Friday, September 27, 2013

Taska naik harga

Okay. Saya tengah pening kepala. Taska naik harga. pergh... baru anak sorang dh boleh pening kepala. Mahalnya yuran hantar anak ke taska sekarang.. huhuhu...

Masalahnya kat taska ni memang si Airin ni selesa. Kalau cakap nak hantar gi taska cepat je siap okay. Pastu bila sampai depan taska cepat2 nak kuar kete terus tuju pintu taska. Tak heran dah ngan mama dia. So memang dia happy lah kat taska sekarang ni. 

Tapi yurannya adalah RM400 okay. Naik RM 50. Airin ni dah  2 thn lebih. tahun depan dah 3 tahun. Nak bayar RM400 a month mcm mahal sgt. Baik saya cari tempat yang betul2 dia boleh belajar and not just duduk kt taska je. Kalau baby xtau lah plak berapa harga. Pengsan mak lagi okay..

So another plan memang kene cari taska lain lah. Sekarang memang boleh bayar lagi. Tapi tahun depan dah keluar lagi sorang mana mampu nak bayar. Confrim baby dalam rage RM500. pergh... Amik pembantu rumah lagi murah okay. kalau dah 2 orang camni mau yuran taska dah seribu ringgit...

So sekarang ni tengah usha2 gak taska lain. tapi yang penting berdaftar ngan JKM. Kat area rumah xbyk pulak taska berdaftar ngan JKM. hmm... ker kene cari maid perday.. kene bincang ngan en suami ni.. 

Tuesday, September 17, 2013

Steamboat lagi

Yup makan steamboat lagi kat dataran johor bahru. En suami yang teringin sangat nak gi makan. Ni pun perginyer time cuti raya hari tu. Lama sangat cuti so dh bosan duk umah. Nak beraya xde mood so ajaklah saya gi JB.

Kitorg gi pun dh petang, memang plan nak makan situ jer. Kang makan lebih2 plak sian mak dah masak kt umah.. hehehe...


Kami sampai dalam kul 6 lebih, kira dah banyak gaklah van steamboat kt tepi dataran tu. Rezeki kot, ada plak team JDT tengah training bola kt padang situ. Dapatlah en suami jumpa Munez.. hahaha... Selalu nampak jauh kt padang, ni face to face... okaylah kan...


Dah abis merapu kelain plak.. ni citer makan steamboat.. Agaka mahal gak makan steamboat nie.. citer sedih tauhu bakar saya order dh nk busuk okay.. so better makan steamboat jerk. yang lain-lain tidak dicadangkan oleh saya...




Thursday, September 5, 2013

Frozen Durian

Sekarang kan musim durian, kalau lalu highway  je jalan biasa mesti nampak org jual durian punya. Saya, I'm not a big fan of durian. En suami memang kaki durian. Kalau 10 biji durian dia boleh balun sorang. Ntahalh apsal saya xsuka durian. Bukanlah tak suka langsung. Kalau makan pun dalam seulas dua jer. Sebiji memang takkan lah.

Actually masa shopping barang dapur terperasan satu benda yang rare jugaklah. Sekarang ni kita ada durian crepe, aiskrim durian, kek durian. Korang pernah nampak durian frozen tak.

Nilah first time terjumpa durian frozen kat Aeon Big kat Mid Valley. Jumpa pun tak sengaja. Quite rare jugaklah. Sebab for me senang nak jumpa durian skang. Tak macam dulu. Satu musim je durian tu kuar, Skang dah Musim durian pun banyak kali dalam setahun.

Tapi bagi yang memang teringin nak makan durian tapi bukan musim durian, ni salah satu option dialah.


Yang saya jumpa ni musang king. Apalagi kalau teringin nak makan boleh lah gi beli. hehehe

Tuesday, September 3, 2013

Jamuan Raya di Taska Airin

Rasanya ni 2 minggu lepas punya program. Sorrylah mama dia dah lupa plak bila datenyer.. Yang penting quite ad hoc gak lah. Sebab tau last minute. So tak tau plan nak bawakkan apa.

So memula plan nak masakkan roti jala ngan kari ayam. Tapi it's for kids takut pedas plak makan kari ayam tu. So en suami cadangkan buat yang simple sikit tapi kids boleh makan. Akhirnya saya masakkan soto ayam untuk jamuan raya Airin ni..

Xdenyer simple bak kata my husband.. banyak keje kay nak buat soto ayam. Dengan berbadan dua lagi nie.. Bertukanglah saya memalam memasak untuk jamuan raya. Kita pakai nasi impit jer. Xde keje eden nak buat ketupat.

Rajin plak saya nak memasak lelama malam2 buta.. For anak sanggup jer kan. Peringatan kepada en suami. Saya nak periuk lagi besar kay. Supaya boleh masak lagi banyak.. huhuhu....


TIme hari jamuan raya tak sempat nak amik gambar Airin berbaju kurung. Skang dia tau bila org nak amik gambar dia. NAsib baik ada gambar from her taska.




Friday, August 30, 2013

Good Info for breastfeed

Tgh-tgh dok selongkar komputer ni terperasan lah plak satu pic ni. Saya pun xperasan bila masa saya ada simpan info ni. Sebab masa Brastfeed Airin dulu xdelah plak tau pasal info nie.

So kali ni nak sharing lah ngan ibu-ibu kat luar sana yang masih BF or akan BF their child. It's a good info okay.


Satu info yang berguna untuk menambah pengeluaran susu selain memberi khasiat pada baby. MAsa bf airin dulu memang xtau pun pasal nie. So hopefully for the second child saya bolehlah ikut info ni.

Wednesday, August 21, 2013

Salam Aidilfitri


Salam Aidilfitri dari saya sekeluarga. hehehe... Dah nak masuk Syawal ke 14 baru ada masa nak update blog. Maaflah yer. Cuti lama sangat raya kali ni. 


Yerlah en Suami blh cuti lama sikit tu yg bercuti panjang. Lagipun kesian plak kat my dad yang raya pertam je dah kene demam panas. Hmm..


So raya ni xde sangat nak kemana. Raya pertama dan kedua di kampung. Pastu raya ketiga dah balik Kota. Terpaksa drive kan kerete my dad hantar balik kota. Hari Ahad barulah boleh raya belah suami pulak. Thanks Hubby kerana memahami.


Wednesday, July 17, 2013

First Scan

Lama plak tak menaip. Mood malas dah datang menerpa. So memang malas nak baca blog. Tapi lama sgt tak buka blog rasa bosan pulak.

Ni cerita lama yer. Baru skang nak update. Maaplah yer lama saya simpan. Ni cerita pasa monthly check up saya lah.


Actually gambar scan ni diambil masa saya 10 minggu. Skang dah 15 minggu dah. Masa scan ada problem sikit. Doktor tak leh estimate bila due datenyer. Baby dalam perut xnak beri kerjasama okay. huhhuhu.. Sabor jerlah..

Dan saya dah buat scan untuk second check up. Tu nantilah saya update. Picture belum transfer lagi..