Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Thursday, April 18, 2013

Pavlova from Alexis

Maaflah asyik citer pasal makan je. Tapi nak buat mcm mana tu jerlah aktiviti kami bila weekend. Cari tempat makan best. hehehe...

Biasanya hujung minggu memang begitu. Sebab weekdays dah makan rumah so bila weekend barulah dapat makan luar. Sambil bawak si Airin ni jenjalan. Budak kecik tu skang dah pandai demand. Nak kene bawak jenjalan. Kalau tak mau dia mengamuk kt rumah seharian.


Tapi kali ni citernya short sikit. Sebenarnya dah lama teringin nak makan pavlova kat Alexis. Last time pergi Alexis kt Bangsar, pavlovanya dah abis. huhuhu... So terpaksalah kitorg gi makan pavlova kt Delicious. Tapi rasanya kureng.

Then try makan Pavlova kat Serai Paradigm Mall. Sedap gak rasanya. Tapi hati still nak yg kat Alexis. So try google lah Alexis kt tempat lain selain Bangsar.


Okay, maaflah saya tak tahu pun kat The Garden ada Alexis. Sedihkan.. So bila dah tau lagilah panjang langkah. Selalu gi Mid Valley tapi tak taupun ada.


So weekend tu after abis shopping barang kt Mid Valley, saya pun gilah tapau Pavlova kat Alexis. Rezeki kot, adalah juga pavlova. So amik 2 slice. Nasib baik amik 2 slice sbb balik rumah jer Airin dah abiskan 1 slice. hehehe...

Heaven sungguh dapat pavlova Alexis. Next time kene datang lagi beli.. To Achik next time saya belanja awak yer and congrats on your pregnancy.



Tuesday, April 9, 2013

Gangnam Station

Saya adalah pengemar makanan korea. heehe ni gara-gara suka tengok Chronicle Of Kimchi. huhuhu.. So bila tgk rancangan tu mulalah tekak nak makan korea food. Oleh itu saya juga telah berjaya menghasut en suami agar suka makan korea food. So adalah variety sikit bila nak makan luar. Takdelah asyik makan western or local food.

Nak ajak dia makan sushi memang taklah. Tu je yang tak berjaya dihasut. Okay dah melalut citer benda lain plak.

So hari tu ada kesempatan nak try makan korean food kat Shah Alam . Okay sebelum ni tak tau pun ada korea restoran kt shah alam. Thanks to nily sebab bagitau. Tapi masa saya pergi dai xde plak nak join. So pergi ngan cik lela jerlah.

Restoran ni terletak kat Laman Seri seksyen 13 Shah Alam. Kalau tau Laman grill milik masterchef tu, Gangnam ni sebelah je ngan restoran Laman Grill.




Masa kitorang datang waktu lunch hour so tak ramai lah org dlm restoran. Hahehe.. So makan dengan bahagia. Apa yang saya suka side dish korea dia memang banyak giler choice nak makan. SO memang kedai ni tak lokek nak kasi side dish. Yang penting kimchi mesti ada.






Macam biasalah saya mesti order bimbimbap beef punya. Nak makan yang grill takut tak sempat nak abiskan semua. ni pun makan dah abis melantak tapi still ada balance. Dia punya portion adalah sangat besar. Saya punya bimbimbap tu blh makan 2 orang kay. Giler tak besar mangkuk.



My prediction okaylah food dia kat sini. Yang best dia kasi seaweed sup. Sedap gak. Selalu saya dapat egg sup. So ni lain dari lain.

So boleh datang sini lagi. Tapi saya belum berkesempatan nak bawak en suami try makan kat sini. Sejak dah pindah rumah ni. Jauh sikit nak ke Shah Alam


Tuesday, March 12, 2013

Bia teman mama shopping

This is what she do when we all going shopping. Dia pun nak shopping sama. Kadang-kandang siap nak gaduh sapa nak tolak troli. Camne. Troli yang besar tu dia nak tolak sorang2. Macam larat jer kan. Kengkadang geram plak en suami.. Nak duk dalam stroller xde maknyanya lagi skang.. Stroller tu untuk dia tido je.


