Thursday, September 23, 2010

Movie review - Resident Evil Afterlife

Buat pertama kali selepas 5 bulan pregnant barulah en suami bawak saya gi tengok wayang. Tu pun puas dah merengek bagai nak rak kat dia. Tapi nak gi tengok wayang ni pun kene belanja dia San Francisco Coffee. Ceh.. Harga coffee tu lagi mahal dari tiket wayang. huhuhu...

Tapi xpelah, asal boleh tgk wayang. Risau gak en suami tgk wayang bunyi kuat2. Takut anak dia terkejut kat dalam. Hahaha.. Tapi rasa gak tengah-tengah tengok baby kat dalam tendang2 kalau bunyi kuat sangat.


Lagilah tgk citer resident evil nie. Banyak sangat suspen nyer.. hehehe... eden pun terkojut gak.

Back to the movie. For me xdelah hebat sangat sambungan resident evil nie. Macam dah boleh agak jerk. Untuk movie ni ada dalam 3D okay. Tapi saya tgk yang normal jerk. Memang macam citer matrix plak bila part tembak-tembak.

So sambungan citer nie, Alice dan klon-klon yang ramai tu pergi ke markas Umbrella di Tokyo plak. Kali ni kita boleh jumpa Pengerusi Umbrella secara real. Dia pun kuat macam Alice gak. Masa dalam helikopter, Alice kene suntik dengan anti virus-T tu. So power dia dah kurang.

Then dia pergi ke Acardia di Alaska tuk cari survivor yang selamat. Tapi xjumpa. Yang dia jumpa adalah CLaire (Ali Carter), tapi Claire dah hilang ingatan. Then diorang back to Hollywood and jumpa another survivor yang masih hidup.


Seterusnya korang pi tengok lah sendiri. Dalam movie ni pelakon Prison Break pun ada kay. Dia jadi abang Claire. Owh.. I like...

No comments: