Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Thursday, September 5, 2013

Frozen Durian

Sekarang kan musim durian, kalau lalu highway  je jalan biasa mesti nampak org jual durian punya. Saya, I'm not a big fan of durian. En suami memang kaki durian. Kalau 10 biji durian dia boleh balun sorang. Ntahalh apsal saya xsuka durian. Bukanlah tak suka langsung. Kalau makan pun dalam seulas dua jer. Sebiji memang takkan lah.

Actually masa shopping barang dapur terperasan satu benda yang rare jugaklah. Sekarang ni kita ada durian crepe, aiskrim durian, kek durian. Korang pernah nampak durian frozen tak.

Nilah first time terjumpa durian frozen kat Aeon Big kat Mid Valley. Jumpa pun tak sengaja. Quite rare jugaklah. Sebab for me senang nak jumpa durian skang. Tak macam dulu. Satu musim je durian tu kuar, Skang dah Musim durian pun banyak kali dalam setahun.

Tapi bagi yang memang teringin nak makan durian tapi bukan musim durian, ni salah satu option dialah.


Yang saya jumpa ni musang king. Apalagi kalau teringin nak makan boleh lah gi beli. hehehe

Friday, April 12, 2013

Power Bank

Skang ni power bank adalah salah satu gadget yang penting kay. Ni disebabkan saya ngan en suami adalah pengguna smartphone. ditambah lagi Si Airin dah ada tablet. Lagilah amat2 diperlukan kalau kitorang kuar jenjalan.



Mana taknya sekejap je bateri phone abis. huhuhu. Yerlah asik berwassap lagi, saya dah lah hanti Instgram. En suami pulak suka main games kat phone. Airin suka tgk movie barbie kt tablet. Mana taknyer phone cepat abis bateri.


So my choice adalah Yoobao. Ni pun ada kawan yang jual. So dapatlah murah sket dari harga market. Warranty setahun. Saya amik yang hitam tu 13000 Mah. So klu pakai Galaxy Note boleh lah charge sampai 5 kali.

Tuesday, March 12, 2013

Bia teman mama shopping

This is what she do when we all going shopping. Dia pun nak shopping sama. Kadang-kandang siap nak gaduh sapa nak tolak troli. Camne. Troli yang besar tu dia nak tolak sorang2. Macam larat jer kan. Kengkadang geram plak en suami.. Nak duk dalam stroller xde maknyanya lagi skang.. Stroller tu untuk dia tido je.


Huhuhu... My baby dah big dah.. So mostly kalau nak shopping kene pergi ke shopping compleks yang ada troli kecil. Supaya dia pun boleh tolak jugak.. hahahah...




Wednesday, February 6, 2013

Airin gunting rambut

Dah lama dah plan nak gunting rambut si Airin ni. Bukannya saya tak suka dia bermabut panjang. Tapi masalahnya Airin tak suka orang pegang kepala dia. So kalau nak sikat kan rambut dia punyalah payah. Siap nak kene marah2 lagi. Tu baru je nak sikat rambut. Belum lagi nak ikatkan rabut ker, nak letak pin kt rambut dia ke.. lagilah mengamuk tak nak..


So en suami suggest potong je rambut dia. Biar pendek. Senang sikit nak diuruskan. Nak potong rambut pun satu hal jugak. Disebabkan Airin ni xsuka ada apa2 kat kepala dia, masalah gak bila nak potong rambut. Melalak meraung kt kedai gunting rambut tu.




So kenelah potong cepat2 supaya xmeraung lelama... Kitorg potong kt e-curve je.. On the way nak ke Ikea.  Alang-alang buat je terus kat situ...



Ni pun skang rambut dia dah panjang.. hmm... Kalau nak potong macam ni baik buat sendirik je lepas ni.. hehehehe...


Thursday, January 17, 2013

Samsung Galaxy Note II

Tajuk bukan main hebat. Tapi bukan saya punya pun. En suami yang tukar phone. heheheh.... tukar phone terus beli note II kay. Dia kata alang-alang nak guna cari yang canggih terus. So bolehlah pakai lama. hmmm...

Nak suh dia tukar hp bukan main payah.. Berapa lama duk pujuk dia tukar phone.. Macam-macam alasan dia kasi. Hp skang mahal lah. Screen kecik lah. Xbestlah. CPU kecik lah... dan macam -macam lagi... Still lagi nak pakai hp lama dia yang dah berkurun tu.. hahahaha


Tapi bila hp lama tu asik2 off jer terpaksalah kene tukar jugak. So his aim are S3 or note sahaja. Masa tu note II baru jer dilancarkan dalam sebulan gitu.. So we still not aware sangat lah.. Yerlah masa tu S3 paling hebat. Yup dia nak beli samsung gak. Dah beralih dah....dari Nokia ke Samsung...

