Thursday, February 5, 2015

Melaka Alive Photo Contest


Thursday, September 18, 2014

Khaidir dah 8 bulan

Lamanya tak update blog. Sejak beralih arah ni tak sempat nak mengupdate. Pastu sekejap je si kecik baby dah masuk 8 bulan.. punyalah tak perasan.
Agak jarang gak saya citer pasal si kecik ni.. Dulu kalau kakak dia asyik citer je.. hmmm..



Ni zaman si kecik masih ada rambut.. comelnyer budaknya.. xde pun badan besar mcm kakak nyer dulu. Berat pun cukup2 makan je.. hehehe




Ni pulak lepas botakkan rambut. Lambat gak saya botakkan dia. Nak buat sendiri tak berani. PAstu asik lupa je bila blk kg. Dh nak masuk 6 bulan kot baru botakkan. 



Dengan kakak Airin


Friday, May 30, 2014

SCR 12 to let go

*SOLD*


Salam semua, ingat tak saya ada post pasal stroller scr 12 yang beli tahun lepas. Skang nak let go lah stroller tu. Sbb jarang sgt digunakan. Asyik terperap je dalam rumah. Jarang guna sebab ada stroller lain.





Features :
•Suitable from birth till 4 years (<17kg nbsp="" p="">
•Innovative design and portable lifestyle stroller 
•Lightweight aluminum frame 
•Adjustable backrest and footrest 
•Can be in forward or rearward facing 
•Traveling system: Compatible with C100 with additional adapter   

- Stroller still in great condtion, rarely use.
- Reason to sell - rarely use. Like to babywearing
- COD area puchong, seri kembangan dan nearly area

Asking price  RM 520

Can whatapps di 012-3415318 or sms 018-3191963

*STRICTLY NOT FOR FUSSY BUYER & FOR SERIUS BUYER ONLY!*



Saturday, April 26, 2014

Banana Milk

Air susu ni kira famous kat korea. Mostly kalau Malaysian yang gi melawat korea selatan mesti dok promote Banana Milk ni. Saya belum ada rezeki nak ke sana. Tunggu Baby besar sikit baru best sikit nak berjalan. Tapi skang xyah dah nak gi korea or kirim meber yang gi korea. Air ni kt Malaysia dah ada dah

Before this saya jumpa dan beli kat Isetan KLCC. Jauh giler smpi gi klcc. Yerlah Isetan tu jer yang ada supermarket. Yang lain mana ada. Harga dijual Memang mahal gak lah. Satu kotak harganya RM 3.50, pergh..


Then my officemate ada jumpa kat Jaya Grocer, Murah sketlah dari kat Isetan. Saya pun belum sempat usha. Tapi sedap air susu ni. Masa kat klcc saya beli 3 kotak. Tapi 2 kotak Airin yang habis kan. huhuhu....

Takpe nanti kalau saya dh gi Jaya Grocer, Saya bagitau berapa harga pulak. Dengar citer ada perasa lain selain pisang. yummy...

Thursday, April 24, 2014

Warehouse sale Pureen

Warehouse sale Pureen kembali lagi ntuk tahun 2014 ni. Huhuhu... Tapi saya tak gaji lagi. Pastu xtau nak pergi ke tak. Tak tau nak beli apa. Kalau pergi pun nak beli pencuci botol je. Baju Khaidir baru beli 2 minggu lepas. TU pun dh berhabis banyak. Campur sikit ngan baju raya.


Tapi kali ni buat kt Glenmarie Shah Alam plak. Bukan kat SS 19 seperti sebelum ni. Mungkin nak elakkan crowded sangat kot.

Saturday, April 19, 2014

Birthday Airin yang ke 3

Cerita pasal birthday Airin yang ke 3 thn pun xsempat nak masukkan. Actually xdelah buat sambutan besar2. Masa tu saya still lagi dalam pantang. So sambutannyer terhad jer. En suami pun xde time tu. Sambut ngan parents and family my sister je. Nasib baik lah ada anak saudara blk kg. hehehe... Ada gak awan tuk my daughter sambut.





