Tuesday, November 30, 2010

Baby stuff sales - Part 1

Okay. kali ni saya listkan kedai baby yang ada buat sales hujung tahun ni kay. Mostly semua ada buat sales. Tapi saya pilih yang selalu dikunjungi dan memberikan pelbagai pilihan.

Chicco Year End Stock Clearance Sales Up to 50% Off


20 Nov 2010 - 2 Jan 2011

Tempat

Chico Shop @ Pavilion KL

Chico Shop @ 1 Utama


Strollerworld Sale

20 Nov 2010 - 2 Jan 2011


Tempat

IOI Mall
Mont Kiara

More info go to www.strollerworld.com.my

MyBBstore Year End Sale


20 Nov 2010 - 2 Jan 2011

Tempat

Outlet Kuchai Lama

Outlet Kelana Jaya

More info go to www.myBBstore.com


Monday, November 29, 2010

Quick update

Xsempat nak post apa2 weekend lepas. Very the busy. Dah 2 weekend xde kat kl. Asik berjalan je ke utara. Tgklah malam nanti saya postkan pasal sales barang baby tu.

Ni pun baru balik dari Kedah. Sampai pagi semalam sbb highway begitu sesak sekali. Dah lah ujan turun ngan lebat. Accident jangan cakap. Dari kedah sampai kl adalah dalam 6 buah kemalangan kitorang jumpa.

Paling teruk 2 kenderaan terbakar rentung dekat ngan simpang pulai menghala utara. So jem jangan cakaplah. Panjang giler. Nasib baik kitorg menghala ke selatan.

Badan pun dah penat2 sampai skang xilang. Baby asik meragam dalam perut xselesa. Saya pun dah muntah pagi tadi. Mungkin penat terlampau kot. muahaha....

Tu jerk.... daaa...

Thursday, November 25, 2010

Holiday Kedah - Perak Part 2

Kita sambung balik part 1 kay. Majlis sandingnyer keesokkan hari. Dalam kul 1 tgh hari. So pagi esoknya selepas breakfast kt hotel, abah ajak gi jalan2 pekan Baling. So ikut jerlah. Kalau kuar awal boleh gi Sik, kedah. Gi sempadan tapi xdan. So kitorg pusing baling jerk. Mak sempat pulak tu beli periuk kt situ. hehehe...

Then balik hotel siap2 nak checkout dan gi umah pengantin. Saya plak busy call hotel kt Cameron Highland. Sebab planm nak kesana lepas majlis. Hehehe. Dah lanag2 sampai utara singgah lah Cameron.

Gerak dari BAling kul 2 tapi sampai Cameron kul 6 petang kay. Tu pun kat Kg Raja. Then Bila sampai kt Birnchang jem plak. Jem dari Kea Farm sampai pasar malam Brinchang kay. Korang agak berapa lama jemnyer. Hampir 2 jam kitorang dalam kesesakan tu. Sampai apartment kt greenhill resort kul 9 malam. Memang xdelah nak nak gi pasar malam. Rehat dan tido lagi bagus.

Mak gi panaskan lauk orang kawen tu. So bermulalah cerita cirit birit. Tapi berlaku esoknya. Sayalah yang paling teruk rasanya. Esok nya bangun awal dan siap2 nak gi pasar tani kat brinchang. Perut masa tu memang rasa xsedap jerk. Tapi xdelah memulas2.

Sampai je kt pasar tani barulah terasa. Hah, merasalah duk dalam toilet 45 minit kay. Dalah jamban cangkung. Memang seksa dengan perut besar nie. Seksa wei. So gi mana2 lepas tu xde nyer saya kisah. Yang pentign toilet.

Kitoarang pusing area cameron tu sampai tgh hari then turun ikut Tapah. Confirm Kea Farm jem punya.

So sepanjang jalan keje saya adalah tido. Xlarat nak teman en suami. Sampai Tapah terus lunch then terus gerak balik umah saya. Kat umah memerut lagi lah. Bila sampai kat umah baru tahu semua orang cirit birit kay. Yang last my father lah. Kat umah dia plak yang conquer bilik air.

YES kembali lagi

Boleh tak perasan yang YES dah kembali lagi. Busy plak hujung2 tahun nie. Busy berjalan walaupun perut dah makin berat dan kaki dah semakin membengkak. Tapi still lagi nak jalan2 holiday. Hehehe....


Year End Sale dah kembali lagi. Start dari 20 Nov 2010 sampai 2 Jan 2011. Teringat YES tahun lepas. Tahun lepas masa sales hujung tahun duk sibuk beli barang kawen tapi tahun ni insyaallah duk sibuk cari barang baby.

Hehehe.. Barang baby belum cari lagi. Part saya belum cari lagi lah. Tapi untuk baju baby dah xpayah cari sbb my mum dah belikan. Hehehee... thanks mak. So saya xpayah lah cari baju baby lagi. Nanti saya blog kan pasal barang yang dibelikan oleh my mum. Xsempat amik gambar. Xtau pun mak nak belikan. Tup2 masa datang kl last week, terus dikasi satu plastik besar. Apalagi happy jerlah dapat.

Saya dah survey tempat shopping barang for baby yang ada sales. Nanti saya listkan semuanya kt post yg lain. Senang sket nak buat review.