And now dah hampir 2 bulan dia pakai Note II xde komplen apa2 pun. hahahaha....


Beza hp lama dan hp baru.. Tapi dia still sayang gak hp lama dia.. Byk gak jasa dia.. Hope hp baru dai blh lah dipakai lama gak.. Sebab en suami ni bukannya seorang yang suka2 tukar hp... Kira ni advance birthday present for him..

Tuesday, September 25, 2012

H&M is finally here

S0 excited. Finally H&M dah ada kat Malaysia. Selalunya kene order oversea. Tak pun kene beli online with third party. Sungguh tak best kalau shopping online nie. Yerlah tak boleh nak try and touch the cloth. Sekarang H&M dah ada,sungguh lah gembira


Saya pergi masa hari pembukaannyer 22 September 2012. Ramai gak yang pergi. Nasib baik saya pergi malam, so takdelah crowded sangat. Tapi still penuh kat dalam tu. Yang penting kene beratur kay. En suami dah bising2 ramai oranglah, apa lah tulah inilah. Hello.. saya tunggu awak betulkan kereta smpi 4 jam okay.Takde pun bising. huhuhu

Okay, to be truth, I only shop for mostly one hour or less. Yerlah dengan nak shopping, dengan si Airin boleh pulak crancky pastu buat poo poo dalam H&M. Dengan muka husband tak puas hati. huhuhuhu..


We only go to kids department only. Sebab kat situ jer yang tak ramai manusia. Pelik gak saya tak ramai family kat situ. ker sebab crowded sangat so xramai family yang datang.. hehehe.. So good for me.. Tak sempat nak amik pic. Sungguh teruja bershopping..

Sempatlah sambar apa yang patut untuk Airin. Pakaiannyer sungguh murah dan berbaloi kay. For sure I will come again and again. Yerlah baju untuk saya tak beli lagi.. lalalala...



So lepas ni this in the best store that I will come again besides Metrojaya, Zara or Mark & Spencer.. Lepas ni kene beli almari untuk Airin plak. Baju dia dah banyak sangat. 

Friday, August 31, 2012

Kakeena Scarf

This is Sticky post, for an update please scroll down

Sorry, quite busy a fews weeks ago. Busy nak menguruskan my litle baby yg dah pun come out. Nak the real baby. My business baby. hehehe

Plan ni dah lama dah. Tapi asyik hold jer. Yerlah pikir ada ker orang nak beli, ada ke orang nak pakai. But with my en suami support akhirnya menjadi juga.

So saya perkenalkan my online scarf




So to all my readers sudi sudilah melawat my other pages. Kalau xnak tgk kat facebook pun boleh. Boleh jer tgk kat my blogspot online. Saya update dua-dua. Senang orang nak track. Kalau blogspot bloeh check out kat sini.



Di Kakeena Scarf, saya ada menjual square scarf, shawl, tudung bawal and many more to come. So come visit dah bolehlah shopping. Harga is affordable to you all. Kualiti kain adalah terbaik. Its homemade kay.






Thursday, July 12, 2012

20 by Rizalman

Sekarang tgh heboh baju raya  yang di design by Rizalman iaitu 20 By Rizalman. hehehe. Saya pun boleh terpengaruh kay..


Yerlah baju di design oleh Rizalman Ibrahim. Motip xnak amik tau. Nak gi suruh dia design kan baju kita Kalau xde duit berkepuk2 lupakanlah hasrat di hati tu.. Nasib baik lah Tesco buat collaborate dengan dia so dapatlah merasa pakai baju Rizalman


Puasa pun belum lagi tapi dah sibuk nak beli baju raya. hehehe. Tapi skang naktempah baju raya ada ke nak terima. Kalau beli makin banyaklah baju raya saya kay. Saya berkenan dengan design jalur kat atas ni. Tapi being a breastfeed mother, baju ni confirm saya xleh pakai.


