Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Tuesday, September 3, 2013

Jamuan Raya di Taska Airin

Rasanya ni 2 minggu lepas punya program. Sorrylah mama dia dah lupa plak bila datenyer.. Yang penting quite ad hoc gak lah. Sebab tau last minute. So tak tau plan nak bawakkan apa.

So memula plan nak masakkan roti jala ngan kari ayam. Tapi it's for kids takut pedas plak makan kari ayam tu. So en suami cadangkan buat yang simple sikit tapi kids boleh makan. Akhirnya saya masakkan soto ayam untuk jamuan raya Airin ni..

Xdenyer simple bak kata my husband.. banyak keje kay nak buat soto ayam. Dengan berbadan dua lagi nie.. Bertukanglah saya memalam memasak untuk jamuan raya. Kita pakai nasi impit jer. Xde keje eden nak buat ketupat.

Rajin plak saya nak memasak lelama malam2 buta.. For anak sanggup jer kan. Peringatan kepada en suami. Saya nak periuk lagi besar kay. Supaya boleh masak lagi banyak.. huhuhu....


TIme hari jamuan raya tak sempat nak amik gambar Airin berbaju kurung. Skang dia tau bila org nak amik gambar dia. NAsib baik ada gambar from her taska.




Wednesday, August 21, 2013

Salam Aidilfitri


Salam Aidilfitri dari saya sekeluarga. hehehe... Dah nak masuk Syawal ke 14 baru ada masa nak update blog. Maaflah yer. Cuti lama sangat raya kali ni. 


Yerlah en Suami blh cuti lama sikit tu yg bercuti panjang. Lagipun kesian plak kat my dad yang raya pertam je dah kene demam panas. Hmm..


So raya ni xde sangat nak kemana. Raya pertama dan kedua di kampung. Pastu raya ketiga dah balik Kota. Terpaksa drive kan kerete my dad hantar balik kota. Hari Ahad barulah boleh raya belah suami pulak. Thanks Hubby kerana memahami.


Wednesday, August 29, 2012

Salam Aidilfitri

Boleh tak dah dekat seminggu raya baru ada kesempatan nak update blog. Dan kesempatan ni jugak baru nak ucap Selamat Hari Raya. hehehe. Maaflah yer...



Ni je gambar raya sekeluarga yang dapat saya capture. Gambar studio tak kiralah kan. Ni pun dah hari raya keberapa baru dapat gambar bersama.

Busy sikit raya tahun nie. hehehe.. Nantikan update akan datang..

Wednesday, October 12, 2011

Musim Haji Tiba Lagi

Alhamdulillah, musim haji tiba lagi. Tak lama lagi nak sambut Raya haji. Rasanya baru je sambut Hari Raya. Tahun ni alhamdulillah, my parents dapat menunaikan haji. Mereka baru je berlepas hari Isnin yang lepas.

So weekend lepas memang saya cuti panjang balik kampung. Dapat gak hantar my parents naik flight. Naik kat Senai Airport jer. So memang kene balik kampung lah nampaknya. Kalau naik kt KLIA xpayah saya balik kg. Tapi sebab dapat pakej dari kerajaan negeri Johor. So kenelah balik kg.


Alhamdulillah gak my parents dapat tajaan dari kerajaan negeri Johor. Kemudahan selesa sikit rasanya.

Ni dah hari ketiga mak abah kat sana. Rindu plak rasanya. So diorg kat sana selama 45 hari. Lama tu. Kali ni Raya Haji kami adik beradik jerlah nampaknya.

Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri

Sekejap je dah abis puasa kan.. Raya dah menjelang tiba.


Ucapan Selamat HAri Raya dari saya sekeluarga. Semoga lebaran kali ini membawa sinar bahagia. For me, kali pertama beraya bersama Airin...

Mohon ampun dan maaf jika tersalah kata dan bahasa..

Friday, October 15, 2010

Sambutan Hari Raya Office

Walaupun raya dah abis tapi baru ada masa nak tulis pasal jamuan hari raya kt ofis saya. Rasanya lama gak xbuat jamuan raya kt ofis secara besar-besaran. Tahun lepas buat buka puasa jerk. Mostly kitorg buat potluck raya jerk..


