Showing posts with label Trip. Show all posts
Showing posts with label Trip. Show all posts

Wednesday, December 7, 2011

Superhero is coming?

Tajuk memang xboleh blah punya kan. Macam real jer ada superhero. Mana ada superhero, ni superhero AirAsia yang punya. hehehe...

Iklan terbaru dari Airasia kay, Tony fernandez jadi superhero. Korang caya ker. Xde maknanyer. Ni promo tambang tiket murah lah. Tapi xtau lagi terbang kemana. Esok baru launch. Hah.. apa lagi get ready lah depan pc. Pastikan sambungan internet stabil yerk. dan juga cukup duit nak beli tiket flight.



Saya xde plan lagi nak ke mana. Dah bukan zaman bujang lagi. Skang dah ada family susah lah sket. Kalau dulu tambang sorang jerk. Tapi skang tambang dh 3 orang. So belanja lebih sket. Tapi kalau ada yg murah, tutup mata jerlah bayar.


Cuba korang teka berapa regenya. Rasanya macam RM10 jerk. kita tgklah esok camner. Xsabar gak saya nak tunggu. Tapi confirm mesti hang punya server AirAsia. Pastu mesti kuar bee jerk. Tu yg tension tu. Kalau guna mobile pun sama gak.

So ikut nasib lah. Kalau dah dapat yang murah tu, tak yah fikir2 lagi. beli jerk terus. Kang kalau fikir-fikir, orang lain plak yang beli.

Tuesday, November 22, 2011

Thursday, November 25, 2010

Holiday Kedah - Perak Part 2

Kita sambung balik part 1 kay. Majlis sandingnyer keesokkan hari. Dalam kul 1 tgh hari. So pagi esoknya selepas breakfast kt hotel, abah ajak gi jalan2 pekan Baling. So ikut jerlah. Kalau kuar awal boleh gi Sik, kedah. Gi sempadan tapi xdan. So kitorg pusing baling jerk. Mak sempat pulak tu beli periuk kt situ. hehehe...

Then balik hotel siap2 nak checkout dan gi umah pengantin. Saya plak busy call hotel kt Cameron Highland. Sebab planm nak kesana lepas majlis. Hehehe. Dah lanag2 sampai utara singgah lah Cameron.

Gerak dari BAling kul 2 tapi sampai Cameron kul 6 petang kay. Tu pun kat Kg Raja. Then Bila sampai kt Birnchang jem plak. Jem dari Kea Farm sampai pasar malam Brinchang kay. Korang agak berapa lama jemnyer. Hampir 2 jam kitorang dalam kesesakan tu. Sampai apartment kt greenhill resort kul 9 malam. Memang xdelah nak nak gi pasar malam. Rehat dan tido lagi bagus.

Mak gi panaskan lauk orang kawen tu. So bermulalah cerita cirit birit. Tapi berlaku esoknya. Sayalah yang paling teruk rasanya. Esok nya bangun awal dan siap2 nak gi pasar tani kat brinchang. Perut masa tu memang rasa xsedap jerk. Tapi xdelah memulas2.

Sampai je kt pasar tani barulah terasa. Hah, merasalah duk dalam toilet 45 minit kay. Dalah jamban cangkung. Memang seksa dengan perut besar nie. Seksa wei. So gi mana2 lepas tu xde nyer saya kisah. Yang pentign toilet.

Kitoarang pusing area cameron tu sampai tgh hari then turun ikut Tapah. Confirm Kea Farm jem punya.

So sepanjang jalan keje saya adalah tido. Xlarat nak teman en suami. Sampai Tapah terus lunch then terus gerak balik umah saya. Kat umah memerut lagi lah. Bila sampai kat umah baru tahu semua orang cirit birit kay. Yang last my father lah. Kat umah dia plak yang conquer bilik air.

Tuesday, November 23, 2010

Holiday Kedah - Perak Part 1

Lama gak xjalan2 ek.. Rasanya last jalan - jalan bulan 5 yang lepas. Tu pun gi jalan ke Langkawi after kahwin. Kira honeymoon lah kot.

Tu jerlah rasanya. Then i'm pregnant lagilah xlarat nak jalan2 masa awal2 pregnant tu. Mabuk yang teruk. So skang dah 7 bulan baru dapat jalan2 lagi. Ni pun last minit baru tau. Hehehe... my mum lambat bgtau.

Kali ni trip ke utara plak. Ni pun sbb hantar rombongan pengantin. Kalau tak, xde maknanyer nak ke utara musim2 banjir nie. Skang kan utara kan banjir. Nasib baik kat Baling je umah pengantin perempuan. So xdelah ke atas sangat. Tapi nak ke Baling tu jauh jugaklah yer.

Saya sebagai penumpang dalam kete hanya makan dan tido jerlah yer. Tau2 dh sampai. Muahahaha.. Kesian en suami kene drive sorang2. Dulu bolehlah tukar2 driver. Skang xdapat lah plak nak tukar drive ngan dia.

Sampai Baling dalam kul 1 tengahari. Kitorg terus check in hotel kt Baling. Nama hotel tu Bayu Hotel. Tapi hotel tu xde lift okay. Bilik kat tingkat 3 plak tu. Pengsan saya nak panjat tangga. Memang xpatut. Xde kemudahan untuk orang tua or ibu mengandung or OKU.

Majlis nikahnyer kul 5 petang lepas asar. Buat kat masjid. So kitorang pun geraklah gi masjid Baling tu




Majlis nyer dibuat esok hari, so after nikah, gi umah pengantin tuk makan2. Makan simple jerk. Tu pun malam gi cari makan lagi. Hahahaa.. Semua kelaparan kay. Saya lagi lah lapo.

Nantikan plak part 2 yerk.

Tuesday, April 13, 2010

The new trip...

Ada benda sket saya nak update.. the new trip that i go last week.. hehehe...

Tapi skang, saya kasi preview dululah...



For now.. nanti smbg lagi..