Dilancarkan 7 hb July ari tu. Tapi masa tu saya xde kt semenanjung. Ada kat Sibu. kerjalah... So after balik tu sempatlah gi usha baju Rizalaman tu. Tapi sayanya most of it tinggal saiz L or XL jerk. Saiz S and M dah abis okay.. huhuhu


Tapi semalam masa gi Shah alam. Sempatlah singgah Tesoc Shah Alam. Siaz banyak lagi kay. .Pelik gak xde orang beli ker? Nak beli tapi skang tgh bulan. Apsal lah dia xlaunch hujung bulan. Boleh lah saya beli.. Ke nak swap je ... huhuhu



Tuesday, May 15, 2012

New Stroller

Memang dah plan lama nak tukarkan stroller si Airin ni. Lagi pun en suami asyik bising je stroller lama dia besar sangat. Kalau boleh nak cari yang lipat mcm payung. So boleh jimat space. Kalau balik kg pun boleh bawak barang banyak. Bonet kete besar tapi still xmuat.. camner tu. Kalau stroller yang lama tu memang amik setengah space bonet. So kalau jenjalan ke balik kg barang kene limit. Kalau terlebih kene letak dalam kete plak. Sian plak airin xleh baring dalam kete.


So mencarilah saya stroller Airin yang baru. Yang penting sekali boleh recline smpi boleh baring. Senang Airin nak tido dalam stroller. Harga mesti dalam budget. En suami dah kasi amaran stroller tak payah beli mahal2. hehehe...



Akhirnya jumpa gak stroller yang berkenan di hati. Kitorg pilih Halford Fliplite. Yang ni boleh recline smpi abis. Dan juga sesuai dari 0 Bulan smpi 4 tahun. So dari baby smpi toddler boleh pakai stroller nie. Pastu stroller nyer ringan jerk.

More Info
  • Recommended from birth and up
  • Holds up to 18kgs
  • Five-point safety harness for maximum security
  • Umbrella fold
  • Carry handle for easy portability
  • Height adjustable shoulder straps
  • Lockable, front swivel wheels
  • Shopping basket hold up to 3.5kgs
  • 4-position seat recline
  • Stroller Weight: 7.2kgs
  • ECE 44.04 Approved Standard
  • ISO9001:2000 Certified
Specifications:-
  • Product Weight: 7.20kg
  • Packaging Dimension: 27cm (L) x 20cm (W) x 109cm (H)
  • Packaging Weight: 8.30kg

Ada macam - macam color tapi saya pilih color Lavender. Saya beli kat Camy Babyland kat Sunway giza time sales. So dapatlah harga murah sket. 

Thursday, May 10, 2012

Aeon Member day


Semalam dan hari ini adalah Aeon Member day kat Aeon Bukit Tinggi. Korang perasan tak nama dah bertukar. Dulu Jcard day. Skang dah jadi member day pulak. Kad pun dah bertukar. Korang dah tukar kad belum..

So semalam en suami ajaklah gi Aeon bukit tinggi ni. Plan utama adalah nak cari baju Airin. Baju basahan dia kat nusery. Baju jalan dia banyak lagi. Hari tu baru atuk ngan nenek dia belikan. So tak payah belikan lagi. Karang nak raya baru beli lain.

Kira murahlah gak nak cari baju seharian dia. Mostly below RM10 sepasang. Mana tak heaven. Tapi yang tak bestnya mesti ramai orang. Nasib baik dia tak cranky sangat mcm masa bawak kat Sunway. Sampai Aeon je dah tertido. So mama dia heavenlah lah boleh shopping ngan aman.

Dapatlah mama dia shoppin baju Airin. So total damage dekat RM200 lah jugak. Beli baju dia jerk. Yang lagi best Aeon bukak sampai pukul 12 tengah malam. Masa kitorang balik kul 10 setengah mostly shop kat dalam Aeon still open lagi. 

Next week Aeon member day kat IOI mall pulak.. ish..ish...

Saturday, April 14, 2012

Tukar card Jusco

Korang dah tukar jusco card ke belum. Saya awal bulan ari tu dah tukar. Tu pun berapa kali asyik tertangguh. Asyik ramai orang je kat Jusco Service counter. Time weekend baru ada masa nak tukar. Saya tukar kat Jusco OU. Alang-alang jalan-jalan kad OU, gilah tukar kad sekali.

Tukar card ni free jerk. Tapi smpi 30 April jekr. PAstu kene bayar RM 5 kalau tak salah lah. Lagipun kalau tukar skang dapat voucher percuma RM 20 tu.. free jerk.

Tapi yang tak bestnya dapat corak yg simple jerk. Corak yang lawa dah abis stok. Boleh gitu. So dapat yang simple pun okaylah kan.