Tahun ni memang bestlah.. ofis siap buat style stall lago. Macam-macam makanan ada. Lagilah saya ni yg berbadan dua, bab makan xtolak punya. Xde dah diet-diet. Makan je apa saja. Kesannya hah sampai skang masih lagi xsihat. Giler lama sakit. Seminggu xbaik2. Makan ubat mcm xde makna jerk.

Antara menu yang ada ketupat, rendang, laksa johor, char keaw teaw, mee goreng, abc, cendol, rojak dan macam2 lagi. Makan lah smpi kenyang.

Thursday, September 30, 2010

Jalan-jalan cari makan

Bila time raya lah paling best. Mana taknyer mesti banyak giler jemputan nak gi umah terbuka aka open house. Dahlah skang ni saya punya mabuk dan loya dah takde. Lagilah macaam mesin makanan jerk dok masukkan makanan dalam mulut.

Sampai perut dah tegang2 ni still boleh makan. En suami geleng kepala jerlah. Kekadang tu sound jugak bila nak stop asik masuk je dalam mulut.

Weekend lepas sehari mesti dalam 2 3 rumah kami pegi open house. Saya skang bab makan mesti laju punya. Teringat satu open house saya pegi kt D'kayangan Shah Alam. Rumah kawan en suami. Dia buat open house sekali ngan birthday party anak dia.

Makanan memang banyak sampai en suami cakap macam kat bazar ramadhan jer makanan nyer. Memang banyak. Saya lagilah suka. Selagi boleh makan, makan jerlah.

Ni tak tau lah nanti timbang berat berapa naik. hehehehe... Asik makan jer kejenyer.

Makan sampai xingat nak amik gambar. suh en suami lagi lah dia malas.

Minggu ni pun ada open house lagi. ada jemputan kawen lagi.. hehehe... sedapnyer makan.

Monday, September 20, 2010

Salam Aidilfitri

Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Lama giler tak menjenguk blog nie.. Memang bersawang lah nampaknya. Lagi lah musim raya, cuti memang lama sungguh. Rasa malas jer nak menaip kat blog nie.

Tuesday, July 27, 2010

Tempah Baju Raya

Hah.. korang semua dah tempah ker baju raya. Baju raya saya dah lama tempah kay. My mum lah yang tempahkan. Tapi masa tempah tu belum tahu pregnant lagi. Huhuhu. Nanti raya saya dh nk masuk 5 bulan. Adakah baju raya saya itu muat. huhuhu...

So weekdays lepas gilah tempah kan baju en suami. Kain nyer dah lama dapat dah. My parents yang belikan. Dah hampir 2 bulan tersimpan kan dalam bilik baru teringat xtempah baju lagi and raya nak dekat. huhuhu... ada ker orang nk terima tempahan lagi.


So saya ngan en suami gamble lah gi tempah baju. Kitorang tempah kat Kimie Kajang. Tempat yang sama tempah baju nikah. En suami kata dia selesa ngan jahitan kat kimie. Saya ikutkan jerk. Nasib baik lah kimie masih lagi terima tempahan baju lelaki. Baju pompuan dah tutup yerk.


So dah siap temaph lah baju en. suami. So raya ni dia dah ada baju raya. Saya jer belum tahu... Lupa plak nk bagitahu tema tahun ni kaler biru yerk.. hehehe...

Thursday, November 12, 2009

Potluck Raya

Citer ni dah lama plak saya peram.. nama pun raya kay.. dh hampir 2 bln raya ditinggalkan baru ada masa nak upload citer pasal potluck raya.. Tapi xpe kot.. lagipun potluck ni pun buat lepas seminggu raya.. boleh gituuuuuu....

Btw.. ni bukan batch saya yg buat.. ni my fiance punya batch yang buat.. saya follow jerk... for that day, kitorg bawak nasi goreng kampung jer.. abis semua yg sedap2 org lain dh bawak... ada yang bawak mee jawa, spagetti, lontong, kuah kacang, sandwich... tu je yang saya ingat.....


Yang bestnyer acara ni dibuat di Taman Rekreasi Setia Alam.. jauh tu nk datang tu.. dhlah cuaca blh tahan terik gak arr.....


Ramai gak yang datang potluck nie.. siap ada yang masih berbaju melayu lagi... ni gara2 terpedaya ngan cakap kanuk.. aiyoooooooooo....