Huhuhu... My baby dah big dah.. So mostly kalau nak shopping kene pergi ke shopping compleks yang ada troli kecil. Supaya dia pun boleh tolak jugak.. hahahah...




Wednesday, February 6, 2013

Airin gunting rambut

Dah lama dah plan nak gunting rambut si Airin ni. Bukannya saya tak suka dia bermabut panjang. Tapi masalahnya Airin tak suka orang pegang kepala dia. So kalau nak sikat kan rambut dia punyalah payah. Siap nak kene marah2 lagi. Tu baru je nak sikat rambut. Belum lagi nak ikatkan rabut ker, nak letak pin kt rambut dia ke.. lagilah mengamuk tak nak..


So en suami suggest potong je rambut dia. Biar pendek. Senang sikit nak diuruskan. Nak potong rambut pun satu hal jugak. Disebabkan Airin ni xsuka ada apa2 kat kepala dia, masalah gak bila nak potong rambut. Melalak meraung kt kedai gunting rambut tu.




So kenelah potong cepat2 supaya xmeraung lelama... Kitorg potong kt e-curve je.. On the way nak ke Ikea.  Alang-alang buat je terus kat situ...



Ni pun skang rambut dia dah panjang.. hmm... Kalau nak potong macam ni baik buat sendirik je lepas ni.. hehehehe...


Tuesday, June 5, 2012

Threading eyebrow

Hari tu berkesempatan gak nak buat threading kening saya nie.. Lama sangat dah bertangguh. Sebelum ni selalu buat kat usj 1. Kedai depan mydin. Tapi rasanya skang kedai tu dh xde lagi. So bertaburlah kening saya nie . Kekadang je saya trim kt rumah kasi kemas sikit. Tapi kekadang malas nak kene buat sendiri.


Then memula plan nak buat kt sunway giza sebab masa pusing2 kat sunway giza ada satu kedai yg boleh buat threading kt kat floor atas. So plan next time datang nak buatlah. Then bila dh datang sana nak gi Camy babyland so ingat dapatlah buat threading. Tapi nan ado nyer.

Sbbnya en suami xdapat cari parking kay. huhuhu.. So saya hanya turun gi lari kt camy. Beli barang apa yang patut then terus jalan. Sbb plan weekend tu nak ke Ikea.. huhuhu


So esoknya masa jenjalan kat One utama baru teringat kt Glitter ata buat threading. So apa lagi gi lah buat. Nasib baik tak ramai orang kay. Kalau nak tahu Glitter ni terletak kat First floor berdekatan ngan Isetan (TGV lama).

Harga untuk threading eyebrow RM12 sahaja. Tapi kemaslah dia buat. A little bit pain tapi xdelah sakit sgt pun. Mcm kene gigit semut jerk..



Sunday, April 15, 2012

Tuan blog gi bercuti


Time ni kami xde kat klang valley. Saya gi bercuti lagi.. hehehe... citer pasal sarawak pun xbuat lagi. Dah nak gi bercuti lagi.. hehehe.. Kali ni kami nak gi ke Penang. Tujuan utama adalah makan dan makan dan makan.


Dan kami menginap di sini untuk 3 hari 2 malam. Kali ni xdenyer naik flight. En suami nak drive plak ke utara. Banyakalh tempat akan disinggahnyer nanti..



Saturday, April 14, 2012

Tukar card Jusco

Korang dah tukar jusco card ke belum. Saya awal bulan ari tu dah tukar. Tu pun berapa kali asyik tertangguh. Asyik ramai orang je kat Jusco Service counter. Time weekend baru ada masa nak tukar. Saya tukar kat Jusco OU. Alang-alang jalan-jalan kad OU, gilah tukar kad sekali.

Tukar card ni free jerk. Tapi smpi 30 April jekr. PAstu kene bayar RM 5 kalau tak salah lah. Lagipun kalau tukar skang dapat voucher percuma RM 20 tu.. free jerk.