Tapi nak menukar kadnya kene tunggu kat setengah jam kay.. Dengan Airin mengaruk... huhuhu... Ramai gak yang tukar kad. So apa lagi. Sapa-sapa yg bemul tukar tu gilah tukar...


Friday, April 13, 2012

Aksi En suami

Nilah aksi en suami kalau gi jalan-jalan survey permainan anak. Dia yang lebih-lebih dari Airin. NAk tak nak kenelah layan dia orang bidak plak. Satu budak besar satu budak kecil.



Kalau budak kecil okay lagilah nak layan. Ni kalau budak besar. Semua nak dimainkan nyer.. Try topi ni dengan harapan nak takutkan Airin. Tapi Airin buat tak tahu jerk...

Thursday, April 12, 2012

Airin dan basikal

Actually dah lama mencari mainan baru untuk Airin. Nak masukkan dalam walker dah xnak dia dah. SO saya ngan en suami pun cadangnya nak cari basikal untuk dia.


Tapi mama dia memang cerewet sket nak cari basikal. hehehe.. Na kcari basikal pun kene sesuai ngan airin. Tak kan nak beli untuk toddler punya plak.


Lagi pun Airin bukan pandai kayu lagi. So cari yang dia boleh tolak pakai kaki Tapi nak basikal. Basikal beroda pun okay gak.




Ni semua kitorang cari kat tesco or giant. Kedai jual basikal je belum pergi lagi. Ni pun sekali lalu. Tgk macam menarik tapi harga mencanak naik. Tak sesuai ngan barangnya. Pastu saya kalau boleh nak cari yang   papa dia boleh tolong tolakkan. Dah tau si Airin ni tak pandai kayuh basikal lagi.

Maybe next week baru gi cari lagi kot.. mama ngan papa so busy lah...

Thursday, March 8, 2012

Promotion from Maxis

Sekarang ni Maxis ada promtion handphone kay. Tai for android jer only. Motip tulis pasal handphone. Sebab saya ingat nak tukar handphone. hehehe

En suami sanggup kuar budget nak belikan. Saya angguk kan jerk. Lagipun mcm dh lama giler tak tukar handphone. Handphone skang hanya boleh call and sms jerk. Untung boleh call.



Tapi saya cari yang murah2 jerk. Nasib baik terperasan promosi dari Maxis nie. Phone call plus internet ada dua pakej. Pakej 50 dan pakj 80. Murahlah tu kan. skang pun sya punya bulan2 pun dekat RM50. So better amik ni je kan. Nasib baik ari tu xamik yg pakej android yang sedia ada, rugi2.

Nak amik handphone apa xpasti lg. tgh review mana yang sesuai.. lagipun ken tanya en suami dululah...

Thursday, January 26, 2012

Gelagat Airin

Ni nak konsi sket gelagat Airin bila teman mama nyer gi Shopping. hehehe.. Tukang tollak stroller adalah en suami kay. Dia dah cop tugasan tu dari Airin lahir jerk. So keje saya melenggang kiri kanan sambil window shopping. lalaalala

Kalau berkenan selamber masuk ke outlet tu. Yang pasti diorg akan ikut je kemana saya pergi. Boleh gitu.. Kekadang tu kene sound gak ngan en suami. Jalan menonong jerk. Hehehehe...


Ni masa makan kat Flamming. Masa ni tak pandai lagi minum sendiri pakai straw. So terpaksa lah saya suapkan. So keje Airin adalah mengarah mama dia kasi minuman.


Ni masa mood okay..


Ni masa mood mengantuk


Ni lepas tgk tarian singa. Takde perasan kay. Dapat limau pun dia buat tak tau jerk. Dah penat sangat kot melayan mama dia shopping



Memang pening layan Airin kay. kekadang dia dia behave nak duk dalam stroller. Kekadang tum mengamuk nak kuar dari stroller..

Tuesday, December 13, 2011

One Card @ OU

Hujung minggu ari tu sempat gak saya ke One Utama. Lagi-lagi skang jusco OU dah pun dibuka semula. So Old wing dah nampak lagi baru dari new wing. hahaha.. camner tu. Jusco dia pun dah makin besar dan luas. I like..

Tapi hazab masa nak cari parking kay. Pusing cari parking jer dah kat setengah jam. Pergh lama giler nak cari parking. Skang lagilah dah ada One card parking. So parking pun dh makin terhad. Nak tak nak kene gak parking kt One Avenue. Tapi jauh sikitlah kene jalan ke OU.

