Thursday, August 5, 2010

Tarikh melihat anak bulan

Wah.. dh nk masuk bulan ramadhan dah ek.. sekejap jerk dah nak puasa. Macam manalah saya nak posa nie. Kalau setiap masa asik lapo jerk.. huhuhu... Ari tu try juga nak posa sunat tapi kul 10 jer dah lapo giler.. camner tu....

So, tarikh tengok anak bulan adalah pada 10 Ogos nie. Antara lokasi nyer adalah:-
  • Pontian Kecil di Johor;
  • Kompleks Falak Al-Khawarizmi dan Kampung Balik Batu (Melaka);
  • Teluk Kemang (Negeri Sembilan);
  • Bukit Melawati,
  • Pulau Angsa dan Bukit Jugra (Selangor);
  • Pantai Pasir Panjang (Perak);
  • Pantai Aceh (Pulau Pinang);
  • Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar (Kedah).
  • Tanjong Lubang di Miri, Teluk Bandung di Kuching dan Tanjung Batu di Bintulu (Sarawak);
  • Balai Cerap Al-Biruni di Putatan (Sabah);
  • Bukit Tanjong Batu di Nenasi, Gunung Berincang di Cameron Highlands dan Bukit Pelindong di Kuantan (Pahang).
  • Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan);
  • Menara Kuala Lumpur;
  • Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan Kuala Sungai Baru di Simpang Empat (Perlis)
  • Bukit Besar,Bukit Kemuning, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA (Terengganu);
  • Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampong Tembeling dan Menara Bangunan SEDC (Kelantan).
So kite tunggu jerlah pengumuman dari Penyimpan Mohor-Mohor Besar tu yerk.

No comments: