Thursday, April 25, 2013

Third Anniversary

Wah..dah 3 tahun dah usia perkahwinan kami.. Actually datenyer semalam 24 April. Yes, we a married at 24 April 2010. Dapat Airin pada 16 Februari 2011. Airin bukan bunting pelamin yer...

Alhamdullilah, masih berkekalan perkahwinan kami. Diharap akan berkekalan hingga ke jannah.. Apa ek nak mintak hadiah kat en suami.. Saya nak Thomas Sabo lah..

Nak cari gelang basahan yang blh pakai hari-hari. Kang pakai emas takut pulak kene ragut. Emas pakai time raya sahaja..


To en suami, I love you so much walaupun awak suka menggatal. Tapi ada saya kesah.. hahaha... Thanks fo caring and love me.. ( macamlah dia baca blog aku kan..)

Monday, April 22, 2013

Crazy about Gwiyomi

Sekarang tengah demam gwiyomi. hehehe.. dengan saya pun boleh terjebak. Actually lagu tu cute okay. Dan orginal lagu tu dari penyanyi korea bernama Hari.

Pastu lagu tu ditari kan semula oleh salah seorang dari kumpulan Ilhoon BTOB. Cute plak aksi Illhoon buat memek muka lagu ni




Dan ni salah satu aksi gwiyomi yang menarik..


Thursday, April 18, 2013

Pavlova from Alexis

Maaflah asyik citer pasal makan je. Tapi nak buat mcm mana tu jerlah aktiviti kami bila weekend. Cari tempat makan best. hehehe...

Biasanya hujung minggu memang begitu. Sebab weekdays dah makan rumah so bila weekend barulah dapat makan luar. Sambil bawak si Airin ni jenjalan. Budak kecik tu skang dah pandai demand. Nak kene bawak jenjalan. Kalau tak mau dia mengamuk kt rumah seharian.


Tapi kali ni citernya short sikit. Sebenarnya dah lama teringin nak makan pavlova kat Alexis. Last time pergi Alexis kt Bangsar, pavlovanya dah abis. huhuhu... So terpaksalah kitorg gi makan pavlova kt Delicious. Tapi rasanya kureng.

Then try makan Pavlova kat Serai Paradigm Mall. Sedap gak rasanya. Tapi hati still nak yg kat Alexis. So try google lah Alexis kt tempat lain selain Bangsar.


Okay, maaflah saya tak tahu pun kat The Garden ada Alexis. Sedihkan.. So bila dah tau lagilah panjang langkah. Selalu gi Mid Valley tapi tak taupun ada.


So weekend tu after abis shopping barang kt Mid Valley, saya pun gilah tapau Pavlova kat Alexis. Rezeki kot, adalah juga pavlova. So amik 2 slice. Nasib baik amik 2 slice sbb balik rumah jer Airin dah abiskan 1 slice. hehehe...

Heaven sungguh dapat pavlova Alexis. Next time kene datang lagi beli.. To Achik next time saya belanja awak yer and congrats on your pregnancy.



Friday, April 12, 2013

Power Bank

Skang ni power bank adalah salah satu gadget yang penting kay. Ni disebabkan saya ngan en suami adalah pengguna smartphone. ditambah lagi Si Airin dah ada tablet. Lagilah amat2 diperlukan kalau kitorang kuar jenjalan.



Mana taknya sekejap je bateri phone abis. huhuhu. Yerlah asik berwassap lagi, saya dah lah hanti Instgram. En suami pulak suka main games kat phone. Airin suka tgk movie barbie kt tablet. Mana taknyer phone cepat abis bateri.


So my choice adalah Yoobao. Ni pun ada kawan yang jual. So dapatlah murah sket dari harga market. Warranty setahun. Saya amik yang hitam tu 13000 Mah. So klu pakai Galaxy Note boleh lah charge sampai 5 kali.

Tuesday, April 9, 2013

Gangnam Station

Saya adalah pengemar makanan korea. heehe ni gara-gara suka tengok Chronicle Of Kimchi. huhuhu.. So bila tgk rancangan tu mulalah tekak nak makan korea food. Oleh itu saya juga telah berjaya menghasut en suami agar suka makan korea food. So adalah variety sikit bila nak makan luar. Takdelah asyik makan western or local food.

Nak ajak dia makan sushi memang taklah. Tu je yang tak berjaya dihasut. Okay dah melalut citer benda lain plak.

So hari tu ada kesempatan nak try makan korean food kat Shah Alam . Okay sebelum ni tak tau pun ada korea restoran kt shah alam. Thanks to nily sebab bagitau. Tapi masa saya pergi dai xde plak nak join. So pergi ngan cik lela jerlah.

Restoran ni terletak kat Laman Seri seksyen 13 Shah Alam. Kalau tau Laman grill milik masterchef tu, Gangnam ni sebelah je ngan restoran Laman Grill.




Masa kitorang datang waktu lunch hour so tak ramai lah org dlm restoran. Hahehe.. So makan dengan bahagia. Apa yang saya suka side dish korea dia memang banyak giler choice nak makan. SO memang kedai ni tak lokek nak kasi side dish. Yang penting kimchi mesti ada.






Macam biasalah saya mesti order bimbimbap beef punya. Nak makan yang grill takut tak sempat nak abiskan semua. ni pun makan dah abis melantak tapi still ada balance. Dia punya portion adalah sangat besar. Saya punya bimbimbap tu blh makan 2 orang kay. Giler tak besar mangkuk.



My prediction okaylah food dia kat sini. Yang best dia kasi seaweed sup. Sedap gak. Selalu saya dapat egg sup. So ni lain dari lain.

So boleh datang sini lagi. Tapi saya belum berkesempatan nak bawak en suami try makan kat sini. Sejak dah pindah rumah ni. Jauh sikit nak ke Shah Alam