Thursday, October 28, 2010

Sudah 6 Bulan

Dah masuk 6 bulan dah saya pregnant. Hehehe... Perut pun dah semakin besar. Perut je yang besar. Saya still mcm tu jerk. Selera makan makin bertambah. Dah kenyang pun still nak makan lagi.. huhuhu.....

Kalau tengok gambar ni mcm besar jer baby dalam perut. Rasa ngeri lah plak.. Tak sabar rasanya nak tunggu baby kuar.

Tapi saya xtau lagi jantina nyer apa. Dah 2 kali scan ari tu upn xdapat detect samada boy or girl. En suami pun ada tanya gak lelaki ke pompuan.



Nanti scan lagi harap2 baby kasi kerjasama bagitau jantina. Senang sket nak cari baju baby. Barang2 baby xbeli pun lagi. Rasanya masih awal lagi nak cari barang. Tunggulah masuk 7 bulan baru plan nak cari.

Tuesday, October 26, 2010

New broadband - Unifi


Skang rasanya area klang valley jer kot yang dapat. Tu pun tak semua dapat lagi. Still dalam peringkat pemasangan. Tapi member saya dah pakai dah unifi ni kat umah dia. Saya belum berkesempatan nak tanya dia okay tak pakai unifi ni. Harganya xdelah mahal sangat. Hampir sama kalau amik pakej streamyx broadband tu.

Di bawah ni pakej yang ditawarkan kepada consumer kay.


Ada 3 pakej jerk. Okaylah tu. Speed paling rendah 1mb. Nak tau lebih lanjut korang bolehah gi site dia ni UNIFI



New broadband at town now. Xdelah baru sangat. Cuma saya baru amik tau. hehehe.. Skang TM kuarkan broadband baru namanya unifi. Nilah yang HSBB tu. Kalau ksbb tu saya tau. Sbb penah gak gi interview pasal hsbb nie.


Yang bestnya skang ada promotion kay. Kalau pasang skang installation adalah PERCUMA bagi yang memilih pakej VIP20 dan BIZ20 sahaja.

Monday, October 25, 2010

Panggilan Haji

Wah skang dah tiba musim haji. Mesti ramai yang menghantar sanak saudara gi haji kan. Semalam saya ngan en suami gi hantar my friend yang dapat pergi haji tahun nie. Alhamdullilah, muda-muda dapat gi haji. Pasni nak gi daftar haji lah. Kalau nak tau kita boleh daftar haji ngan jumlah RM1300 je dulu.

Semalam masa kat tabung haji ramai gak orang. Biasalah kalau mism haji. Yang menghantar lagi ramai dari yang pergi. My friend pun last minit dapat tau boleh pergi.

Yang kene panggil wife dia, tapi dia buat rayuan lah nak pergi skali atas tiket mahram. Xkan nak biarkan wife dia gi sorang2 kan.

Tapi sian gak, anak masih kecil kene tinggalkan. Sedih gak part tu. Takpe sekejap jerk. Dia pergi sampai 8 Disember nie.

Ramai gak member yang menghantarnyer semalam. Amik berkat. Mana tau rezeki kita plak tahun2 akan datang.

So raya haji tahun ni 17 November, plan nak balik kg tapi xconfirm lagi sebab cutinyer jatuh ari rabu. Kene bincang balik ngan hubby nie.

Thursday, October 21, 2010

New Nokia C3

Dok blogwalking kt blog lain, saya terperasan plak iklan baru dari Celcom nie. Walaupun bukan pengguna Celcom (saya xpenah pakai line celcom yerk). Tapi macam berbalaoi-baloi je amik pakej nie.


Ni pakej terbaru dari Celcom yerk. Yerlah walaupun xsehebat Iphone or Blackberry tapi fungsinyer still sama gak. Nak berinternet menggunakan phone sahaja dimana saja. Tu yang penting.

Yang penting this phone is Qwerty kay. So mudahlah sket nak taip laju2 message kt phone nie.Skang ramai yang suka pakai Qwerty keypad.


Another reason why we should buy this phone adalah it has internet. Siap ada Wifi and 2G. Sayang phone in bukan 3G kay. Tapi korang boleh guna EDGE dan sebagainyer tuk ganti 3G tu. The camera is 2 megapixel. okaylah kot. Have internal memory 55MB. Besar tu memory yang diberikan.

Pakej yang ditawarkan oleh Celcom untuk pengguna yang berminat nak amik phone Nokia C3 nie.

So pada sapa-sapa yang berkenan apa lagi, gilah sebu booth Celcom skang. Berbaloi-baloi kay.

Tuesday, October 19, 2010

Hari yang penat

Tension saya hari nie. Hari yang memenatkan bagi saya. Penatnya sebab kene menunggu. Ni bukan setakat menunggu sejam dua tau. Ni menunggu berjam-jam kat klinik kesihatan.

Hari ni saya ada appoinment annetanal mcm biasa kat klinik komuniti Seri Kembangan.My appointment adalah kul 9 pagi. tapi kul 10 lebih baru nombor saya naik kay. Pergh azab giler menunggu sejam nombor nk panggil. tu pun untuk timbang berat ngan blood pressure jerk.

Then menunggu lagi tuk jumpa nurse ngan doktor. pergh. memang azab. Dari pagi samapai ke petang saya kt klinik kesihatan tu. Macam xde keje lain selain menunggu.

