Monday, November 8, 2010

BBQ time

En suami plan ni dah lama. Nak buat makan2 kt umah. Saya ikut kan jer. Dah berat mcm ni cuma boleh tukang tgk jerlah.

Ni pun planning last minute en suami ngan kawan2 nyer. Hehehe... Nilah keje kami kalau boring dah tahap gaban dah kat kl nie. Dah tak tau nak gi mana. Lagilah saya skang weekend suka memerap kat umah. Lagi bosan en suami.

Xramai pun yang join bbq nie. Orang penting kan gi haji.. so kuranglah korum. Ada member parents datang. So xkan nak datang umah kita plak kan.


Menu simple jerk. Yang marinate beli jer kan giant. Sonang citer. Saya dah xlarat nak marinate ayam. Leceh.

So menu tuk malam tu banyaklah jugak, ada soto, beehun, mee bandung, fries, daging, ikan ayam, jagung dan kambing...



Kenyang giler makan time ni. Next time boleh buat lagi. Tapi kene tunggu tuan haji ngan mak hajah balik dari mekah.

Friday, November 5, 2010

Happy Deepavali

Hari ni adalah cuti umum for Deepavali. So kepada yang menyambut perayaan cahaya ni Happy Deepavali.

Mesti ramai yang balik kampung weekend nie. Yerlah cuti panjang.

Thursday, November 4, 2010

Pureen Clearance Sales

Pureen buat sales lagi. Rasanya last time dia buat sales last june or july tahun ni gak. Tak ingat plak datenyer.

So memang menunggu sales barangan baby nie. Hehehehe... Sebab saya belum beli apa-apa pun. Kang beli awal-awal mcm xbest jerk. Macam excited terlebih plak. Tapi skang dah 6 bulan nak masuk 7 bulan so dah boleh membeli lah kot.

Sebelum ni survey online jerk. Try tgk harga dan compare it lah. Kene gak buat list barangan baby yang kene beli.

So Pureen Clearance Promotion ni akan diadakan pada:

13 - 14 November 2010
10 pg - 6 petang
Bertempat:-
Lot 6, Jalan 19/1, Petaling Jaya


Kalau susah sangat, rujuk je poster kat atas or korang boleh pergi kat website Pureen for more info.

See you there....

Wednesday, November 3, 2010

Karnival Jualan Ori

Ada info sikit. KPDNKK akan mengadakan Karnival Jualan Ori di Mid Valley. Karnival ni adalah bertujuan untuk membenteras cetak rompak. Yerlah belilah barang yang original beb.

Antara yang tetlibat dalam kempen ni adalah:
  • Panasonic, Dewan Bahasa & Pustaka, Deuter Bags, HP Computers, Canon Camera & Accessories, Petronas Lubricant, Proton spare parts, GPS – Papago, Game – counterstrike, Game – warcraft, Recording Industry Association of Malaysia (RIM), Malaysian Federation Against Copyright Theft (Mfact) Sdn. Bhd, Upin & Ipin, Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia (PFM), Persatuan Industri Video dan Filem Malaysia (VIFIM), United Studios Sdn.Bhd KRU, Kualiti Books Sdn Bhd dan ramai lagi.
Karnival ni akan diadakan pada:-

12 - 14 November 2010
10 pagi - 10 malam


Tuesday, November 2, 2010

Minyak naik harga lagi ???

Pagi-pagi on the way gi keje memang dengar radio. Tu je lah masa dapat dengar radio. So dapatlah dengar berita terkini. Tetiba je terdengar yang minyak naik harga ari ni. Biar betul. Rasanya ari tu baru jer naik harga tahun ni. Nie naik lagi ker?

Minyak yang naik harga Minyak RON97. Dulu harga RM2.10 so skang dah jadi RM2.15. Naik 5 sen. Walaupun sikit tapi kalau isi penuh mau banyak gak kene bayar. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik. Tapi RON95 tak naik harga yerk.

Kalau naik harga, confirm semalam ramai giler orang beratur kat stesen minyak. Ni naik pun saya xtau. Takde pengumuman pun. Nasib baik dengar radio.

En suami guna RON95 for kete kenari. For kete lagi satu tu kene pikir nak pakai RON97 or RON95. Harga minyak dah naik tapi gaji still sama macam dulu. Camner? Nak tau lebih lanjut klik kat Malaysiakini.

Ni nasib baik gomen tak naik gaji lagi. Kalau naik gaji confirm semua barang naik harga. Contoh macam harga ayam. Sebelum raya harga nya still boleh dapat RM6 skang dah naik sampai RM7.50. Banyak tu kenaikan.