She loves strawberry so much. Kek pun nak strawberry gak. Tak sempat nak tempah yang proper like her 1st year celebration. hehehe Tgklah tahun depan saya buat yang proper.

Friday, April 18, 2014

Taska Baru Dunia Elit

Citer dah lama tapi baru nak masukkan. hehehe.. terlupa plak ada dalam draft. Skang Airin dah tukar taska dah. Still Lagi Taska Dunia Elit cuma berpindah rumah je. Skang pun adiknya Khaidir pun hantar situ sekali. Senang nak ambil. Walaupun yuran a bit mahal tapi takpelah asalkan dijaga dengan baik dan selamat.

Love the new taska kat PUJ 7 nie. Cantik giler okay. Owner biat renovation lawa sgt.




Di sini lagi kemas dan teratur. Yuran pun abit mahal. tapi xpelah.. hehehhe....Untuk tahun ni jerlah. next year maybe nak antar Airin gi proper school lah.

Saturday, April 5, 2014

JumpSac Orbit for sale

*SOLD*




  • JumpSac orbit for sale
  • Hanya guna sekali sahaja. Condition is great. Like new
  • Suitable for baby to toddler 
  • Can COD. Seri Kembangan, Puchong or nearly area
  • Nett Price RM 319
Asking price RM 270

Can also whatapps at 0123415318

Thursday, April 3, 2014

My baby boy

Lama plak amik masa nak uplad gambar baby yang kedua nie.. Sian dia. A bit busy sikit.. Hidup tengah tak tentu hala ni. Dugaan dari Ilahi so kita terima dengan redha je.

So skang saya kenalkan my new member dalan family. Alhamdulillah saya dapat anak lelaki. So dah sepasang dalam family. Rezeki Allah nak beri.


Ni pic nyer fresh from oven. hehehe.. Nama yang diberi Muhammad Khaidir. En suami nak letak Muhammad kat depan. So tugas saya kene cari nama kat belakang. Jenuh juga. Hampir seminggu lebih baru dapat nama dan gi daftar.

Biasalah ada nama saya suka, en suami tak suka plak. hmmm...

Dilahirkan pada 12 Januari 2014 bersamaan 10 Rabiul Awal. Alhamdulillah, anak-anak saya lahir bulan Rabiul Awal. Bulan kelahiran Rasulullah.

Ni pun lahir dah terlewat hari. Lewat 4 hari. Sepatutnya my due is 8hb Januari.

Nanti saya smabung lagi kay...

Monday, March 10, 2014

i'm Back



I'm back.. hehehe.. lama giler bersarang blog eden ni. Lama sangat bercuti. Yerlah bercuti pantang je 2 bulan. penuh tangan kiri dan kanan nak layan 2 orang anak sambil berpantang. huhuhu....

Alhamdulillah, saya selamat melahirkan baby boy. So alhamdulillah dapat gak sepasang anak. So sekarang dalam proses nak adjust life dgn 2 orang anak.

More update to come..

Tuesday, November 19, 2013

Stroller SCR 12

Kira adalah sikit barang untuk new baby ni saya dah beli. Beli sikit2 every month. So takdelah rasa duit tu mengalir macam air je kalau beli sekali gus.. hehehe.. ni sebab belajar dari pengalaman. Dulu masa Airin, dah masuk 8 bulan baru nak beli semua. Hah apa lagi, tutp mata jerlah bila time bayar. Pastu bila dah masuk 8 bulan memang penat jgn lah cakap. Jalan sikit je nak duduk. Cama en suami xbising. Cari barang baby dari pagi smpai malam tak siap2.

Untuk adik si Airin ni kitorg plan memang nak beli stroller yg lain lah. Yerlah Airin dah ada stroller dia sendiri. Tapi mcm kurang sesuai je untuk newborn. So en suami cadangkan beli je dari newborn smpi besar. So boleh pakai smpi lunyai...

