Showing posts with label Minyak. Show all posts
Showing posts with label Minyak. Show all posts

Wednesday, January 5, 2011

Update - Minyak naik harga lagi...

Dah xlarat nak ikut perkembangan pasal minyak dah. Kali ni minyak RON97 naik rege lagi. Naik 10 sen So jadilah RM2.40.

Tak sampai 2 3 bulan dah naik harga. tapi gaji xnaik2 pun. Masih sama jerk. Kali ni minyak tanah pun naik sekali. So rege minyak tanah RM2.50 plak.

Cakap pasal minyak ni, last week kan heboh pasal minyak masak berkurangan di pasaran. Saya plak xperasan yang minyak masak dh berkurangan. Masa shopping barang dapur tak beli plak minyak masak sbb dah beli bulan lepas.

Tahu pun sbb member duk bising cari minyak masak xjumpa. Kalau ada pun regenyer dah jadi double. Biasa kalau yang peket 1 kg tu RM2.50 dah jadi RM4.00. Peniaga ni nak untung jerk. Mana tak naik inflasi. Duk sorok2 barang tuk naikkan rege.

Tu rege yang peket, kalau yang botol 2 kg tu boleh cecah RM19.00 sebotol last week. Biasa rege nyer RM13.50. Bayangkan berapa peniaga untung.

Tension plak citer pasal harga barang nie.

Wednesday, December 1, 2010

Minyak naik harga lagi tu...

Permulaan yang mendadak bagi bulan baru 2010 ni. Hehehe... Minyak naik harga. hah.. tercengang eden pagi tadi dengar berita. Tapi ni untuk RON97 sahaja. Mungkin kene biasakan lah... Yelah bagi minyak RON97 harga minyak memang tidak dikawal. Ikut harga pasaran dunia.

Kalau harga RON95 masih lagi RM1.85 yerk. Untuk harga terbaru RON97 naik 15 sen so jadilah RM2.30. Last naik harga bulan lepas kot.

Saya ni kekadang pakai RON95 kekadang pakai RON97 tapi kalau dah naik sampai RM2.30 kene pikir balik semula lah nampaknya. Beza dalam 45 sen tu antara 2 minyak.

En suami.. camner ???

Tuesday, November 2, 2010

Minyak naik harga lagi ???

Pagi-pagi on the way gi keje memang dengar radio. Tu je lah masa dapat dengar radio. So dapatlah dengar berita terkini. Tetiba je terdengar yang minyak naik harga ari ni. Biar betul. Rasanya ari tu baru jer naik harga tahun ni. Nie naik lagi ker?

Minyak yang naik harga Minyak RON97. Dulu harga RM2.10 so skang dah jadi RM2.15. Naik 5 sen. Walaupun sikit tapi kalau isi penuh mau banyak gak kene bayar. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik. Tapi RON95 tak naik harga yerk.

Kalau naik harga, confirm semalam ramai giler orang beratur kat stesen minyak. Ni naik pun saya xtau. Takde pengumuman pun. Nasib baik dengar radio.

En suami guna RON95 for kete kenari. For kete lagi satu tu kene pikir nak pakai RON97 or RON95. Harga minyak dah naik tapi gaji still sama macam dulu. Camner? Nak tau lebih lanjut klik kat Malaysiakini.

Ni nasib baik gomen tak naik gaji lagi. Kalau naik gaji confirm semua barang naik harga. Contoh macam harga ayam. Sebelum raya harga nya still boleh dapat RM6 skang dah naik sampai RM7.50. Banyak tu kenaikan.

Ngan gula naik harga. Nasib baik stok kat kampung masa kenduri kawen masih banyak lagi. So boleh lagi tak payah beli gula. Amik kat kg jerk.