Saturday, February 25, 2012

Birthday Airin with parents

Saya buat sambutan birthday Airin dua kali yer. hahahah... giler tamak kay. Yerlah anak baru sorang. So manja nyer lebih lah sket.



Yang first kitorang sambut simple jerk. Kami satu family jerk. Lagipun birthday Airin jatuh hari Khamis, so waktu kitorg keje. Lagipun siang tu dia ada cucuk untuk setahun. So xdelah kemana2 pun.





So malam tu kitorg gi Secret recipe jerk. Beli kek kat situ sambil celebrate. Saya , en suami ngan Airin. Weekend tu baru buat sambutan birthday kat umah.



Skang Airin tgh obses melambai tangan ngan buat flying kiss. Salam dah xnak kay.. hehehe

Friday, February 24, 2012

Dalam Dilema

Lama gak tak menulis. dalam dilema kay. citer pasal birthday Airin pun xbuat lagi. camner. Saya xde mood nak menulis pasal birthday Airin. Nanti2 lah. Skang tgh tension plus sedih kay.

Susu saya dah kurang. huhuhu.. memang sedih. Nak menitik airmata ni kay. Mesti korang cakap kan pasal susu pu nak sedih. hehehehe.. Tapi memang sya sedih pun. sedihlah dah kurang susu nak kasi kat Airin.

Setakat ni alhamdulillah dah setahun Airin minum susu saya. Kalau gi klinik tu, nurse tanya minum susu apa, saya jawab susu badan. Nurse tu takde banyak tanya dh. Senang hidup. Kalau tak mesti tanya macam2. Skang pun Airin dah 9 kg kat. Berat nak pikul dah nie.

Skang pump pun sehari tak sampai 10 oz kay. camner nak buat. Hati dah sayu dah nie. Cakap ngan en suami boleh plak dia cakap ni mesti berkat doa mak awak kan. huhuhu.. Lagilah saya sedih. Yerlah parents saya memang xmenyokong penyusuan susu badan nie.

Tak tahu lah kenapa. Sedih memang sedih. Kalau saya kene bebel pasal susu badan ni , saya diam jerklah. Dulu dah terangkan, skang xkan nak terangkan. So diam lagi baik.

Nasib baiklah say duduk jauh ngan family. So xdelah terasa sangat. Balik kg pun sekali sekala. Maybe akan topup ngan FM lah buat sementara waktu tuk say buat stok balik. Bukan xde susu langsung, cuma kurang jerk. So kene banyak kan stok susu. Pastu dh boleh stop bagi FM.

Sedih memang sedih, tapi xkan semata2 nak kasi susu badan, nak buat anak saya kelaparan plak kan.

Skang tgh dilema nak kasi FM apa plak. yerlah saya manalah tau. Selama ni pakai susu badan. FOC jerk. So sekarang kene tgk brand ngan rege.. aiyooo pening kepala lagi

Thursday, February 16, 2012

Airin is 1 years Old

Dah setahun rupanya anak saya ek. Cepatnyer dia membesar. hehehe... Sekejap je dh setahun tahun depan dh jadi toddler.

Walaupun dha setahun hari ni she still breastfeeding lagi. Alhamdulillah ada rezeki untuk dia minum susu ibu. Saya harap smpi umur dia 2 tahun. Walaupun dugaan nak kasi dia susu ibu makin lama makin sukar tapi saya tabahkan jgalah. Menangsi dah berapa kali dah. huhuuh.. nasib baik dapat en suami yg memahami dah nmenyokong penuh.

Okay stop citer tu, dah bergenang airmata saya kay. Citer tu len kali lah saya citer. Kalau saya kuat nak cerita. Kang kalau cerita confirm berjurai airmata nie.

Still tak tumbuh gigi lagi kay. Tapi dah suka mengigit. Hobi skang asik nak berjalan jerk. Walau pun xreti lagi berjalan. Jalan kene papah bolehlah. Jalan sendiri lagi blm lagi.

Dah tak suka duk dalam stroller skang. Asik nak kuar dari stroller jerk. Penat mama nak layan kay.



Makin kuat makan. Susu pun dah kurang. Malam jer still kuat susu bila nak tido. Siang asik nak makan jerk. Susu memang kurang.




So dah setahun anak mama ni yerk. Makin panjang akal nyer skang... hujung bulan ni first time naik flight.. hehehe

Monday, February 13, 2012

Melayan tv series lelama

Disebabkan dah jarang tgk movie skang. Yerlah ada baby kecik susah sket nak tgk wayang. En suami pun ada cakap gak. Dah lama tak tgk wayang.

Tak sampai hati nak bawak Airin masuk panggung wayang. Sian plak kat dia. Takut tak selesa. Pastu takut org lain dalam panggung tak selesa. Boleh jer beli tiket mahal sket masuk gold class ker primier class ker. Tapi tunggu dia besar sket lah.

So skang weekend adalah time melayan drama orang puteh lelama kay. En suami geleng kepala jerlah. Nak main game memang tak boleh lah. Mouse kat umah tu siap berebut ngan Airin. Camner nak main games.

So senang tgk drama org movie kt computer sambil baring .Nanti si Airin tu pandai plak barign sebelah kite sambil main permainan dia. Tu jer yg boleh.



Skang tengah layan Greys Anatomy. Sanggup ni donlod balik dari season 1. Skang kan dah season 8. Nak tunggu episod baru lama sangat. So layanlah season yang lama-lama. So tak lama lagi dah boleh buat koleksi Greys Anatomy plak...

Friday, February 10, 2012

Yang mana satu

Sekarang tengah dalam dilema kay. xtau nak pilih yg mana satu. Semua rasa macam sedap jerk. Hahahah....

Okaylah mama dia yang terlebih excited. Anak baru nak masuk 1 tahun. Bkn tahu apa pun. Tapi mamanyer punya selera terlebih besar plak.

Saya xtau nak pilih kek apa for my baby girl birthday. hehehehe...


Samada nak Jelly cake or


Red velvet cake

Rainbow cake

Semua nampak macam sedap jer kan. hahaha. Bkn nyer Airin nak makan semua pun. Mamanyer yg excited lebih. Ni pun xbincang ngan en suami lagi. Rasa macam nak try rainbow cake. Tapi tgklah macam mana nanti.

Wednesday, February 1, 2012

Wordless Wenesday #9


Crazy about this sandal. Tapi en suami kata xlawa kay. ada ker patut