So lama gak lah kitorg usha stroller yang sesuai untuk newborn ke 3 or 4 tahun. Nak beli Quinny Zapp Xtra en suami dah bangkang awal2. huhuhu... sedih tak.. bukan pakai duit dia pun.

Masa weekend jalan-jalan kt Sogo ternampak lah SCR 10. En suami dah berkenan dah dengan designnya tapi yang kureng sket adalah tayar. tayar dia beso. Memang lh muat masuk kete kitorg tapi kalau dah masuk bonet terus penuh. How....

So the other weekend jalan2 kt sunway ternampak lah pulak SCR 12. Itu terus jatuh cinta lah en suami. Yerlah bila dah lipat xamik byk space. Ingat nak terus beli tapi ada color purple je. terus mcm.. hmmm... Sbb stroller Airin dah color purple, so kitorg nk color lain lah. Lagipun SCR 7 xde design color purple tu. So dh tak sama design nanti.


Last-last masa beli barang baby kt aeon OU, ternampak SCR 12 ni color merah kelabu, apa lagi terus beli time tu jugak. Kang dah abis stok susah lah pulak. Lagipun harganya masa dalam promosi lagi. Karang dh naik harga payah gak.



So tinggal SCR 7 jelah yg belum beli lagi. tu tunggu Aeon card member day. Sebab harganya lagi murah.. hehehe... So boleh beli yang sama design.

Friday, November 1, 2013

Coffea Coffee

Thank to cik hadrawillin, say dah terpengaruh nga new coffee cafe. So ketepi semua cafe lain yer.. Dah xpandang dh starbuck ke, coffee bean ke san francissco. Eh jap.. san francisco kene pandang sebab dia ada buy 1 free 1.. hehehe

Tapi xsemua tempat ada outlet Coffea Coffee ni. Actually cafe no from Korea. Tu yang teruja lebih sikt. Yerlah mostly cafe coffee yang ada kt Malaysia ni basiclly came from US. so bila ada yang dari Asia teruja nyer lain macam.

Coffea Coffee yang saya pergi ni outletnyer kt Sunway Pyramid. Senang je nak cari. Ia terletak kt LG1, berhadapan dengan escelator dan juga satu floor ngan Starbuck on new wing yer. Kira dekat ngan Sunway Lagoon.



Kat Coffea Coffee ni ada 2 jenis coffee samada Maestro or Madonna. Maestro ni rasa dia kuat berbanding Madonna. So saya yg kurang suka coffee yg pahit bolehlah try Madonna. Sebab kitorg order madonna for our Americano. Tapi sebab saya pregnat saya order based chocolate or caramel sahaja..



So enjoy the pic....






Wednesday, October 30, 2013

Dalam Dilema

Sekarang ni saya tengah dalam dilema okay. Macam2 kene pikir.. Argh penig kepala eden. Patutnya dah trimester terakhir ni saya patutnya berehat, tenangkan fikiran. Ni takde nyer. Makin berserabut otak ni pikir itu ini...

Skang tambah lagi dilema terbaru. Adik ipar nak duduk sekali ngan kami. Kalau perempuan tu saya xdelah masalah sgt. Sama jantina. So kalau kene tinggal sorang2 adalah kawan nak teman. Tapi kalau adik iparnya lelaki nak buat camner tu.. Kalau ikut agama yang saya baca hukumnya adalah haram (betulkan kalau saya salah yer). Dan memang tak digalakkan duduk sekali. Yerlah saya boleh berkahwin ngan adik ipar apa.

Tapi mostly ramai yang abaikan benda ni termasuklah en suami. Dia duk pandang ringan jer. Lagi best takdenyer nak bincang ngan saya pasal nak ajak adik dia duk rumah sekali.

Kalau adiknyer belajar lagi ke masih remaja tu boleh lah saya consider. Yerlah baru nak kenal hidup, baru nak belajar berdikari. Tapi ni yang sorang nak masuk 30 thn depan dan lagi sorang nak masuk 25 thn depan. Kira dah besar panjang.