Argh....

Saturday, October 16, 2010

Alahan ketika mengandung

Skang saya dah 5 bulan lebih dah. Kira dalam 22 minggu dah. Hah dah nak masuk 6 bulan dh usia kandungan saya. Tapi yang xbestnyer saya masih laig mengalami alahan. Ni bukan alahan mabuk ker loya. Semua tu dah berlalu. Cuma skang jer datang balik sbb saya xsihat. Kalau sihat. Laju jerk makan tanpa rasa was-was.

Saya mengalami alahan kulit muka yang terus. Kalau tgk muka saya skang memang teruk giler lah. Jerawat tumbuh dengan sesuka hati jerk. Pakailah apa saja memang xjalan punya. Masa awal-awal mengandung tu rasa xselesa sangat. Abis tiap2 hari cuci muka. Tapi still xde kesan. Then tukar plak produk.

Siap saya salahkan olay yang jadikan muka saya teruk. Tukar pakai garnier pun sama jerk. Makin bertambah ada lah. Then masa bali kg, mak saya bagitau saya kene alahan mengandung. Lepas mengandung insyaallah ilang lah jerawat tu.

En suami pun bising gak apsal muka teruk sangat. Jumpa sedara mara pun asik tanya benda yang sama. Tu yang skang jarang amik gambar. Muka i dh xlawa you....

Friday, October 15, 2010

Sambutan Hari Raya Office

Walaupun raya dah abis tapi baru ada masa nak tulis pasal jamuan hari raya kt ofis saya. Rasanya lama gak xbuat jamuan raya kt ofis secara besar-besaran. Tahun lepas buat buka puasa jerk. Mostly kitorg buat potluck raya jerk..


Tahun ni memang bestlah.. ofis siap buat style stall lago. Macam-macam makanan ada. Lagilah saya ni yg berbadan dua, bab makan xtolak punya. Xde dah diet-diet. Makan je apa saja. Kesannya hah sampai skang masih lagi xsihat. Giler lama sakit. Seminggu xbaik2. Makan ubat mcm xde makna jerk.

Antara menu yang ada ketupat, rendang, laksa johor, char keaw teaw, mee goreng, abc, cendol, rojak dan macam2 lagi. Makan lah smpi kenyang.

Wednesday, October 13, 2010

Not feeling well

Nilah benda yang paling xsuka. huhuhu... Tahun ni kira jarang giler saya demam. Lat demam rasanya awal tahun ari tu kot.

Tapi bila preggy dan tetiba plak kene demam panas. Memang xbest. Dahlah skang ni saya tengah syok makan. Bila demam mana ada selera nak makan.

Ni gara2 open house kt ofislah.. pastu ditambah ber karok smpi pagi. Memang makin teruklah demamnyer. Akibatnyer weekend saya duk umah melepek je. Nak balik kg pun xboleh. Maaplah zaid... Bukan kami sengaja.

Sian kat baby dalam perut. 2 3 hari xselesa kt dalam. yerlah badan saya dahla makin panas. lagilah dia xselesa. Abis ditendang sana sini. Makan pun xlalu.

Skang selesema plak datang. huhuhu.. bila nak baik nie...

Next week dahlah ada check up.. abislah saya kene marah ngan nurse.....

Wednesday, October 6, 2010

Whooper jusft for RM1

Ni betul punya citer. tapi ONLY FOR TODAY. Burger King buat promotion yerk. Whooper burger just for RM1 dengan pembelian air berkarbonat.

Apa lagi yang korang tunggu. Serbulah. Hanya pada 6 Oktober 2010.

Maklumat lanjur bukak lah facebook Burger King

Tuesday, October 5, 2010

Rutin Checkup

Macam biasa lah nilah rutin tiap2 bulan untuk ibu mengandung. Saya selain gi klinik kerajaan pegi gak klinik swasta tuk checkup kandungan.

So last week pegi checkup untuk bulan ke 5 disamping nak scan baby lagi. Kali nie pegi kene urine test plak. Kalau kat private diorang check semua. SO urine saya dijangkiti kuman (kira air kencing kotor lah). Quite teruk gak lah. Yerlah Musim perayaan semua saya bedal. Macam-macam air saya minum. huhuhu.... So dapatlah ubat tuk bersihkan urine.


Then, masa yang ditunggu scan baby kt dalam perut nie. Sian en suami xdapat tgk. Sapa suh hisap rokok kat luar. Ajak masuk tak nak. Baby dalam perut makin aktif sesangat. Kejenyer menendang jerk. Pastu susah betul nak amik gambar dia. Bila doctor scan jer cepat2 pusing ke belakang xnak kasi amik gambar. Pastu tak reti duk diam. Sian doktor nak ukur pun xboleh.


Tapi tak dapat tengok jantina apa lagi. Tak nampak lagi, so maybe masuk 6 or 7 bulan baru boleh tgk kot.

Monday, October 4, 2010

Rokok naik harga lagi???

Ini berita yang best bagi saya tapi xbest bagi en suami. Apalagi kalau tak citer rokok naik rege. Muahahaha...

Ni pun tau sebab dgr berita kt sinar fm pagi tadi. hehehehe...

Harga rokok naik 70 sen bagi kotak 20 batang. hahahaha. So kalau rege rokok skang RM9.30 so jadilah RM10. Pergh..


So en suami xde niat nak benti dari isap rokok tu.