Tapi yang tak bestnya dapat corak yg simple jerk. Corak yang lawa dah abis stok. Boleh gitu. So dapat yang simple pun okaylah kan.

Tapi nak menukar kadnya kene tunggu kat setengah jam kay.. Dengan Airin mengaruk... huhuhu... Ramai gak yang tukar kad. So apa lagi. Sapa-sapa yg bemul tukar tu gilah tukar...


Friday, April 13, 2012

Aksi En suami

Nilah aksi en suami kalau gi jalan-jalan survey permainan anak. Dia yang lebih-lebih dari Airin. NAk tak nak kenelah layan dia orang bidak plak. Satu budak besar satu budak kecil.



Kalau budak kecil okay lagilah nak layan. Ni kalau budak besar. Semua nak dimainkan nyer.. Try topi ni dengan harapan nak takutkan Airin. Tapi Airin buat tak tahu jerk...

Tuesday, March 20, 2012

Keletah Airin

Okay sekarang Airin dah banyak mengada-ngada. Ni sejak my parents manjakan dia masa gi Sarawak last month. Masa tu kat seminggu my parents ada bersama. So my dad memang suka layan cucu. Lagilah Airin ni cucu jauh. Jarang jumpa lagilah dimanjakan.

Pantang Airin merengek sket, dah diamiknya, didukung dan bawak jalan2. Masa tu saya dah agak abislah kalau my parents balik johor. Memang betul pun, mengada2nyer melebih2 skang nie. Tak nak duk dalam stroller.


Then bila dukung xnak ngan papa dia. Asik nak suh saya jer dukung. Kalau sekejap tu takpelah. Ni sepanjang masa. Aiyooo.. makin kurus lah saya nampaknyer.




Then kat umah xnak plak practice jalan, tapi kat shopping mall time tulah melalak nak turun stroller nak practice jalan. Adooo...

Pengsan kejap time tu kay. Masa tulah nak jalan kesana kemari. Klu blh pimpin sebelah tangan takpe. ni tak, nak dua2 belah tangan. Penat mama nak membongkok...


Kekadang tu boleh lah kita layan lagi.. tapi lama2 geram gak lah. Nasib baik sorang lagi. hmm...


Tuesday, March 6, 2012

Sneak Peak


Minggu lepas saya kemari jalan-jalan makan angin ngan famili. Sajer jerk. Lagi pun dah lama xberjalan-jalan nie.. nanti akan di update..

Thursday, January 26, 2012

Gelagat Airin

Ni nak konsi sket gelagat Airin bila teman mama nyer gi Shopping. hehehe.. Tukang tollak stroller adalah en suami kay. Dia dah cop tugasan tu dari Airin lahir jerk. So keje saya melenggang kiri kanan sambil window shopping. lalaalala

Kalau berkenan selamber masuk ke outlet tu. Yang pasti diorg akan ikut je kemana saya pergi. Boleh gitu.. Kekadang tu kene sound gak ngan en suami. Jalan menonong jerk. Hehehehe...


Ni masa makan kat Flamming. Masa ni tak pandai lagi minum sendiri pakai straw. So terpaksa lah saya suapkan. So keje Airin adalah mengarah mama dia kasi minuman.


Ni masa mood okay..


Ni masa mood mengantuk


Ni lepas tgk tarian singa. Takde perasan kay. Dapat limau pun dia buat tak tau jerk. Dah penat sangat kot melayan mama dia shopping



Memang pening layan Airin kay. kekadang dia dia behave nak duk dalam stroller. Kekadang tum mengamuk nak kuar dari stroller..

Friday, December 3, 2010

New Zealand here I come! Awesome adventure awaits! Book your tickets now starting from RM199! #AANZ

New Zealand here I come! Awesome adventure awaits! Book your tickets now starting from RM199! #AANZ


Wow.. skang AirAsia telah melebarkan lagi penerbangan nyer. Kali ni ke New Zealand kay. I love New Zealand. Saya mesti teringat punyalah citer Trilogy Lord Of The Ring. Dulu masa tengok movie nie memang dah jatuh cinta ngan pemandangan di sana. Dengan gunung ganang yang cantik. Pergh....