Memanglah senang duduk ngan abang sendiri. Tak payah bayar sewa rumah dan sebagainya. Untung diorg. Yang rugi adalah saya.. grrr.... itu satu hal lain lah. Bkn lah berkira sangat. Tapi sepanjang 4 thn dah jadi kakak ipar ni, mostly kalau keluar ngan kami yang tukang bayar adalah saya.

Kengkadang tu saya buat tak tahu jer. Saje xnak keluar duit kat atm. Bior duit kt wallet cukup2 je untuk kami satu family. Mana tahan kalau asyik kene payung je.

So kalau dh duduk rumah sekali korang pikirlah sendiri camner nanti. Confirmlah lagi senang lenang. Yerlah kat rumah saya tu semua lengkap. Astro ada internet pun ada. Yerlah kami amik pun sbb kitorg je nak guna. Astro tu pun my parent yang kasi sbb amik tambahan dari astro yang sedia ada kat kg. So bayar murah sikit.

Dan yg penting kalau dah duduk serumah tu diorg akan duduk smpi lah diorg kawen. Kalau perempuan tu logiklah jugak. Ni lelaki okay. Tentang aurat jangan lah cakap. Memang confirm xboleh lah sy nak bersinglet dan berseluar pendek bagai. Memang xde privasilah kt rumah sendiri.

Argh.. tensi aku pepagi ni. Dah sebelum ni tensi pasal kete en suami. Ni tambah lagi..

Tuesday, October 22, 2013

Survey breastpump

Skang tengah dalam dilema. huhuhu... Still searching for the best breastpump. Actually saya dah ada yang manual. Sebelum ni masa Airin dulu pakai Avent manual breastpump. So skang nak cari yang elektrik or bateri function.

Kalau pakai manual masa perahan amik masa yang lama. Mostly sejam baru settle 2 belah. So skang nak cari yang elektrik or bateri breastpump supaya cepat sket dia pump. hehehe...

Skang stil lagi survey tapi dah ada yang berkenan lah. Samada Spectra or Medela. Harga pun lebih kurang sama jerk. But spectra lagi murah lah. Kalau ikutkan hati nak beli medela yang freestyle tu tapi mahal lah pulak. Sebab sedar diri cari yang tak over budget yer...


Kalau medela, saya prefer medela swing. Saya lebih suka pump one side then do the other side. So medela swing is the best. Harga pun in the budget. Saya dh jumpa harga not more than RM600. So boleh lah beli..

The other one is Spectra Cimilre M1. Ni model yang terbaru. Agak susah sikit nak jumpa model ni kat Malaysia. Tak ramai lagi supplier yang bawak masuk. Tapi review nyer is the best lah. Harga pun tak sampai RM 500. So lagi murah dari Medela Swing tu.


Yang Spectra M1 ni pun boleh buat double pumping. Cuma kene tambah kit to make it do double pumping jer. yang penting kedua2nyer adalah electrik dan rechargble. Maksudnya kat mana-mana boleh pump. Dalam kereta pun boleh pump. Itu yang penting.

Lagi satu kalau en suami boleh tambah budget yang berkenan Spectra Cimilre S1 ni. Sebab dia hospital breastpump grade. And one more thing harganya tak sampai seribu ringgit. tu yang menarik.


So skang still lagi survey. Tapi kalau susah sangat nak jumpa yang spectra ni maybe saya will go to Medela Swing tu. 

Wednesday, October 9, 2013

Second Check Up at KK

Baru 2 kali gi check up kat klinik kesihatan kerajaan. Hehehe.. Memang sengaja pun buat buku merah lambat2. Tak sanggup nak pergi KK setiap bulan. Yang xbest adalah kene tunggu berjam2.. Saya  ni kira sanggup gi check kat private je. Kejap je masa menunggu dan yang penting tak stress.