Wednesday, October 7, 2009

Port Dickson - Part 1

Last weekend sempat plak saya ngan en tunang gi PD kay.. xplan pun sebenarnya.. actually sabtu tu ada 3 jemputan open house.. firts kat cheras, second kt bangi third kt putrajaya..

Masa gi jemputan open house nie, cousin en tunang call kata diorg kt putrajaya gi open house then nak gi pd umah cousin lagi sorang..

Then tetiba je plan nak join skali lah gi sana. kitorg pun blm beraya ke sana.

So after siap open house.. blklah umah dulu amik pakaian then baru gerak gi sana. Ikut jalan lama jer. rupanya dekat je nk ke pd.. sampai je pd terkejut gak nampak kiri kanan byk bendera tergantung.. skali ada pilihan raya lah..

Saya terlupa plak bagan pinang nak buat pilihan raya.. hah amik jem sepanjang jalan dari pd smpi batu 4..

Esoknyer kitrog plan nak gi mandi laut.. budak2 jerk. saya tak.. otw nk kw pantai singgah kejap kt Muzium tentera darat. Punya lah byk kali dtg sini xpenah singgah...



Nanti sambung lagi....

Friday, October 2, 2009

Gubahan Bunga

Xde story sebenarnya nie. So tgk balik gambar2 yang amik pakai phone terperasan lah plak gmbr gubahan bunga yang di amik masa beli bunga kt Ayer Hitam ari tu..

Masa pegi ayer hitam time tu dh raya ke 4 xsalah arr.. tapi sales nyer macam sebelum raya gak.. berlambak bunga yang dh siap digubah nak di jual kt tgh2 jalan... Jual bunga sampai tgh jalan kay... macam biasalah harganya lagi murah lah dr tempat lain and boleh tawar lagi. Ni tak tipu kay.. sbb lepas balik dr Ayer Hitam esoknyer gi tgk kt kedai area umah harganyer memang beza. Kedai kat area umah tu jual double dr harga kat ayer hitam... hehehhe... so nasib baik beli kt Ayer hitam...




Ni mak saya yang nak beli sgt.. nk letak bunga kt umah lah tu.. kang sekali cucu dia main pecah.. kami adik beradik tolong tgk jerk.. hahahaha....

Friday, September 25, 2009

Jalan-jalan di Jalan TAR

Ni aktiviti last week.. sblm blk kg lah... ari rabu kan saya cuti.. siang tu gi shopping kt Sogo. Hari kerja pun ramai org kay.. macam pesta plak kat sogo...

After that, kitorng terus shoot gi bangi tapi smpi betul2 time buka. mana taknyer, kl time tu ujan lebat. so klu kl ujan maknanya jalan jem lah kay.. kuar dr sogo kul 5 smpi bangi kul 7 suku.. huhuu... nasib baik tak buka dalam kete...

after that terus shoot gi shah alam nak amik kek lapis sarawak yang duk tempah dr awal puasa.. amiknyer kt pkns shah alam..

Smpi shah alam jem plak.. byk plak kete kt shah alam. nak cari parking punyalah azab.. huhu...

After that gi makan kt ss 2 murni.. lepak kt situ ngan kawan en tunang.. then after lepaking lama kt situ.. blh plak gi jalan tar...



Rekod lah.. gi jalan tar kul 1 pagi. nasib baik esok xkeje.. tapi esoknyer nk blk kg.. saya plak yg drive...

Ingatkan malam xdelah ramai org.. tapi ramai gak org.. sesak gak jalan tar tu... memang seksa nak shopping kt situlah.. sekejap je kitorg kt situ.. xlarat and xsanggup nak bersesak kt dlm tu... nak membeli pun xde selera.. baik pegi shopping kt pkns..


Nota kaki : muka aku yg penat di pagi hari...

Monday, September 14, 2009

Langsir baru

Ni namanyer dh takde keje nak buat dah.. xingatlah bila masa pegi tgk langsir nie ek... korang tukar langsir baru ke thn nie...

Saya xde maknanyer nk tukar.. umah bujang jerk.. klu kt kg tak tukar kot.. langsir baru lg tu.. klu tukar tiap2 tahun mau kopak gak poket gue nie....




Ni saje jer nak jamu mata tgk trend langsir terkini...

Tapi saya berkenan dengan tmpt pemegang langsir nie... cari gak tapi xjumpa.. maybe kene gi kedai ni balik br jumpa kot...