Skang senang lah nak gi sana dengan budget yang murah. Xpayah belanja mahal-mahal nak beli tiket ke sana. Kalau lah dapat second honeymoon kat sana kan best.. Tapi baby kene tinggal lah.. hehehe...


So apalagi yang di tunggu... cepat tempah tiket gi New Zealand cepat2.. Kat sana macam 2 boleh dilakukan kay.

- Buggy jumping
- Melawat tempat pengambaran LOTR


So kumpul duit nak gi New Zealand....

Thursday, November 25, 2010

Holiday Kedah - Perak Part 2

Kita sambung balik part 1 kay. Majlis sandingnyer keesokkan hari. Dalam kul 1 tgh hari. So pagi esoknya selepas breakfast kt hotel, abah ajak gi jalan2 pekan Baling. So ikut jerlah. Kalau kuar awal boleh gi Sik, kedah. Gi sempadan tapi xdan. So kitorg pusing baling jerk. Mak sempat pulak tu beli periuk kt situ. hehehe...

Then balik hotel siap2 nak checkout dan gi umah pengantin. Saya plak busy call hotel kt Cameron Highland. Sebab planm nak kesana lepas majlis. Hehehe. Dah lanag2 sampai utara singgah lah Cameron.

Gerak dari BAling kul 2 tapi sampai Cameron kul 6 petang kay. Tu pun kat Kg Raja. Then Bila sampai kt Birnchang jem plak. Jem dari Kea Farm sampai pasar malam Brinchang kay. Korang agak berapa lama jemnyer. Hampir 2 jam kitorang dalam kesesakan tu. Sampai apartment kt greenhill resort kul 9 malam. Memang xdelah nak nak gi pasar malam. Rehat dan tido lagi bagus.

Mak gi panaskan lauk orang kawen tu. So bermulalah cerita cirit birit. Tapi berlaku esoknya. Sayalah yang paling teruk rasanya. Esok nya bangun awal dan siap2 nak gi pasar tani kat brinchang. Perut masa tu memang rasa xsedap jerk. Tapi xdelah memulas2.

Sampai je kt pasar tani barulah terasa. Hah, merasalah duk dalam toilet 45 minit kay. Dalah jamban cangkung. Memang seksa dengan perut besar nie. Seksa wei. So gi mana2 lepas tu xde nyer saya kisah. Yang pentign toilet.

Kitoarang pusing area cameron tu sampai tgh hari then turun ikut Tapah. Confirm Kea Farm jem punya.

So sepanjang jalan keje saya adalah tido. Xlarat nak teman en suami. Sampai Tapah terus lunch then terus gerak balik umah saya. Kat umah memerut lagi lah. Bila sampai kat umah baru tahu semua orang cirit birit kay. Yang last my father lah. Kat umah dia plak yang conquer bilik air.

Tuesday, November 23, 2010

Holiday Kedah - Perak Part 1

Lama gak xjalan2 ek.. Rasanya last jalan - jalan bulan 5 yang lepas. Tu pun gi jalan ke Langkawi after kahwin. Kira honeymoon lah kot.

Tu jerlah rasanya. Then i'm pregnant lagilah xlarat nak jalan2 masa awal2 pregnant tu. Mabuk yang teruk. So skang dah 7 bulan baru dapat jalan2 lagi. Ni pun last minit baru tau. Hehehe... my mum lambat bgtau.

Kali ni trip ke utara plak. Ni pun sbb hantar rombongan pengantin. Kalau tak, xde maknanyer nak ke utara musim2 banjir nie. Skang kan utara kan banjir. Nasib baik kat Baling je umah pengantin perempuan. So xdelah ke atas sangat. Tapi nak ke Baling tu jauh jugaklah yer.

