Showing posts with label breastfeed. Show all posts
Showing posts with label breastfeed. Show all posts

Tuesday, October 22, 2013

Survey breastpump

Skang tengah dalam dilema. huhuhu... Still searching for the best breastpump. Actually saya dah ada yang manual. Sebelum ni masa Airin dulu pakai Avent manual breastpump. So skang nak cari yang elektrik or bateri function.

Kalau pakai manual masa perahan amik masa yang lama. Mostly sejam baru settle 2 belah. So skang nak cari yang elektrik or bateri breastpump supaya cepat sket dia pump. hehehe...

Skang stil lagi survey tapi dah ada yang berkenan lah. Samada Spectra or Medela. Harga pun lebih kurang sama jerk. But spectra lagi murah lah. Kalau ikutkan hati nak beli medela yang freestyle tu tapi mahal lah pulak. Sebab sedar diri cari yang tak over budget yer...


Kalau medela, saya prefer medela swing. Saya lebih suka pump one side then do the other side. So medela swing is the best. Harga pun in the budget. Saya dh jumpa harga not more than RM600. So boleh lah beli..

The other one is Spectra Cimilre M1. Ni model yang terbaru. Agak susah sikit nak jumpa model ni kat Malaysia. Tak ramai lagi supplier yang bawak masuk. Tapi review nyer is the best lah. Harga pun tak sampai RM 500. So lagi murah dari Medela Swing tu.


Yang Spectra M1 ni pun boleh buat double pumping. Cuma kene tambah kit to make it do double pumping jer. yang penting kedua2nyer adalah electrik dan rechargble. Maksudnya kat mana-mana boleh pump. Dalam kereta pun boleh pump. Itu yang penting.

Lagi satu kalau en suami boleh tambah budget yang berkenan Spectra Cimilre S1 ni. Sebab dia hospital breastpump grade. And one more thing harganya tak sampai seribu ringgit. tu yang menarik.


So skang still lagi survey. Tapi kalau susah sangat nak jumpa yang spectra ni maybe saya will go to Medela Swing tu. 

Friday, August 30, 2013

Good Info for breastfeed

Tgh-tgh dok selongkar komputer ni terperasan lah plak satu pic ni. Saya pun xperasan bila masa saya ada simpan info ni. Sebab masa Brastfeed Airin dulu xdelah plak tau pasal info nie.

So kali ni nak sharing lah ngan ibu-ibu kat luar sana yang masih BF or akan BF their child. It's a good info okay.


Satu info yang berguna untuk menambah pengeluaran susu selain memberi khasiat pada baby. MAsa bf airin dulu memang xtau pun pasal nie. So hopefully for the second child saya bolehlah ikut info ni.

Friday, April 27, 2012

I love breastfeed

Kenapa saya suka breastfeed my daughter. Yang pertama sekali adalah senang. Sangat senang actually. You can do wherever you want. Takde masalah nak breastfeed anak kat mana-mana pun. Yang kedua tak payah susah2 kan diri nak bawak susu lah, air panas lah, air suam lah. Buat berat beg jerk. Ketiga, para suami memang relaks habislah. Keempat. your bounding tu semakin kuat

hehehe.. tu kalau orang tanya saya lah. Kenapa saya nak breastfeed anak saya. Kalau tanya en suami confirm dia jawab JIMAT. Mana tak jimat, tak payah kuar duit nak beli susu formula. Lagipun susu saya banyak lagi. Kenapa nak putuskan dari anak.

Ni dah tido after bf


Actually amat senang kalau kita breastfeed anak. Kat mana2 pun boleh bf. Cuma pandai2 cover jerlah. Jangan nampak benda yang tak patut nampak. Lagipun sekarang kt shopping mall memang dah sediakan ruangan untuk menyusukan anak. So apa ada masalah lagi. Tapi budaya kat Malaysia masih ketinggalan sket lah.