Ngan gula naik harga. Nasib baik stok kat kampung masa kenduri kawen masih banyak lagi. So boleh lagi tak payah beli gula. Amik kat kg jerk.

Econsave - murah ker?

Korang semua kalau beli barang dapur selalu kat mana. Kalau kat area Kl or Selangor nie mostly mesti pergi Tesco, Giant, Carefour or jusco jer kan. Tu jer yang best nak pegi sebab pasarayanyer besar dan semua ada kat situ.

Tapi kalau saya bali kampung, my mum suka sangat beli barang dapur kat Econsave. Beli barang basah pun kt situ. Xmau dah pegi pasar borong kt area umah.


Tanya gak kat mak, apsal. Mak kata lagi murah dari pasar borong. hmm.. apa pendapat korang. Bagi saya memang murah pun. Adalah juga barang yang sama harga ngan hypermarket yang lain. Tapi mostly lagi murah dari jusco and Carefour.

Yang mostly saya beli skang kalau kat econsave adalah beras. memang murah kay. Beza harga dalam 3-4 ringgit. Banyak tu. Kalau ada promosi boleh sampai RM5 bezanya.

So memang betul lah mak saya kata. Memang murah. Tapi kt selangor ni econsavenyer jauh2 dari kawasan bandar. Kalau area umah saya paling dekat dulu Balakong, tapi skang kt jalan klang lama dah open so dekat lah sket nak pegi. Dari gi balakong tu jauh.

So korang semua trylah beli barang kat econsave. Tapi nie pendapat peribadi saya je. Mungkin lain orang lain rasanya.

Monday, November 1, 2010

P. Ramlee.. Dimanakan Ku Cari Ganti: Satu Indiepretasi album

Korang dah dengar tak album nie. Saya pun baru tau album ni ada kuar. Tu pun en suami yang duk memekak kat telinga suh cari lagu kugiran tepi pantai - nujum pak belalang. Dia siap kata ada album.

Huh, tau order jer. Yang tukang cari saya gak. Internet ada, cari jerlah sendirik. Tanay kat pakcik google je pun.

Dalam album ni ada 18 track lagu. Yang nyanyi ni semua indie kay. So lain dari yang lain.

1. Hujan • Tunggu Sekejab – dari filem Sarjan Hassan (1955)

2. Sevencollar T-Shirt • Jangan Tinggal Daku – dari filem Ibu Mertuaku (1962)

3. One Buck Short • Pok Pok Bujang Lapok – dari filem Pendekar Bujang Lapok (1959)

4. Couple • Menche Che Bujang Lapok – dari filem Seniman Bujang Lapok (1961)

5. Altimet [feat Imran Ajmain] • Maafkan Kami – dari filem Pendekar Bujang Lapok (1959)

6. Subculture • Bunyi Gitar – dari filem Tiga Abdul (1964)

7. Monoloque • Tiada Kata Scantik Bahasa – dari filem Anakku Sazali (1956)

8. Azlan & The Typewriter feat AG & Co • Jeritan Batin Ku – dari filem Ibu Mertuaku (1962)

9. Bittersweet • Getaran Jiwa – dari filem Antara Dua Darjat (1960)

10. Pesawat • Ai Ai Ai Twist – dari filem Masam Masam Manis (1965)

11. The Ramlees (A supergroup featuring Yuna, Liyana Fizi, Amirah [of the band TILU] and Najwa Mahiaddin) • Itulah Sayang – dari filem Anakku Sazali (1956)

12. Pop Shuvit • Aci Aci Buka Pintu – dari filem Nasib Labu Labi (1963)

13. Awanband • Malam Bulan Dipagar Bintang – dari filem Pendekar Bujang Lapok (1959)

14. Grey Sky Morning • Malam Pesta Muda Mudi – dari filem Nasib Do Re Mi (1966)

15. They Will Kill Us All • Sepanjang Riwayatku – dari filem Sesudah Subuh (1967)

16. Yuna • Gelora Jiwa – dari filem Anjuran Nasib (1952)

17. Meet Uncle Hussain [feat Hazama] • Ya Habibi Ali Baba – dari filem Ali Baba Bujang Lapok (1961) *

18. Kugiran D’Tepi Pantai • Nujum Pa’ Blalang – dari filem Nujum Pa’ Blalang (1959)

Hah apalagi, gi lah beli yang original album kay. Lagu dalam nie best- best kay. Dinyanyikan dengan gaya tersendiri tapi xdelah sampai rosak lagu P Ramlee nie