Tapi plan bersalin xtau lagi kt mana. Klu kat Klang valley ni senang lah nk plan. Samada PPUM or HUKM. tapi sebab plan nak balik Johor bersalin kat sana. Insyaallah. Tu yang kene buat buku merah gak. Dahlah rumah parents 5 minit jer pun dari hospital kerajaan.. Hehehe.. nak tak nak kenelah stand by buku merah..

Tapi second check up ni lah paling lama. Appointment pukul 8 pagi tapi saya settle check up semua sampai pukul 1 tgh hari okay. pergh.. mau tak berasap kt klinik tu. Service memang lmbt giler.. Camner tu?

Amik no giliran pun xde guna. Bukan dia ikut no giliran pun. Appointment kul 8 pun yang pukul 9 punya dpt servis awal. Tak tahulah nk kata apa. Memang rasa malas giler nk gi check up lagi kt KK

Dahlah kene amik darah 2 kali. pergh.. merasalah asik masuk maklmal jerk. My HB rendah sangat 8.6. huhuhu.. Xpasal2 kene jumpa Pakar.. Pakarlah sgt...

Pastu xsangka pula kene cucuk kancing gigi lagi.. So that day dua2 tangan lenguh.. Amik darah tangan kanan. Cucuk tangan kiri. Bila balik bawak kete rasa lenguh giler.. hmmm.. Then tangan kiri plak bengkak sampai skang.. apalah nasib.



Friday, September 27, 2013

Taska naik harga

Okay. Saya tengah pening kepala. Taska naik harga. pergh... baru anak sorang dh boleh pening kepala. Mahalnya yuran hantar anak ke taska sekarang.. huhuhu...

Masalahnya kat taska ni memang si Airin ni selesa. Kalau cakap nak hantar gi taska cepat je siap okay. Pastu bila sampai depan taska cepat2 nak kuar kete terus tuju pintu taska. Tak heran dah ngan mama dia. So memang dia happy lah kat taska sekarang ni. 

Tapi yurannya adalah RM400 okay. Naik RM 50. Airin ni dah  2 thn lebih. tahun depan dah 3 tahun. Nak bayar RM400 a month mcm mahal sgt. Baik saya cari tempat yang betul2 dia boleh belajar and not just duduk kt taska je. Kalau baby xtau lah plak berapa harga. Pengsan mak lagi okay..

So another plan memang kene cari taska lain lah. Sekarang memang boleh bayar lagi. Tapi tahun depan dah keluar lagi sorang mana mampu nak bayar. Confrim baby dalam rage RM500. pergh... Amik pembantu rumah lagi murah okay. kalau dah 2 orang camni mau yuran taska dah seribu ringgit...

So sekarang ni tengah usha2 gak taska lain. tapi yang penting berdaftar ngan JKM. Kat area rumah xbyk pulak taska berdaftar ngan JKM. hmm... ker kene cari maid perday.. kene bincang ngan en suami ni.. 

Tuesday, September 17, 2013

Steamboat lagi

Yup makan steamboat lagi kat dataran johor bahru. En suami yang teringin sangat nak gi makan. Ni pun perginyer time cuti raya hari tu. Lama sangat cuti so dh bosan duk umah. Nak beraya xde mood so ajaklah saya gi JB.

Kitorg gi pun dh petang, memang plan nak makan situ jer. Kang makan lebih2 plak sian mak dah masak kt umah.. hehehe...


Kami sampai dalam kul 6 lebih, kira dah banyak gaklah van steamboat kt tepi dataran tu. Rezeki kot, ada plak team JDT tengah training bola kt padang situ. Dapatlah en suami jumpa Munez.. hahaha... Selalu nampak jauh kt padang, ni face to face... okaylah kan...


Dah abis merapu kelain plak.. ni citer makan steamboat.. Agaka mahal gak makan steamboat nie.. citer sedih tauhu bakar saya order dh nk busuk okay.. so better makan steamboat jerk. yang lain-lain tidak dicadangkan oleh saya...