Pengalaman sayalah, Kalau nampak jer saya bf anak kt khalayak ramai semua orang buat muka pelik. Buka saya pakai baju dedah sana sini ker pakai short pendek bebeno ker. Siap saya cover lagi. Tapi still pelik tgk. Apa tak pernah tgk ibu kasi anak dia minum susu ker? Nasib baik suami memang memahami dan menyokong 100 %.

Selain tu kalau keluar rumah paling senang nak siap, masukkan pampers beberapa helai ngan wet wipes dalam handbag pastu dah boleh gerak. Tak payah nak bawak beg banyak2 nak gi jenjalan. Sumbat jer semua dalam handbag saya. Air panas xpayah nak bawak dah. hehehe



Friday, February 24, 2012

Dalam Dilema

Lama gak tak menulis. dalam dilema kay. citer pasal birthday Airin pun xbuat lagi. camner. Saya xde mood nak menulis pasal birthday Airin. Nanti2 lah. Skang tgh tension plus sedih kay.

Susu saya dah kurang. huhuhu.. memang sedih. Nak menitik airmata ni kay. Mesti korang cakap kan pasal susu pu nak sedih. hehehehe.. Tapi memang sya sedih pun. sedihlah dah kurang susu nak kasi kat Airin.

Setakat ni alhamdulillah dah setahun Airin minum susu saya. Kalau gi klinik tu, nurse tanya minum susu apa, saya jawab susu badan. Nurse tu takde banyak tanya dh. Senang hidup. Kalau tak mesti tanya macam2. Skang pun Airin dah 9 kg kat. Berat nak pikul dah nie.

Skang pump pun sehari tak sampai 10 oz kay. camner nak buat. Hati dah sayu dah nie. Cakap ngan en suami boleh plak dia cakap ni mesti berkat doa mak awak kan. huhuhu.. Lagilah saya sedih. Yerlah parents saya memang xmenyokong penyusuan susu badan nie.

Tak tahu lah kenapa. Sedih memang sedih. Kalau saya kene bebel pasal susu badan ni , saya diam jerklah. Dulu dah terangkan, skang xkan nak terangkan. So diam lagi baik.

Nasib baiklah say duduk jauh ngan family. So xdelah terasa sangat. Balik kg pun sekali sekala. Maybe akan topup ngan FM lah buat sementara waktu tuk say buat stok balik. Bukan xde susu langsung, cuma kurang jerk. So kene banyak kan stok susu. Pastu dh boleh stop bagi FM.

Sedih memang sedih, tapi xkan semata2 nak kasi susu badan, nak buat anak saya kelaparan plak kan.

Skang tgh dilema nak kasi FM apa plak. yerlah saya manalah tau. Selama ni pakai susu badan. FOC jerk. So sekarang kene tgk brand ngan rege.. aiyooo pening kepala lagi

Thursday, August 18, 2011

Official 6 bulan

Alhamdulillah.. Syukur pada Allah akhirnya niat say nak full breastfeed Airin termakbul juga. Walaupun pada awal kelahirannya kene campur sikit ngan FM. kecewa gak saya masa tu. Tapi masa tu pantang kt kg, parents saya kurang tahu tentang kelebihan susu ibu. Diorg ingat sus tin lg bagus. Tu ada gak tercampur sikit ngan FM. Tapi kekadang tu say main tipi, kata tu FM sedangkan tu susu ibu yg saya pump. hehehe...

Walau byk rintangan (nanti say citer part tu) tapi alhamdulillah Airin pun dah genap 6 bulan. Dapat gak dia full breastfeed dalam 5 bulan lebih. Hasrat saya nak teruskan sampai dia umur 2 tahun. Semoga dipermudahkan.



Syukur gak dapat en suami yang memang support saya kasi susu ibu. Thanks to him for everything. Dari sokongan dan keperluan saya.

Skang dia dah start makan. Saya start kasi puree dahulu. Bubur nasi nanti2 dulu. Nak tgk perkembangan dia dulu camner.