Thursday, September 30, 2010

Jalan-jalan cari makan

Bila time raya lah paling best. Mana taknyer mesti banyak giler jemputan nak gi umah terbuka aka open house. Dahlah skang ni saya punya mabuk dan loya dah takde. Lagilah macaam mesin makanan jerk dok masukkan makanan dalam mulut.

Sampai perut dah tegang2 ni still boleh makan. En suami geleng kepala jerlah. Kekadang tu sound jugak bila nak stop asik masuk je dalam mulut.

Weekend lepas sehari mesti dalam 2 3 rumah kami pegi open house. Saya skang bab makan mesti laju punya. Teringat satu open house saya pegi kt D'kayangan Shah Alam. Rumah kawan en suami. Dia buat open house sekali ngan birthday party anak dia.

Makanan memang banyak sampai en suami cakap macam kat bazar ramadhan jer makanan nyer. Memang banyak. Saya lagilah suka. Selagi boleh makan, makan jerlah.

Ni tak tau lah nanti timbang berat berapa naik. hehehehe... Asik makan jer kejenyer.

Makan sampai xingat nak amik gambar. suh en suami lagi lah dia malas.

Minggu ni pun ada open house lagi. ada jemputan kawen lagi.. hehehe... sedapnyer makan.

Wednesday, September 29, 2010

Second check up kat KK

Actually appointment saya hari lain, tapi xsempat nak pegi hari tersebut so terpaksalah pegi esoknya. Ni lah first time drive balik untuk ke klinik kesihatan. Huhuhu.. En suami xboleh nak antarkan. So terpaksalah pegi sendiri.

Sampai kat klinik kesihatan dah pukul 8 stgh pagi tapi orang dah ramai giler. yerlah after raya, confirm klinik mesti penuh punya. Daftar masuk then kene tunggu about setengah jam untuk nombor saya di panggil. Penatnya menunggu dengan sesak2 macam tu.

After selesai ambil berat ngan blood presure, go fo urine test. Berat saya naik sekilo jer dari last check up. hehehe. Okaylah tu.

After that, nak jumpa nurse for check up ni lah yang azab. Saya tunggu kat sejam setengah untuk nombor dipanggil kay. pergh.. berasap je bontot duduk. Ngan tetiba lapo lah plak. Nasib badan lah. Dah pegi sorang xde orang nak tolong beli makanan.

So baby okay. Tapi xdapat scan ngan doktor sbb doktor xde. Adakah doktor masih bercuti.

Resultnyer, my blood makin turun tapi still okay lagi. Lain-lain okay jerk.

Thursday, September 23, 2010

Movie review - Resident Evil Afterlife

Buat pertama kali selepas 5 bulan pregnant barulah en suami bawak saya gi tengok wayang. Tu pun puas dah merengek bagai nak rak kat dia. Tapi nak gi tengok wayang ni pun kene belanja dia San Francisco Coffee. Ceh.. Harga coffee tu lagi mahal dari tiket wayang. huhuhu...

Tapi xpelah, asal boleh tgk wayang. Risau gak en suami tgk wayang bunyi kuat2. Takut anak dia terkejut kat dalam. Hahaha.. Tapi rasa gak tengah-tengah tengok baby kat dalam tendang2 kalau bunyi kuat sangat.


Lagilah tgk citer resident evil nie. Banyak sangat suspen nyer.. hehehe... eden pun terkojut gak.

Back to the movie. For me xdelah hebat sangat sambungan resident evil nie. Macam dah boleh agak jerk. Untuk movie ni ada dalam 3D okay. Tapi saya tgk yang normal jerk. Memang macam citer matrix plak bila part tembak-tembak.

So sambungan citer nie, Alice dan klon-klon yang ramai tu pergi ke markas Umbrella di Tokyo plak. Kali ni kita boleh jumpa Pengerusi Umbrella secara real. Dia pun kuat macam Alice gak. Masa dalam helikopter, Alice kene suntik dengan anti virus-T tu. So power dia dah kurang.

Then dia pergi ke Acardia di Alaska tuk cari survivor yang selamat. Tapi xjumpa. Yang dia jumpa adalah CLaire (Ali Carter), tapi Claire dah hilang ingatan. Then diorang back to Hollywood and jumpa another survivor yang masih hidup.


Seterusnya korang pi tengok lah sendiri. Dalam movie ni pelakon Prison Break pun ada kay. Dia jadi abang Claire. Owh.. I like...

Wednesday, September 22, 2010

Sambutan birthday emak

Minggu lepas sempat gak saya ngan adik2 yang lain buat sambutan kecil-kecilan for my mum birthday. Mula-mula tu saya memang terlupa pasal birthday my mum tapi nasib baik lah abah yangi ngatkan. Kalau tak memang lupa lah. Yerlah tengah syok raya sakan time tu.

Kami buat kecik-kecik jerk. Plan nak buat kat luar tapi xsempat. Mak ngan abah gi jemputan kawen then balik lambat sangat. So buat kt rumah jerk.



For my mum, selamat panjang umur dimurahkan rezeki. We all love you....

Monday, September 20, 2010

Perkembangan Bayi

Hehehe... tak sangka dah 4 bulan lebih dah saya mengandung. Kira dah 18 minggu. Perut pun dah mula membesar tapi still kecik lagi kalau orang lain tengok. Yelah saya ni bukan badan berisi pun. Hari tu timbang berat, dah naik 2 kg. Esok ada check up kt klinik kesihatan.

Minggu ke-16. Kehamilan puan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.

Minggu ke-17, rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap jarinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen.

Puan mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.

Perkembangan pada minggu ke-18. Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.


Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan puan masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.

Perkembangan minggu ke-19. Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya.

Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.

Salam Aidilfitri

Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Lama giler tak menjenguk blog nie.. Memang bersawang lah nampaknya. Lagi lah musim raya, cuti memang lama sungguh. Rasa malas jer nak menaip kat blog nie.