Saya sebagai penumpang dalam kete hanya makan dan tido jerlah yer. Tau2 dh sampai. Muahahaha.. Kesian en suami kene drive sorang2. Dulu bolehlah tukar2 driver. Skang xdapat lah plak nak tukar drive ngan dia.

Sampai Baling dalam kul 1 tengahari. Kitorg terus check in hotel kt Baling. Nama hotel tu Bayu Hotel. Tapi hotel tu xde lift okay. Bilik kat tingkat 3 plak tu. Pengsan saya nak panjat tangga. Memang xpatut. Xde kemudahan untuk orang tua or ibu mengandung or OKU.

Majlis nikahnyer kul 5 petang lepas asar. Buat kat masjid. So kitorang pun geraklah gi masjid Baling tu




Majlis nyer dibuat esok hari, so after nikah, gi umah pengantin tuk makan2. Makan simple jerk. Tu pun malam gi cari makan lagi. Hahahaa.. Semua kelaparan kay. Saya lagi lah lapo.

Nantikan plak part 2 yerk.

Monday, October 25, 2010

Panggilan Haji

Wah skang dah tiba musim haji. Mesti ramai yang menghantar sanak saudara gi haji kan. Semalam saya ngan en suami gi hantar my friend yang dapat pergi haji tahun nie. Alhamdullilah, muda-muda dapat gi haji. Pasni nak gi daftar haji lah. Kalau nak tau kita boleh daftar haji ngan jumlah RM1300 je dulu.

Semalam masa kat tabung haji ramai gak orang. Biasalah kalau mism haji. Yang menghantar lagi ramai dari yang pergi. My friend pun last minit dapat tau boleh pergi.

Yang kene panggil wife dia, tapi dia buat rayuan lah nak pergi skali atas tiket mahram. Xkan nak biarkan wife dia gi sorang2 kan.

Tapi sian gak, anak masih kecil kene tinggalkan. Sedih gak part tu. Takpe sekejap jerk. Dia pergi sampai 8 Disember nie.

Ramai gak member yang menghantarnyer semalam. Amik berkat. Mana tau rezeki kita plak tahun2 akan datang.

So raya haji tahun ni 17 November, plan nak balik kg tapi xconfirm lagi sebab cutinyer jatuh ari rabu. Kene bincang balik ngan hubby nie.

Tuesday, December 29, 2009

Jalan ke Genting

Sekarang kan cuti sekolah... so last week saya ngan family en tunang gi lah jenjalan.. saja amik feel cuti sekolah..

So plannyer pagi piknik kt ulu yam.. tapi saya saya xamik gambar plak.. siap bbq kt ulu yam... then br nak panjat genting...

Lama gak kitorg mandi kt ulu yam. Smpi kul 3 ptg.. nasib baik cuaca okay.. petang br nak ujan.. kitorg nk balikje ujan turun....


Then terus gerak gi genting dgn ujan yang lebat.. so byklah nampak accident tepi jalan... sian gak...


Smpi genting memang penuh ngan manusia... First world padat ngan orang.. nak main pun xde mood sbb kene beratur panjang.. outdoor park memang xleh main lah.. sbb kabus tebal and cuaca sejuk giler..


So kitorg just pusing kt dalam tu and main kt arked mainan jerk.. first time saya main kt situ... xlama pun kitorg kt atas.. dlm kul 7 terus turun bawah.. sbb xnk turun time gelap.. susah tu.. lagipun cuaca xokay...

Friday, November 20, 2009

Bandung - Day 2

Okay, after dh abis shopping kt pasar baru, kitorg terus lunch dekat Restoran Simpang raya (masakan padang). Dekat ngan masjid besar di Bandung....




After makan, terus gi Toko Tiga. hehehehe.... kat sini saya memborong lagi... kalau nak cari jeans original, kt sinilah org kata, levis memang murah kay.. macam2 jeans ada, tapi saya borong tshirt tuk en tunang. Tshirtnyer murah lah dari kt KL. Lama gak kt sini membeli belah.. rambang mata.. nasib baik duit xcukup.. so kene lah beli apa yg patut.


