atas. Kalau tak naik gak kenelah refer ke hospital. Huhuhuhu... Saya nak bersalin normal. Camner nie...

Friday, December 10, 2010

Movie Review - Harry Potter and The Deadly Hallows Part 1

Lama plak tak buat review pasal movie. Hehehe... Sebabnya dah lama tak tengok wayang kay. En suami kurang suka saya gi tgk wayang dalam keadaan mengandung nie. Huhuhu.. Tapi ari tu say paksa jugak dia gi teman sya tgk. Xkan nak gi tgk sorang plak. Masa bujang bolehlah.

So citer yang ditunggu-tunggu adalah Harry Potter. Mana boleh tak tengok. Syaa dah tgk dari first film nyer xkan dah nak abis xtengok plak. Untuk Citer ni dibuat 2 bahagian. Xtau lah apsal. Maybe citernyer boleh berkembang banyak kot.


So Harry Potter and The Deadly Hallows Part 1 ini mengisahkan sambungan dari citer Harry Potter and Half Blood Prince. So masa ni Dumbledore dah mati dibunuh oleh Snape. So skang Lord Voldermont dan pengikutnya telah berkuasa sepenuhnya. Mereka menguasai Ministry of Magic.

Nyawa Harry Potter terancam kerana Voldermont ingin membunuhnya. So Harry Potter, Ron Weasley dan Hermione Grange bergabung sekali lagi bersama - sama dalam usaha membantu Harry Potter mencari saki baki The Horcrux dan dalam masa yang sama memusnahkan setiap horcrux yang dijumpai untuk melemahkan kuasa Voldemort.

So pelbagai adventure yang mereka hadapi dalam proses pencarian Horcrux tu. Nak tau lebih lanjut kenelah pegi menontonyer yerk.

For me, part 1 ni a bit heavy lah sket. Banyak meleret ceritanya. More about their advanture. So maybe ada part yang bosan nak tengok. Tapi its up to you all lah. FOr me kene tengok sebab nak tau part 2 yang akan ditayangkan tahun depan.

Thursday, December 9, 2010

J Card Day

Update.. Update.. hari ni ada J card Day kat IOI mall. Saya lupa nak bagitau last week. hehehe... Maaflah yerk.


So apa lagi marilah kita serbu IOI mall ramai2 ari ni kay. Kang lepas abis keje saya nak kesanalah. Alamak lupa plak. Saya ada appointment kat KK plak arini kul 3 ptg. Pastu kot baru gi Jusco IOI mall.

Wednesday, December 8, 2010

Salam Maal Hijrah

Rasanya tak terlewat nak ucapkan salam Maal Hijrah pada semua. So apa matlamat hijrah tahun baru nie.

Saya cuti maal hijrah ni balik kampunglah. Cuti lama sket. Lagipun dh lama xbalik kg. Rindu plak masakan mak. Bukan selalu dapat balik kg. Maklumlah kg jauh. Xdelah jauh sgt. Tapi kalau balik cuti lama sket baru best.


Masa cuti panjanglah dapat kumpul adik beradik. Kalau tak, nak jumpa pun susah. hehehe....

Friday, December 3, 2010

New Zealand here I come! Awesome adventure awaits! Book your tickets now starting from RM199! #AANZ

New Zealand here I come! Awesome adventure awaits! Book your tickets now starting from RM199! #AANZ


Wow.. skang AirAsia telah melebarkan lagi penerbangan nyer. Kali ni ke New Zealand kay. I love New Zealand. Saya mesti teringat punyalah citer Trilogy Lord Of The Ring. Dulu masa tengok movie nie memang dah jatuh cinta ngan pemandangan di sana. Dengan gunung ganang yang cantik. Pergh....

Skang senang lah nak gi sana dengan budget yang murah. Xpayah belanja mahal-mahal nak beli tiket ke sana. Kalau lah dapat second honeymoon kat sana kan best.. Tapi baby kene tinggal lah.. hehehe...


So apalagi yang di tunggu... cepat tempah tiket gi New Zealand cepat2.. Kat sana macam 2 boleh dilakukan kay.

- Buggy jumping
- Melawat tempat pengambaran LOTR


So kumpul duit nak gi New Zealand....

Thursday, December 2, 2010

KLIMS 2010

Yang ditunggu-tunggu telah tiba. Rasanya last saya pergi 2 tahun lepas kot. Xingat lah plak. Walaupun skang tgh sibuk2 pasal MAHA 2010 tapi hati tertarik dengan ini Motorshow. Sebabnya diadakan di PWTC. hehehe...

Yerlah bagi saya yang perut dah kedepan dah nie, memang xlarat nak jalan2 pusing2 kat MAHA tu kay. Masa pegi MAHA 2 tahun lepas pun xabis pusing, ni kan skang. Lagilah xlarat. Mesti en suami bising punya. Dah pregnant pun ada hati nak ke MAHA.

Yang best kali ni punya motorshow sebab ada Bumblebee ngan BatmanMobile kay. Tu yang semangat nak pegi. Kalau en suami xnak pegi. Saya gi sorang pun xpe (Sanggup ke aku nie).

So maklumat penuhnyer :

3 - 12 Disember 2010

PWTC Kuala Lumpur

Tiket berharga RM15 (weekdays) dan RM20 (Weekend) for adult.

Wednesday, December 1, 2010

Minyak naik harga lagi tu...

Permulaan yang mendadak bagi bulan baru 2010 ni. Hehehe... Minyak naik harga. hah.. tercengang eden pagi tadi dengar berita. Tapi ni untuk RON97 sahaja. Mungkin kene biasakan lah... Yelah bagi minyak RON97 harga minyak memang tidak dikawal. Ikut harga pasaran dunia.

Kalau harga RON95 masih lagi RM1.85 yerk. Untuk harga terbaru RON97 naik 15 sen so jadilah RM2.30. Last naik harga bulan lepas kot.

Saya ni kekadang pakai RON95 kekadang pakai RON97 tapi kalau dah naik sampai RM2.30 kene pikir balik semula lah nampaknya. Beza dalam 45 sen tu antara 2 minyak.

En suami.. camner ???