Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Saturday, April 26, 2014

Banana Milk

Air susu ni kira famous kat korea. Mostly kalau Malaysian yang gi melawat korea selatan mesti dok promote Banana Milk ni. Saya belum ada rezeki nak ke sana. Tunggu Baby besar sikit baru best sikit nak berjalan. Tapi skang xyah dah nak gi korea or kirim meber yang gi korea. Air ni kt Malaysia dah ada dah

Before this saya jumpa dan beli kat Isetan KLCC. Jauh giler smpi gi klcc. Yerlah Isetan tu jer yang ada supermarket. Yang lain mana ada. Harga dijual Memang mahal gak lah. Satu kotak harganya RM 3.50, pergh..


Then my officemate ada jumpa kat Jaya Grocer, Murah sketlah dari kat Isetan. Saya pun belum sempat usha. Tapi sedap air susu ni. Masa kat klcc saya beli 3 kotak. Tapi 2 kotak Airin yang habis kan. huhuhu....

Takpe nanti kalau saya dh gi Jaya Grocer, Saya bagitau berapa harga pulak. Dengar citer ada perasa lain selain pisang. yummy...

Wednesday, January 30, 2013

Monday, January 28, 2013

Restoran Monrods

Kali ni nak citer pasal makan plak. Selain shopping keje saya adalah makan. Alhamdulillah makan byk mana pun badan susah nak naik.. syukur.

Oleh sebab itu saya sukalah gi makan. Yang naik badan adalah en suami lah. Sian dia. Makin gemuk plak saya tgk. Tapi xdelah gemuk sangat pun.

So hari tu berkesempatan nak makan kat Monrods ni. Sebelum ni dgr jer citer dari si Nil tu makan kat Monrods tapi xde masa plak nak pergi. Yang si Nil pergi tu kat Laman Seri Sek 13 Shah Alam. Jauh bebenolah nak pergi waktu weekdays.

So saya ngan en suami pergi yang dekat Sek 20 jerk. Dekat sket ngan umah. Tapi still kene bayar tol lah. Dah nama duk Puchong. Hahahaha..



Saya order Mee goreng. Memalam kurang sket nak makan nasi.Sebab siang dh makan nasi. Sedap gak mee goreng ni tapi sedikit pedas. So kesian kat Airin tak dapat makan. Selalunya Airin kongsi makan ngan saya. So time ni terpaksalah dia kongsi makan ngan en suami.




Desert kitorg sampai 2 kitorang order. Aiskrim cake ngan ubi rebus. Susah nak cari ubi rebus ni. So alang-alang dah jumpa order jeklah. En suami yang suka makan ubi ni..


So Restoran Monrods ni okaylah tempat makan dia.Tapi saya pelik sket masa kami datang xde orang kay.. Ke dah tak famous dah monrods nie... Nanti nak try plak yg kat Laman Seri.

Tuesday, January 10, 2012

The Street Cafe

Teringin nak makan korean food tapi nak yang halal pastu mesti sedap. Demand lebih jerkan saya ni ek.. Hehehe.. Kalau bab makan memang macam tu nak yang sedap jerk. Barulah puas makan.

Tahu pasal cafe ni pun dari Cik Nil, dia yang dok introduce kat saya. Apa lagi dah namanya giler kan korea. Semua pasal korea saya giler.. muahahha. Biler lah dapat gi korea ek. Tunggu Airin besar sket lah.


So sekarang dah tau dah kt mana nak dapatkan korean food yang hala pastu sedap. senang lah pasni. Ni pun pegi kali kedua tu. Gi ngan kengkawan. Sebab en suami bukan gemar makanan pelik2 nie. Dia lebih suka makanan kampung. hehehehe


So street cafe ni ada 2 cawangan. Yang besar kt SS 15 Subang Jaya. Berhadapan dgn Taylor College kay. Cawangan kedua berada di Sunway Pyramid. Kat area Asian Avenue kat tingkat atas sekali yer.

Setakat ni yang saya dah makan adalah bimbimbap bulgogi ngan ramen ngan Toboki. Memang terbaik lah rasanya. Sedap sekali. Tapi toboki tu sedap lagi kt Sunway berbanding SS 15.

Harga memang berpatutan lah. Xdelah mahal sangat or murah sangat. Tempat memang menarik kt SS15. Nak tau lebih lanjut klik je kat Street Cafe. Xpun view site fb diorg kay.