So ari tu en suami suh renew balik One Card saya yang dah lama expired. Dulu xtau sangat kegunaan nyer. Skang baru nak hargai.. huhuhu


Sekarang ada promotion untuk one card kay, so berbalaoi lah saya renew my one card. MAna taknya, setahun RM10, kalau 3 tahun baru RM20. So terus buat 3 tahun. Senang citer.

Pasni dah boleh parking kt One Card area. Hahahaha. So xpayah pusing lelama nak cari parking. hehehe...

Kalau korang nk apply or renew one card boleh buat kt Concourse Wing lama dan wing baru. Kalau Wing lama depan Fossil dan kalau wing baru depan Studio R.

Tak lama lagi Isetan nak bukak kat One Utama. Kat wing lama. Lagilah happening one utama. Makin ramailah orang datang sini. hahahaha...

Saturday, December 3, 2011

Johor Premium Outlets

Sekarang kt Malaysia ada premium outlets kay. So xpayah nak gi oversea nak gi premium outlets. Dan yang paling bestnyer, terletak kat Johor tu. My kampung..

Pasni makin rajinlah saya balik kg. hahaha...

My sis kata memang murah barang kat sana. Skang tengah pre-opening. Memang sesak ramai orang serbu. Saya plak baru je balik dari kg, xkan nak balik lagi. huhuhu...


Memang akan diserbu bila balik johor ni.. meh kite reramai habiskan duit kt JPO.

Monday, November 21, 2011

Jatuh cinta dengan SCR 9

Tajuk memang xboleh blah punya.. Asyik jatuh cinta jerk. Berapa kali nak jatuh cinta pun xtahulah. Hehehe...

Sebenarnya saya dah berkenan sangat ngan stroller nie, SCR 9. Baru jer launch 2 bulan lepas. Memang menariklah. Sampaikan en suami pun turut suka. Nilah peluang baik. Nak suh belikan stroller baru. Boleh gitu..

Stroller lama tu kita jual lah. hahaha.. Yang SCR 9 ni boleh terus jadi basket baby. So baby boleh baring dalam tu. Yang lain sama jerk mcm SCR6.

Semalam masa pegi expo ibu & bayi xde plak SCR 9 ni kat booth sweet cherry. Ke saya yang xnampak. Ramai sangat org. Si Airin dah cranky nak susu. Tapi en suami suh susukan kat jusco. Sebab dia kata ramai sangat org, so panas kat dalam tu.

So sempat tgk gitu2 jerk kat expo. Barang yang dicari xjumpa plak. Masa sampai tu kan booth Avent tgh ada sales murah. Tapi kang beli botol baru, botol kat umah ada lagi 2 tak guna. membazirlah plak. Cari botol mimijumi xjumpa plak. So tgk mcm tu jerk.

Monday, January 24, 2011

Baby Stuff - Update

Apa lagi nak update ek. Barang baby kebanyakan semua dah beli. Adalah yang xbeli dulu sebab pantangnya kat kampung. Macam tilam baby, besen mandi baby, stroller. Tu semua lepas saya balik kl lah. Tilam ngan besen mandi tu dah ada kt kg. So xkan nak beli lagi plak. Kalau beli skang sapa plak nak pakai kat umah sini.

Stroller macam nanti dulu lah. Saya mcm berminat nak beli baby sling carrier jerk. Kalau beli stroller takut baby xnak duk dalam stroller lah plak. So nanti dah membazir.




Ni antara contoh sling carrier yang saya berkenan. Tapi xtau nak beli yang mana. Masih memilih lagi. Macam berkenan yang premax carrier tu jer. Tgklah, kene bincang ngan en suami dulu.



Lain barang baby yang dah ada, hmm.. Saya dah pun beli Bottle Starter Set for Newborn. Memang berbaloi lah kalau beli. So botol baby dah settle. Owh, saya beli yang PES bottle sebab harga nya sama ngan BPA biasa. So lebih untung amik yang PES ni. Kalau bottle Avent PES ni warna nya kuning yerk.

Then, breastpump pun dah dapat. Thanks to my friend MF dan AF sebab hadiahkan.

Diorang kasi yang ni. Breastpump sekali ngan storage. So kene tambah storage jerlah. Botol dah beli. hehehe... Dah senang hati dah.

Cuma car seater for baby jer belum beli. TU memang kene beli sblm bersalin. Ntah bila en suami nak gi beli. hehehe....