Alhamdulillah, musim haji tiba lagi. Tak lama lagi nak sambut Raya haji. Rasanya baru je sambut Hari Raya. Tahun ni alhamdulillah, my parents dapat menunaikan haji. Mereka baru je berlepas hari Isnin yang lepas.
So weekend lepas memang saya cuti panjang balik kampung. Dapat gak hantar my parents naik flight. Naik kat Senai Airport jer. So memang kene balik kampung lah nampaknya. Kalau naik kt KLIA xpayah saya balik kg. Tapi sebab dapat pakej dari kerajaan negeri Johor. So kenelah balik kg.
Alhamdulillah gak my parents dapat tajaan dari kerajaan negeri Johor. Kemudahan selesa sikit rasanya.
Ni dah hari ketiga mak abah kat sana. Rindu plak rasanya. So diorg kat sana selama 45 hari. Lama tu. Kali ni Raya Haji kami adik beradik jerlah nampaknya.
No comments:
Post a Comment