Lepas tu gi area Cibaduyut yang terkenal ngan kasut dan kulit. Kat sini saay xplak gi round sekeliling, just pegi yg dekat2 jerk. Dah penat dh time nie... tapi sempat gak beli sehelai 2 tshirt. Yelah datang sini bawak tshirt sikit je.. so buat stok untuk dipakai esok hari... hehehehe..... Klu gi Cibaduyut mesti nampak tugu kasut ni kay.. betul2 kt simpang 4.



Abis shopping kt Cibaduyut sementara nak tunggu waktu malam punya dinner, kitorang pusing2 kt factory outlet kt Jalan Dago. Rupanya dekat ngan hotel kitorg menginap. Pas ni blh jer jalan kaki nak ke factory outlet.. Sepanjang Jalan Dago tu lebih kurang ada 10 factory outlet. Harga memang fix price kay.



Antara FC yang kitorg masuk Grande, Jetset, Blossom, Victoria, Episode, Donatello dan mcm2 lagi.. xingatlah nama...tapi yang best grande, Jetset ngan victoria... sbb byk choice dan ada baju yg saya suka..hehehehe....


So second day jer dh byk shopping... ni ada lagi 3 hari kt bandung ... camner....

Monday, November 16, 2009

Bandung - Day 2 ( Pasar Baru)

Sambung balik cerita Bandung.. Lama plak saya hold citer nie... tunggu dapat semua gambar baru best sekt nak post dalam blog.. So on second day.. kitorg gi shopping.. kemana tu yer


So pagi tu breakfast kt hotel.. after that terus gerak gi Pasar Baru... tapi sblm tu singgalh kt butik batik.. Kat sini jual pelbagai batik kay.. untuk kemeja ada, blouse for women ada, skirt pun ada... kira mcm2 ada tu.. tapi regenyer 100000 ke atas kay.. kualiti memang tip top.. mcm sutera plak batik tu....

Tak lama pun kt situ, sbb kitorg tak beli apa2 pun.. then terus shoot ke Pasar baru.... tempat yang dinanti-nantikan...





So Pasar Baru ni ada 7 tingkat klu xsalah ar... so memang take time lah klu nak pusing kt dlm Pasar Baru... tapi kitorg diber masa 3 jam je kat dalam nie.. so masuk terus cari barang yg nk beli....

Boleh tak saya abiskan masa 3 jam kt tingkat 4 dan 5 jer kay... tingkat lain xsempat nak tgk2... masa tak cukup.. memang rasa rugi betul lah....



Macam biasalah klu gi Pasar Baru, mestilah barang kiriman nyer.. telekung, kain pasang, kebaya kerawang.. memang rambang mata gaklah kt situ.....Yang blouse putih kat atas tu harganya dari 100000 ke 150000.. tapi blh tawar lagi tu... saya tawar dapat 80K tapi xbeli pun.. ingat nak beli ari ahad tapi terlupa plak... ada yang semi sutera dan sutera... kain memang lembut....



Kedai yang jual kain kebaya kerawang ni kt tingkat 4... memang rambang mata betul dalam kedai nie..... yang kebaya purple tu cotton kay.. harganyer 150K...



Yang ni plak kedainyer kt ujung ... yang sini murah sket dari kedai yang kt atas.. senang sket nk mintak kurang.. hahahaha... kt kedai nilah saya memborong kain pasang kiriman org... hehehehe....

Klu plan nk gi Pasar Baru saya syorkan kene amik masa yang lama kay.. 2 3 jam xcukup kt dalam nie.... klu tak jadi macam saya, ada barang xdan nak beli.. contohnyer blouse putih tu... huhuhuhu......



Kat kedai ni plak saya beli tshirt bandung tuk adik2 saya.. kain nyer memang sedap dipakai... klu nak beli sorvoniur baju.. saya syorkan kedai nie kay... harga tshirt 45k je...

Seterusnya.. lunch.....dan....

nantikan post seterusnya kay...