Wednesday, July 17, 2013

First Scan

Lama plak tak menaip. Mood malas dah datang menerpa. So memang malas nak baca blog. Tapi lama sgt tak buka blog rasa bosan pulak.

Ni cerita lama yer. Baru skang nak update. Maaplah yer lama saya simpan. Ni cerita pasa monthly check up saya lah.


Actually gambar scan ni diambil masa saya 10 minggu. Skang dah 15 minggu dah. Masa scan ada problem sikit. Doktor tak leh estimate bila due datenyer. Baby dalam perut xnak beri kerjasama okay. huhhuhu.. Sabor jerlah..

Dan saya dah buat scan untuk second check up. Tu nantilah saya update. Picture belum transfer lagi.. 


Thursday, July 11, 2013

Salam Ramadhan

Rupanya dah masuk Bulan Ramdhan dah. So hari ini dah hari kedua. Sempena bulan yang mulia ini diharapkan kita mendapat keberkatan didalam Bulan yang penuh barakah ini.


Friday, June 14, 2013

Bulgogi Brothers

Makan korea lagi. hehehe... Sejak en suami dah terjebak makan makanan korea nie. Setiap kali kuar jenjalan mesti diajak makan kt restoran korea.

So kali ni kitorang try makan kat Bulgogi Brothers. Baru 2 kali pergi sini. Semuanya kitorang gi kat Paradigm Mall.

Masa fisrt time kitorang pergi, kitorang try bimbimbap dan kangdoenjang. Sedaplah makan kt situ. Rasa pure Korea. Bilalh dapat gi Korea kan En suami.


The environment at Bulgogi Brothers. Memang selesa makan kat sini. Xdelah crowded sangat. Dan dia ada juga meja kt luar. So korang boleh choose lah nak makan kat dalam or luar. 







 Side dishes yang meriah. Boleh refill kalau dh habis.


Saya order bimbimbab


En suami order yang ni kangdoenjang, Dia datang sekali ngan nasi yer. Ni kiranya adalah tauhu paste bersama daging. Sedap jugak yang ni. Rasanya secukup rasa... hehehehe...





Ni adalah promotion yang tengha berjalan skang. Saya pun blm try lagi yg nie..



Thursday, June 13, 2013

Dinner Anniversary at Delicious

Punyalah lama peram post nie smpi lupa nak update. Maaflah yerk.. Disebabkan date anniversary kami jatu on weekdays so payah sket nak celebrate. Saya plan nak amik cuti tapi byk plak keje kt ofis dan juga en suami memang tak boleh nak bercuti. Kerja dia lagi banyak dari saya.. hmm...

So kami plan just have a dinner kt luar jer. Was planning nak makan kt Itallianis kt Paradigm Mall tapi tak dapat plak. Jalan jem nak kesana. Entah kenapa ntah. So kitorg gi makan kt Sunway Pyramid jerk. huhuhu...


So makan kt Delicious je. Sbb memang plan nak makan pasta pun. Tapi tak sesedap Italianis.. huhuhu... sungguh sedih gak lah...




Ni jer yang kami order masa kt Delicious. Lagipun dah lewat time ni. Kitorang arrive pun dah pukul 9 stgh.. huhuhu.. Ni jalan sesak punya pasal. So saya order Spagetti Cabonara dan juga Lagsana. Nak order kek tapi dah abis pulak.





Tuesday, May 14, 2013

Selamat Hari Ibu

Rasanya belum terlewat lg nak wish Happy Mother's Day kepada semua ibu, mum, mak, mummy, mama, umi diluar sana.

And also to my mum jugak. Yup saya dah call dh pada hari ahad hari tu tu wish her Happy Mother's Day. Syaa tahu mak saya saya ni kecik hati sebab xde anak yang balik. Kalau lah rumah saya dekat dah lama saya balik celebrate ngan mak saya.

Tapi nak buat camner, saya dah bali minggu sebelumnya. So klu balik lagi lari lah budget bulan ni.. hehehe...


Thursday, April 25, 2013

Third Anniversary

Wah..dah 3 tahun dah usia perkahwinan kami.. Actually datenyer semalam 24 April. Yes, we a married at 24 April 2010. Dapat Airin pada 16 Februari 2011. Airin bukan bunting pelamin yer...

Alhamdullilah, masih berkekalan perkahwinan kami. Diharap akan berkekalan hingga ke jannah.. Apa ek nak mintak hadiah kat en suami.. Saya nak Thomas Sabo lah..

Nak cari gelang basahan yang blh pakai hari-hari. Kang pakai emas takut pulak kene ragut. Emas pakai time raya sahaja..


To en suami, I love you so much walaupun awak suka menggatal. Tapi ada saya kesah.. hahaha... Thanks fo caring and love me.. ( macamlah dia baca blog aku kan..)