Wednesday, December 28, 2011

Monday, December 19, 2011

Gardenia Vs Massimo

Rasanya roti pilihan ramai skang mestilah gardenia kan. Saya memang pembeli tegar gardenia nie. Yelah rotinyer lembut dan sedap plak tu. Kalau makan mcm tu jer pun still sedap gak. En suami lagilh peminat tegar. Sebuku panjang tu dia boleh habiskan sorang.


Tapi skang ada jenama lain, Massimo. Korang pernah dengar tak. Rasanya mamca mpernah kuar kt TV3. Weekend lepas lah saya try beli roti Massimo nie. Saja nak mencuba. Lagipun harga sama jer ngan roti Gardenia. So okaylah tu kan. En suami kata, rotinya lagi tebal. So mencubalah kami sekeluarga.

So masa breakfast pagi tu try lah makan Massimo nie. Sedaplah gak. Tapi lama-lama makan rasa kurang plak. Macam kurang rasa jer. Rasa Gardenia lagi sedap plak. Tapi roti Massimo ni tebal. memang cepat kenyang kalau makan 3 4 keping.


bagus gak ada roti baru selain gardenia. So banya variasi nak pilih roti. kalau High 5 tu memang saya xbeli. Rasanya ada sket kureng. hehehe... So korang cubalah rasa Massimo tu plak yerk...

Friday, December 16, 2011

Airin dah 10 bulan

Wow.. sekejap je masa berlalu, rasanya kejap je Airin dah 10 bulan tu. Hah dah 10 bulan. Lagi 2 bulan dah setahun. Kejap je baby mama membesar.


Makin besar makin nampak perangai nyer..

  • Dah pandai mengarah mama ngan papa nyer
  • Kalau xdapat somthing dah tahu nak mengamuk
  • Kalau mama dia lambat sket, dh pandai mengamuk marah2
  • Dah pandai membebel sorang2
  • Dah pandai ajak orang berborak. (tapi bahasi dialah)
  • Skang suka main patung CJ7 (mana nak cari yg besar. skang kecik jerk)
  • Still lagi xtahu merangkak
  • Dah pandai berjalan dalam 4 5 tapak. Pastu diri jerk.
  • Still lagi suka makan. Makan banyak tu
  • Dah pandai sebut abah, mama, mak, papa. (abah ngan mak for my parents)
  • Dah pandai gelak ketawa kalau tgk kitorang gelak
  • Dah kenal orang dan memilih ngan sapa nak dekat
  • Still lagi suka ngempeng ngan mama dia
  • Kalau tinggal lama, nangis cari mama dia. Papa dia boh layan
  • Still lagi breastfeed. Alhamdulillah




Nilah pengarang jantung saya. hehehe. Love her so much.

Tuesday, December 13, 2011

One Card @ OU

Hujung minggu ari tu sempat gak saya ke One Utama. Lagi-lagi skang jusco OU dah pun dibuka semula. So Old wing dah nampak lagi baru dari new wing. hahaha.. camner tu. Jusco dia pun dah makin besar dan luas. I like..

Tapi hazab masa nak cari parking kay. Pusing cari parking jer dah kat setengah jam. Pergh lama giler nak cari parking. Skang lagilah dah ada One card parking. So parking pun dh makin terhad. Nak tak nak kene gak parking kt One Avenue. Tapi jauh sikitlah kene jalan ke OU.

So ari tu en suami suh renew balik One Card saya yang dah lama expired. Dulu xtau sangat kegunaan nyer. Skang baru nak hargai.. huhuhu


Sekarang ada promotion untuk one card kay, so berbalaoi lah saya renew my one card. MAna taknya, setahun RM10, kalau 3 tahun baru RM20. So terus buat 3 tahun. Senang citer.

Pasni dah boleh parking kt One Card area. Hahahaha. So xpayah pusing lelama nak cari parking. hehehe...

Kalau korang nk apply or renew one card boleh buat kt Concourse Wing lama dan wing baru. Kalau Wing lama depan Fossil dan kalau wing baru depan Studio R.