Tuesday, November 23, 2010

Holiday Kedah - Perak Part 1

Lama gak xjalan2 ek.. Rasanya last jalan - jalan bulan 5 yang lepas. Tu pun gi jalan ke Langkawi after kahwin. Kira honeymoon lah kot.

Tu jerlah rasanya. Then i'm pregnant lagilah xlarat nak jalan2 masa awal2 pregnant tu. Mabuk yang teruk. So skang dah 7 bulan baru dapat jalan2 lagi. Ni pun last minit baru tau. Hehehe... my mum lambat bgtau.

Kali ni trip ke utara plak. Ni pun sbb hantar rombongan pengantin. Kalau tak, xde maknanyer nak ke utara musim2 banjir nie. Skang kan utara kan banjir. Nasib baik kat Baling je umah pengantin perempuan. So xdelah ke atas sangat. Tapi nak ke Baling tu jauh jugaklah yer.

Saya sebagai penumpang dalam kete hanya makan dan tido jerlah yer. Tau2 dh sampai. Muahahaha.. Kesian en suami kene drive sorang2. Dulu bolehlah tukar2 driver. Skang xdapat lah plak nak tukar drive ngan dia.

Sampai Baling dalam kul 1 tengahari. Kitorg terus check in hotel kt Baling. Nama hotel tu Bayu Hotel. Tapi hotel tu xde lift okay. Bilik kat tingkat 3 plak tu. Pengsan saya nak panjat tangga. Memang xpatut. Xde kemudahan untuk orang tua or ibu mengandung or OKU.

Majlis nikahnyer kul 5 petang lepas asar. Buat kat masjid. So kitorang pun geraklah gi masjid Baling tu




Majlis nyer dibuat esok hari, so after nikah, gi umah pengantin tuk makan2. Makan simple jerk. Tu pun malam gi cari makan lagi. Hahahaa.. Semua kelaparan kay. Saya lagi lah lapo.

Nantikan plak part 2 yerk.

Thursday, November 18, 2010

Check Up ke empat

Minggu ni sempat gak pegi check up ke 4. Saya dah 27 minggu dah. Wah dh hampir 7 bulan giteww... Appointment kul 8 pagi tapi xdemaknanyer. Still lambat gak. Ni lah paling lmbt kay.

Memang lambat. Tak tau lah apsal sevis masa ni lambat nak mampos... Tunggu giliran kat 1 jam. Last-last gi buat test darah ngan urine dulu baru boleh timbang berat. Xpaham betul. Yang amik appointment kul 8 pagi ni boleh plak amik nombor pastu gi breakfast. Then datang balik kul 9 baru terhegeh2 nak check. Awak tu nombor awal duk jerlah kt kusi tunggu nombor panggil bkn gi breakfast. Menyirap je darah kay.

Kul 9 setengah still ada nombor 3010 dipanggil. Tu orang ke 10 amik no kt mesin nombor. tapi kul 9 baru terhegeh2 kat kaunter ngadu nombor xpanggil. Abis saya yang no 3060 ni punya tunggu camner plak. Ko boleh gi makan2 dulu, abis orang lain yg tunggu tu xmakan ker? Posa satu hari. Menyusahkan orang betul.

Appointment kul 8 pagi abis kul 1 tgh hari. Korang bayangkan saya azab menunggu 5 jam kat KK. Jumpa nurse xdelah lama sangat. 10 minit jerk. tapi tang tunggu tu yang hazab. Lagi sakit hati bila nombor atas kiter dipanggil dulu. Camner tu. Nombor 3080 dapat masuk sedangkan saya 3060 still kene tunggu. Memang baran giler time nie.

Owh kali ni check up saya kene inject for kancing gigi. Dos yang pertama, Nanti check up ke lima kene lagi dos ke dua plak. Ni pun sengal2 xilang lagi. Seksa plak kene inject kancing gigi.

Kali ni posting tempat lepas geram yerk. Memang geram sungguh. Dah lah servis lambat pastu ada plak nurse praktikal. Lagilah melambatkan keadaan. Kenapalah kalau sebut goverment jer mesti lambat. Diorang ni malas nak buat keje ker apa ek.

Saturday, November 13, 2010

Baby checklist

Saya belum beli barang baby lagi.. huhhuhu... Satu apa pun xbel ilagi . boleh gitu... Plan nyer bila 7 bulan baru nak beli. Yerlah masa ni mungkin dah tau jantina baby. Tapi xde maknanyer sampai skang xtau jantina. Baby dalam perut xnak bagitau jantina kat mama dia.

So solution maybe beli warna yang natural jer kot. Hehehee... Memang xde plan nk beli pakaian nyer banyak sgt untuk baru lahir. So ada gak usha other blog tentang baby checklist nie. So boleh plan sket2 nak beli apa.

So bulan depan dah boleh start beli barang baby. Sukanyer saya. I'm planning to BF sepenuhnyer. Harap2 boleh lah yerk. Tu yang skang asik usha online jer barang untuk BF. Berkenan dengan jenama Tommee Tippee nie.
Suka sbb botolnyer menarik dan cute okay. The other reason sbb puting nyer hamipr sama ngan yang original. So maybe senang for baby lah. Tengah pikir gak nak suh member kat uk belikan or just cari kat sini jerk.

Kalau usha online barang baby ni memang seronok. Semua nak dibelinyer. Tapi kang beli semua takut xpakai plak.

Hari ni ada pureen sales, maybe tang karang nak gi sana lah.. Korang pegi tak...