Tak lama lagi Isetan nak bukak kat One Utama. Kat wing lama. Lagilah happening one utama. Makin ramailah orang datang sini. hahahaha...

Friday, December 9, 2011

Bella Swan

Korang dah tgk movie the Breaking Dawn tak? Ada orang kata best ,ada orang kata xbest. Tapi bagi saya best giler. Sebab semua yang ada dalam buku, di paparkan dalam movie. Mcm dalam mimpi je tgk movie nie.

Yang paling saya tunggu adalah wedding dress Bella Swan .Yerlah dalam citer ni bella ni orang yang simple jerk. Xde nak lebih2. Tapi Alice plak orang yang giler fashion. So nak tau gak weeding dress yang akan dipakai oleh Bella.


Cantik tak dress nie. Cantik kan... Depan nampak simple jerk kan. Sekali belakang baju... pergh... mengancam habis. Memang tak dijangka lah dress nyer macam nie.. So sweet dan lawa abis lah.

Pastu ngan wedding macam dalam hutan, menakjubkan sungguh lah.. Nasib baik saya dah kawen kay. Kalau tak teringin gak nak buat wedding macam tu... Wedding dress ni di reka oleh Carolina Herrera.

Ni entry citer pasal wedding dress eh bukan pasal review movie nie.

Kalau teringin nak pakai wedding dress yang bella swan pakai nie, dah ada kay yang jual replica. hahaha.. siap ada replica lagi tu. Klik kat sini untuk maklumat lanjut..

Wednesday, December 7, 2011

Worldless Wednesday # 4


Chill beb

Superhero is coming?

Tajuk memang xboleh blah punya kan. Macam real jer ada superhero. Mana ada superhero, ni superhero AirAsia yang punya. hehehe...

Iklan terbaru dari Airasia kay, Tony fernandez jadi superhero. Korang caya ker. Xde maknanyer. Ni promo tambang tiket murah lah. Tapi xtau lagi terbang kemana. Esok baru launch. Hah.. apa lagi get ready lah depan pc. Pastikan sambungan internet stabil yerk. dan juga cukup duit nak beli tiket flight.



Saya xde plan lagi nak ke mana. Dah bukan zaman bujang lagi. Skang dah ada family susah lah sket. Kalau dulu tambang sorang jerk. Tapi skang tambang dh 3 orang. So belanja lebih sket. Tapi kalau ada yg murah, tutup mata jerlah bayar.


Cuba korang teka berapa regenya. Rasanya macam RM10 jerk. kita tgklah esok camner. Xsabar gak saya nak tunggu. Tapi confirm mesti hang punya server AirAsia. Pastu mesti kuar bee jerk. Tu yg tension tu. Kalau guna mobile pun sama gak.

So ikut nasib lah. Kalau dah dapat yang murah tu, tak yah fikir2 lagi. beli jerk terus. Kang kalau fikir-fikir, orang lain plak yang beli.

Saturday, December 3, 2011

Johor Premium Outlets

Sekarang kt Malaysia ada premium outlets kay. So xpayah nak gi oversea nak gi premium outlets. Dan yang paling bestnyer, terletak kat Johor tu. My kampung..

Pasni makin rajinlah saya balik kg. hahaha...

My sis kata memang murah barang kat sana. Skang tengah pre-opening. Memang sesak ramai orang serbu. Saya plak baru je balik dari kg, xkan nak balik lagi. huhuhu...


Memang akan diserbu bila balik johor ni.. meh kite reramai habiskan duit kt JPO.

Thursday, December 1, 2011

Pureen Clearance Sales

Lama gak tak pegi jualan gudang nie. Sejak dah ada anak nie. Dulu waktu pregnant selalu gak amik tahu dan gi usha sana sini. Skang dah xrajin dah.

Tapi kali ni rasa mcm nak pegi je Sales Pureen ni. Xpenah pegi lagi sebelum nie. heheheh... Asik terlepas jerk.


Apa lagi, jom kiter serbu. Ari tu masa expo xsempat plak nak gi booth pureen.